03 September 2012

Dangerous sleep style

Sofea dan Hakeem kalau nak tido memalam memang kemain payahnya. Kena main kejar-kejar satu rumah, tengok CD upin ipin/boboiboy/barbie empat lima kali pasang baru nak tido. Kalau tak tunggulah pukul 1 2 pagi baru pejam mata diorang.

Tapi kalau nak cepatkan diorang tido ada cara. Caranya kena bawak diorang naik kereta ronda-ronda satu kampung sure senang diorang nak lena. Kalau dah tido dalam kereta just angkatkan je ke katil. Diorang akan tido sampai ke pagi.


Tengoklah lena kan hakeem tido...


Seluar biru tu sofea. Abaikan aksi yang buruk itu. Cuba fokuskan bahagian kaki hakeem. Sampai bergantung kaki si hakeem. Tu pun masih tak sedar, lena benar tidonya.




Tengok dekat sikit. Masa ni aku rasa sayang nak angkat ke katil sebab takut hakeem terjaga. Dalam 5 minit cam gitu aku angkat jugak sebab takut terjatuh pulak.

Seperti yang diduga pas angkat terus menangis budak kecik ni mintak susu. Faham-fahamlah kalau dah menyusu dengan aku aku sekali tertido sampai pagi. hehehe...

2 Comment:

Cho Zila said...

gaya gitupun der... akakpun kalau anak tidur malas nak angkat sebabnyer mesti terjaga punya... lastnyer ibu dia tidur sekali konon nak tidurkan anak..

IntaNBerliaN said...

hihii alisha pun ada tertidur gaya hakeem tu.. kalu angkat nangis la jwbnya...