13 June 2012

Taktik Penipuan Melalui Email : Keldai Duit

Hari tu aku ada tanya kat korang pasal macam mana nak buat penghantaran barang keluar negara sebab ada orang putih yang berminat dengan baju-baju yang aku jual tu.


Memang dari awal aku semacam tak berapa percaya semua ni. Tapi saje je lah aku melayan email dan mengikut rentak si Ben Sasalau ni.


Aku siap like FB pos laju untuk tuk tanya berapa fee untuk pos barang ke Greece. Kih Kih Kih... Semangat tu nak terbangkan baju ke Greece. :P


Pas dapat tahu berapa harga postage terus aku email kat si sasau. Dia balas ringkas je. Ayat dia "Good, send me your payment detail". Tapi lepas dapat email tu aku terus senyap.


Dia pun lepas aku senyap tak adalah kata nak follow up tanya pasal baju tu. Dah memang dia tak nak beli kan.


Dia sebenarnya lebih pada nak menjerat. Bukan aku sorang yang dia email. Ramai lagi dan kebanyakannya individu yang iklan produk diorang kat mudah.my.


My sis ada cuba tanya kat polis Bukit Aman berkenaan hal ni. Rupanya sekarang ni tengah hangat sindiket keldai duit pulak.


Pas kita bagi nombor akaun tu nanti dia akan masukkan duit dalam akaun kita dan manipulate kata dia termasukkan dalam akaun kita. Nanti kemudian mesti kita gabra then akan bayar balik duit tu ke dia.


Sejauh mana kebenarannya, cara dan motif diorang ni aku pun tak tahu. Yang pasti kalau dapat jer email dari luar negara tok sah layan. Even orang Malaysia pun banyak ragam inikan pula orang luar yang ntah sape sape ntah tu.

3 comments:

Riena Haiqal said...

sangat2 bahaya dengan hal2 macam ni. tak boleh nak pandang mudah dan ambil ringan.. sebab ia membabitkan akaun dan duit kita..
kemudahan sekarang dah disalah ertikan oleh segelintir manusia macam ni la..

IntaNBerliaN said...

laaa mcm ni pun ada ke.. iskk bahaya ni.. mmg kne jaga2 ni..

aziazib said...

itulah, diorang ni pandai dan licik sungguh.. klu tak btul2 mahu terpedaya...