16 May 2012

Tiket Free Piala FA Kelantan Menentang Sime Darby

Callna callna pada warga perantau yang merupakan anak jati Tanah Merah, Kelantan dan mendaftar sebagai pengundi di Parlimen Tanah Merah boleh dapatkan tiket percuma Piala FA Kelantan vs Sime Darby (19 Mei 2012) pada 15/05/2012 - Selasa hingga 17/05/2012 -  Khamis pukul 10 pagi hingga 10 malam di Perodua, Jalan Jelatik Ampang bersebelahan stesen lrt Jalan Jelatik.

Nampak promo atas tu. Apa lagi kalau u all memenuhi kriteria kat atas tu baik cepat-cepat pergi dapatkan tiket free tersebut. Tak boleh wakil-wakil ye. Kena amik sendiri. First come first serve. 

Aku tahu orang kelantan ni memang semangatnya lain macam kalau bab-bab bola ni. Aku pun baru je teman mr. edy pergi untuk amik tiket free tu. Tapi malangnya nama mr. edy masih didaftarkan mengundi di bawah dun Pengkalan Chepa. So tak dapatlah.

Tetiba rasa nak marah ke orang SPR pulak sebab napa diorang tak update lagi nama mr. edy walaupun dah buat permohonan tukar pusat mengundi. Abislah RM 40 melayang macam ni, kena tinggal ngan anak-anak pulak malam tu nanti.

* aku nak sokong sime darby dengarnya ada habuan bagi yang sokong sime darby.:)

1 Comment:

IntaNBerliaN said...

sy tgk bola, pasukan yg minat je.. hihi