Contest

Sejujur Hatimu

"Mungkin ALLAH menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum ditemukan dengan orang yang tepat"

Benarkah?

Aku ambil kata-kata ni dari novel sejujur hatimu karya Umi Azrini. Rasa macam betul jer. Sebab ia benar-benar berlaku dalam hidup aku. 

Aku rasa pun benar bagi orang lain. Kalau dibuat kajian mesti 9/10 orang bercinta, cintanya putus di tengah jalan kan. Kemudian bertemu jodoh dengan pilihan kedua. Yang pasti pilihan yang kedua adalah yang tepat. 

Orang lelaki bukan boleh percaya sangat kan. Hihihhi... Ini teori aku reka sendiri, bukan betul yea... jangan percaya pulak.

Tapi kalau korang bercinta 4 5 6 7 kali pastu yang ke 8 baru kahwin tak payahlah guna pepatah di atas tu. Memang hang kuat bercinta gamaknya....

Nak tahu kenapa aku cakap benar? Ermmm, tak yah story la kot. Past is past... Tapi pepatah ni memang sesuai benar dengan aku. 

Kengkadang kita akan terkenang jugak kisah silam yang lalu. Korang jangan ingat kisah silam ni kisah hitam tau... Tak ada apa-apa yang hitam. Semuanya adalah sejarah hidup. 

Walau pun kisah lalu itu pahit, dan aku cuba buang jauh-jauh dari ingatan tetapi kadang kala ia hadir jugak dalam ingatan kita. 

Memang susah ke nak buang ingatan tentang masa lalu? Kecuali bila kita dah lupa ingatan... (apa aku melalut ni...)

3 comments:

Zurina Hj.Zainal said...

first love mmg kenangan keennnnn.....:)

IntaNBerliaN said...

a'aa kn... kdg2 yg pertama tu blm tntu jodoh kita...

Azi said...

zurina : yup :)

Intan: haah, xsemesti second choice xbagus tp lebih bagus...

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY