Showing posts with label kelantan. Show all posts
Showing posts with label kelantan. Show all posts

14 June 2013

Rindu Mr. Mama & My Kids

Masuk ni hari ketiga mr. mama, sofea dan hakeem di kampung. Rindu wehh kat diorang. Mr. mama call memalam tanya buat apa. Menjahit ker? Hihihi aku jawab malam tido ler. Serius tak larat nak jahit hari kerja. Petang ni akan gerak ke Afamosa Melaka. Ada kursus tiga hari. Ermm tak dapat menjahit jugak this weekend. Tapi aku bawak kekain jeans n cotton, mana tahu sempat nak pepotong kat sana. Nanti balik boleh terus jahit jer....

Mr. mama kata hakeem dah start meragam malam kedua. Tak dapat nenen biasalah. Aku pun kat sini malam kedua kemain sakit lagi nipple membengkak. Terpaksa buat kaedah marmet untuk release kesakitan...


Mr. mama yang pelik-pelik. Boleh dia pergi amik basikal yang dah lebih 10 tahun duduk dalam store umah arwah mak aku tu. Siap angkut naik lori pi nak tukar tayar basikal. Buat main dengan anak-anak waktu petang.


Aduhai cepatlah hari ahad. 
Rinduuuuuuu......


30 October 2012

Sikap pemandu kita

Jalan dari Jeli menghala ke bukit bunga hari ahad hari tu....

Tengah-tengah matahari menembak ni memang mencabar aktiviti memandu. 


Tengok tu pemandu-pemandu buat double line kat laluan kecemasan. Aku memang berdoa jer time tu ada polis biar kena saman. Padan muka. Kita yang penat-penat beratur ni ntah bila nak sampai destinasi. Semua orang pun nak cepat maa,..,.

DBY ni sama baik macam aku. hehehe.... Follow the rules. Memang lama jugak aku membontot DBY ni. 


Bila nak masuk kat tempat selekoh-selekoh, umah orang bergulai, nak beli keropok lekor macam nilah. Semua menepi... Ini yang buat lagi jem. 

Padahal jem tu boleh dikurangkan sebab ada segelintir sikap manusia yang pentingkan diri sendiri, melarat jem sampai 4 5 jam........

04 June 2012

Second time balik kampung

Sekarang cuti sekolah dan aku telah selamat berada di kampung sejak hari jumaat lagi. Bagi yang tak ada anak + fulltime housewife + businessman memang tak tahu tarikh cuti sekolah ni.


Kalau cuti sekolah, kenduri pun banyak sana sini. Orang kampung kalau kita tak balik bila time bergulai (kenduri) mulala bising. Walau pun padahal kenduri tu sedara belah yang mana mana tah.


Ini kali kedua tuk tahun 2012 kitaorang balik kampung. Kali ni naik kereta la pulak. First time balik kampung kitarang naik lori. Kali ni tak larat dah nak naik lori. Boleh recall entry naik lori kat SINI.


Kitaorang balik tak lama. Petang ni dah nak bertolak balik KL semula. Tak boleh balik lelama nanti huru hara jadinya bisness.

16 May 2012

Tiket Free Piala FA Kelantan Menentang Sime Darby

Callna callna pada warga perantau yang merupakan anak jati Tanah Merah, Kelantan dan mendaftar sebagai pengundi di Parlimen Tanah Merah boleh dapatkan tiket percuma Piala FA Kelantan vs Sime Darby (19 Mei 2012) pada 15/05/2012 - Selasa hingga 17/05/2012 -  Khamis pukul 10 pagi hingga 10 malam di Perodua, Jalan Jelatik Ampang bersebelahan stesen lrt Jalan Jelatik.

Nampak promo atas tu. Apa lagi kalau u all memenuhi kriteria kat atas tu baik cepat-cepat pergi dapatkan tiket free tersebut. Tak boleh wakil-wakil ye. Kena amik sendiri. First come first serve. 

Aku tahu orang kelantan ni memang semangatnya lain macam kalau bab-bab bola ni. Aku pun baru je teman mr. edy pergi untuk amik tiket free tu. Tapi malangnya nama mr. edy masih didaftarkan mengundi di bawah dun Pengkalan Chepa. So tak dapatlah.

Tetiba rasa nak marah ke orang SPR pulak sebab napa diorang tak update lagi nama mr. edy walaupun dah buat permohonan tukar pusat mengundi. Abislah RM 40 melayang macam ni, kena tinggal ngan anak-anak pulak malam tu nanti.

* aku nak sokong sime darby dengarnya ada habuan bagi yang sokong sime darby.:)

07 March 2012

Selera pantai timur

Makanan pantai timur bagi aku oklah. Nak kata sedap tak juga, nak kata tak sedap, sedap jugak. Cam na tu eh?

Macam ni, semalam mr. edy balik dari kerja dengan laju (slps dah baring beberapa minit :P) pergi dapur untuk makan nasi dengan lauk tomyam yang aku masak tu.

Biasa mr.edy balik keje mesti ada jenjet plastik. Mesti ada oleh-oleh yang mr. edy bawak dari opis. Goreng pisang ke, ubi ke. Hari ni non ada.

Aku pun apa lagi time mr. edy makan aku pun pergi menge'check' moto. Mana tau ada dalam bakul tapi tak berangkat. Walaupun niat utama sebenarnya nak amik kunci yang masih tersadai kat moto tu. Nanti kena curi moto LC tu baru badan muka.

Tetiba nampaklah satu bungkus plastik kat dalam bakul. Setelah diamati baru tahu LAKSAM. Padan mr. edy tak angkat. Dia tahu bini dia memang tak makan LAKSAM.

Then aku pun saje je lah cakap amboi ada makanan tak bagi tahu. Dia pun cakap amiklah bawak masuk, try-try. Aku kata tak nak. Tapi bila suami beria-ia suruh makan jadi dengan tak berseleranya amiklah jugak dalam 2 potong laksam tu.

Lepas makan aku pun cakap : "Hari tu ada sorang lelaki bawak pergi rumah terbuka kat Subang yang sediakan hidangan LAKSAM sebagai menu utama. Sebab tak nak kecikkan hati tuan rumah, kita pun makanlah makanan tu. Dah memang itu menu utamanya. Tapi bila makan memang tak boleh blah langsung. Nak tahu tak sapa orang tu? Orang tu adalah kakak ipar aku. Tapi hari  ni, 2 potong laksam tu macam tak cukup"


* Tengok jelah kedai makan kt KL ni, majoriti ownernya siapa....