13 June 2012

Upgrade Meja Komputer

Hari ni nak tunjuk kat u all meja komputer aku. Kecik jer. Selalu meja ni bersepah. Sebab nak tangkap gambo tu yang kemas hari ni. 

Kalau tidak penuh dengan buku, cawan, pen dan macam macam lagi yang boleh diletak nak diletaknya. Kat situ jugaklah tempat nak letak my netbook. Nasib netbook kecik kalau laptop ke komputer mahu tak muat tu. 



Yang plastik Bata tu penuh dengan novel-novel. Plastik satu lagi tu tudung-tudung bawal dan Donatelo my sis yang nak dijual. Kalau berminat nak beli roger ke kita ye...(sempat promote lagi)... huhuhuhu..... 

Sebabkan meje tu sempit dan kecik terpaksalah aku cari inisiatif untuk besarkan ruangan. Nak beli meja lebih besar rasa macam rugi. 

Nasiblah dua minggu lepas ada dapat rak yang boleh lekat kat dinding tu. Rak dinding ini pun kira rezeki daripada service lori jugak tu. Kalau beli adalah tiga empat puluh hinggit kot ye...

Memang dah lama mengidam nak ada rak macam ni kat dinding. Kalau boleh nak buat bertingkat-tingkat. Tapi mr. edy asyik kata tunggu tunggu sampai rumah cat dulu. Tapi dah setahun lebih pun rumah masih tak bercat.


Cantik tak? Feeling macam rumah mewah-mewah jer. kui kui kui. Pastu saje letak patung tu sebab nak snap. Biar nampak cantik konon. 

Agaknya berapa hari boleh bertahan kemasnya cenggini.. :P

2 Comment:

IntaNBerliaN said...

bila letak yg lekat dinding tu oklah.. leh jimat ruang kan ;-)

Riena Haiqal said...

jadi kemas la pulak kan sebab dah ada rak kat dinding tu.. terbaikkkk.. :)