14 June 2012

Lolipop with Keychain Patrick

Hari isnin lepas kitaorang pergi ke JPJ, Maju Junction KL. Jauh giler nak renew roadtax lori. Sebab kalau nak renew yang kat Padang Jawa tu ntah pukul berapa baru siap. Ramai na orang kalau dah tetengahari baru nak bergerak dari rumah.

Dah siap semua urusan, tiba time nak bayar parking kat auto pay station, sofea terus berenti kat satu kedai di situ.

Kedai jual coklat lolipop dan kacang-kacang. Boleh pulak diorang bukak kedai tersorak kat tepi autopay station tu. Strategik pemasaran sungguh. Memang mengundang budak-budak dan si sofea nak bertandang ke situlah kan.

Mr. edy pulak memang jenis melayan. Apa yang anak-anak mintak semua dia nak beli. Kalau aku memang aku sanggup je biar anak nangis daripada belikan. Ala diorang ni nangis kejap jer. Naik kereta senyap lah kan. 

Lagi satu aku memang tak sukalah nak belikan gula-gula and cekedis-cekedis untuk anak-anak. Tak elok kan makanan tu semua. U all yang ada anak dalam dua tiga tahun bagi tak diorang makan benda-benda ni semua??

Aku kalau dapat masa kenduri oklah nak kasi diorang merasa. Kih kih kih... Itu namanya budget kedekut ^=^... hahaha....

google

Lolipop lebih kurang macam nilah yang menjadi permintaan sofea. Betul ke gula ni namanya lolipop? Mr. edy beli yang bentuk bulat. RM 4.90. Mahai... tapi masa tu aku redha jugak mr. edy beli sebab dah terbekenan dengan gift yang tergantung kat lollipop tu...


Keychain gambar patrick. Cantik.. I like very much ....

2 Comment:

IntaNBerliaN said...

wah.. siap ada gift lg yer...

sy ada gak bg alisha mkn.. tu pun sbb dia tingin sgt.. tp jenis alisha ni, kalu manis2 dia sekadar rasa je.. yg kene perabih, kami berdualah.. hihi

Riena Haiqal said...

lolipop siap ada gift yer. dah la comel kan.. :)