12 June 2012

Pengalaman Pemanduan Kelantan to KL

Aku ni nama je kata ada lesen memandu kelas B2 dan D. Bab nak bawak moto memang aku rasa dah expert (ayat riak tu..:P) 8 tahun dah aku duk ulang alik kesana kemari dengan motor.


Tapi kalau bawak kereta perasaan ketaq tu masih ada. Expecially time jalan jem dan tang bukit. Jalan kat KL ni mana ada yang tak jem. Nak tak jem bawak dalam kampung atau jalan waktu malam hari je lah jawabnya kan?? Aku start gagahkan diri bawak kereta ni pun sebab mengandungkan sofea.


Masa nak balik KL dari kampung itu hari, mr. edy tak sihat. Lemah badan. Sejam berenti kat R&R Gua Musang, aku pun offer nak bawak kereta. Nak berehat lelama karang tak sampai lah KL.


Sebenarnya offer olok-olok je pun. Offer diri dengan tujuan nak hint kat mr. edy supaya jangan rehat lelama. Tapi terus pulak mr. edy bersetuju. HI3.. Padan muka kan saper suruh gatal offerkan diri.


Selama ni kalau balik kampung memang mr. edy tak pernah suruh aku bawak kereta. Kalau tak larat sekali pun mr. edy tetap gagahkan diri bawak sendiri.


Masa memula take part tu tu rasa takut dan berdebar jugak. Mr. edy dahlah lena dengan Hakeem kat belakang. Tapi bila dah lama-lama bawak kereta aku mula rasa syok.


Rasa macam sedang memandu di litar F1 sepang pulak. Bila ada lori/kereta-kereta tua kat depan yang lembab sikit je terus nak potong. Ahaks....over...:-)


Korang tahu-tahu je lah kan jalan Kelantan ke KL macam mana. Banyak bukit bukau, bengkang bengkuk. Nak nak bila dah masuk kawasan Merapoh. Jalannya ya ampun banyak betul selekoh maut. Time nak naik bukit tujuh rasa kereta sawi aku macam semput nyawa nak bergerak.


Apa-apa pun pas dah berjaya memandu dari Gua Musang ke KL rasa keyakinan diri nak bawak kereta tu semakin tinggi. Cuma satu jer, pas mr. edy tengok aku macam tak ada masalah bawak kereta, sekarang asyik nak menyuruh kita je bawak. Ni yang malas pandai bawak ni...

2 Comment:

IntaNBerliaN said...

hihiii hubby azi nak rehat lak.. selama ni asyik dia je drive.. hihii

Riena Haiqal said...

tahniah tahniah sebab dah tak takut bawa keta. hehehehehe.
saya memang terror kalau bab2 bawa motor ni.. tapi kalau keta tu minta maaf la yer sebab memang masi tak berani...