Contest

Warehouse in process

Sekarang rumah kitaorang sedang dalam proses renovation. Renovation nak buat store/gudang simpan barang-barang. Nak letak barang-barang terbiar yang ada kat luar rumah tu.



Korang nampak tak dinding yang macam berlumut tu. Itu dinding bilik air. Tukang rumah sebelum ni buat tak bagus. Paip dalam dinding tu rasanya pecah.



Haa tadi baru siap pasang frame pintu. Pintunya belum beli lagi. Store ni bersambung dengan bilik air dan bahagian dapur. Store ni kitaorang buat untuk sementara jer.

Perancangan masa depan, kitaorang ingat nak jadikan store ni sebagai bilik tidur utama. Nanti ingat nak pecahkan dinding bilik air tu. Konon-konon nak buat bilik tidur ada bilik air..:-). Bilik air satu, pintunya dua.

Pastu nak pecah dinding dapur untuk buat pintu masuk bilik tu. Pintu kat luar tu nanti kitaorang nak tutup la.

Ini cuma perancangan, tak tahulah bila boleh terlaksana. Buat masa sekarang budget sangat-sangat tak mengizinkan.

4 comments:

ecadwinkyasha said...

insyaallah,ada rezeki dpt la buat tu kak...yg pntg brg2 tu dpt lan letak kt tmpt yg elok.klu terbiar mcm tu,nnti ada pula yg terberkenan nak ngambilnya dengan sengaja.hahaha

Riena Haiqal said...

InsyaAllah kalau ada rezeki semoga dipermudahkan segala urusan.. :)
buat sikit2 la kan.. lama2 siap gak tu apa yang dihajatkan.. :)

Azi said...

eca: itula, sbb nak selamatkan brg tulah akak gagah jugak buat wlpn pulus nyawa2 ikan..hi3

riena: insyaallah .. amin

IntaNBerliaN said...

mmg plan yg bagus ni.. betoi tu, nanti dh xnk guna blh wat bilik kan..

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY