Contest

Jam tangan pertama sofea

Sebenarnya tak rancang langsung pun nak belikan sofea jam. Masa pergi mydin sabtu lepas ada jualan kat ruang legar depan pintu masuk mydin. 

Jadi sebelum beli barang dapur kitaorang cuci mata dulu. Macam tahu tahu je mr. edy memang nak beli spek mata hitam untuk pakai time bawak lori.

Masa nak blah tu, terpandangkan banyak jam tangan yang comel comel. Kecik kecik pulak tu. Memang sesuai untuk tangan sofea.

Sebab dah lama tak beli apa-apa untuk sofea, kitaorang decide belikan sofea jam. Boleh jugak ajar dia angka dan waktu. RM10 hinggit jer.... 

Terus aku pilih warna hijau. Bukan sebab sofea minat tapi aku yang minat. hi3... Keliling jam ada gambar angry bird. 


Nampaknya sofea pun suka pakai jam ni, dapat bertahan sejam dua jugaklah. 

Tengok gambar tu, bila suruh posing terus sengit kepala. Dan paling tak tahan sofea siap ambik buku buat-buat baca... 

Aksi ni bukan disuruh suruh tau. Tapi sofea buat secara spontan lepas aku halakan kamera. Budget macam artis sungguh....

3 comments:

Riena Haiqal said...

hhhahahaha.. lucu la sofea ni.. dah pandai dah nak bergaya depan kamera yer.. hehehehe.. suka tengok sofea.. ;)
aunty nak pinjam jam tu bole.. hehehhee

IntaNBerliaN said...

hahhahhah... pandai berlakon yer... hihii

Eca Dwinky Asha said...

hahaha..ada bakat sofea ne.

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY