Contest

Selamat Tinggal EBM

Hari ni planning nak throw away semua EBM yang dalam fridge tu. EBM ni terhasil ekoran aku dapat interview jawatan Pen. Penguasa Kastam tempoh hari. But interview tu gagal...

Time dapat tahu nak kena pergi interview tu, puas siang malam pagi petang duk mengepam. Risau nak tinggalkan Hakeem, takut Hakeem kelaparan pulak.

Memula perah dapatlah hasil setitik jer. Kemudian bertambah ke 1oz dan paling banyak pernah dapat 3.5oz. Penat ooo mengepam ni rupanya. 

Nak pump kena consistent. 2/3 jam sekali kena pump. Everyday. Barulah penghasilkan susu makin banyak dan meriah. Time tu jugak aku selalu lepak kat FB KIM (Kumpulan Ibu Menyusukan) untuk menambahkan ilmu dan berkongsi pendapat.

Sekali tiba hari interview setitik susu pun Hakeem tak mahu minum. Rela tahan lapar 4 jam sampai aku habis interview. 


Ciput jer kan? At least adalah jugak usaha. Ko ada????

Susu ni di pump dari bulan Februari. Frozen EBM tahan 3 bulan je kalau dalam peti ais dua pintu. So dah tiba masa untuk dibuangkan... 


*Salute dekat ibu-ibu bekerjaya yang mampu menyusukan anak mereka hingga 2 tahun. Ingat senang....

3 comments:

IntaNBerliaN said...

haaa tu la.. yg bekerja tu kan... byk betoi susu dorg sekali pam.. sy yg bg direct ni mmg xtau la susu byk mana kan.. terus masuk mulut je.. hihii

Riena Haiqal said...

haiqal breastfeeding sampai umur 6 bulan jer... sangat2 sedih masa tu.. tapi nak buat macamana kan.. dah dia taknak lagi.. kalau ikutkan memang saya nak sangat dia breastfeed sampai umur 2tahun.. :(

Azi said...

intan : diorang sangat2 komited, azi ni skip2... malas.. huhuhu..

riena: xpelah, mgkin setakat itu je rezeki utk haiqal, lama jugak 6 bln tu...

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY