27 June 2012

Sofea dah bebas dari lampin pakai buang?

Semalam pas balik dari beli barang dapur dua kali sofea mengangkang kaki sambil pegang-pegang pampers dia. Tak lama pas tu sofea mintak mandi. 

Masa tu aku ingat sofea nak mandi sebab pampers dia dah berat. Mungkin dia rimas. Tapi bila bukak pampers tengok langsung tak basah. Maknanya sofea tak kencing pun. 

Tapi aku still lah mandikan sofea. Dah alang-alang bukak baju tu...

Pas mandi terlintas kat dalam kepala mungkin sofea dah rasa tak selesa bila pakai pampers. Mungkin inilah masanya untuk sofea bebas dari lampin pakai buang.

So pas mandi aku cuba tak pakaikan sofea pampers. Memula tu dia teraba-raba jugak seluar. Mungkin dia rasa lain macam. Agaknya banyak sangat angin yang masuk kot.. hik hik hik...

Kemudian aku bawak sofea keluar main-main kat laman rumah. Masa main tu ada rasanya dekat sepuluh kali aku tanya sofea nak kencing ke tak. Sofea pun naik rimas di buatnya.

Aku bukan apa risau dia terkencing dalam seluar jer. Dahlah mama dia ni jenis pemalas nak basuh baju bebanyak kan... :-)

Bila dah banyak kali tanya, sofea pun kata jap eh dengan bagi isyarat angkat tangan lagi. Kemudian sofea pergi kat bilik air luar rumah arwah mak aku dan mintak bukakkan seluar. Kemudian sofea kencing sikit. 

Dalam hati kembang kuncup sebab anak dah pandai kencing. Tak yah lah bagi pakai pampers lagi kan.

Tapi korang ingat sesenang tu ke nak bebaskan anak-anak daripada lampin pakai buang ni. Banyak cerita dan pengalaman yang aku dengar dari member-member dan ipar duai, mesti kena ajar dulu baru boleh pandai. Ini tak ada apa-apa tup tup dah nak tak pakaikan pampers terus...:)

Pas main kat luar rumah tu sofea pun tertido. Dalam sejam kemudian dia terjaga. Aku terus tanya nak kencing ker. Apa lagi orang tengah mamai, marahlah sofea aku tanya memacam. 

Then masa aku duk dapur terdengar sofea panggil aku. "Mama, mama...basah lenjun...". 

Adusss... time tak perasan time tulah dia dah terkencing pun. 


* Nanti kita belajar lagi yea sofea. Slow slow..

4 Comment:

IntaNBerliaN said...

hihiiii.. comel je sofea.. mama, mama... basah lenjun.. hehhe

tu la, sy dgr org gtau pun gitu gak... mula2 nak ajar tu, penat gak lah sementara nak pandai kan..:-)

Riena Haiqal said...

hahahahahah.. time kita lalai dan tak perasan, disitu la dia terkencing... hahahaha
lucu la Sofea ni..

Momma AA said...

tahniah sofea...

boleh tu azi... stiap 1 stgh jam bwk gi toilet.. suh kencing.. 2 3 hari practice ok ler tu..

Azi said...

intan: sy pun tergelak sofea ckp camtu..

riena : itula time kita berjaga xnk lak kencing...

mommaAA : 1jm stgh eh. nnti azi try buat eca dh free pampers kan?