Showing posts with label hakeem. Show all posts
Showing posts with label hakeem. Show all posts

13 December 2018

Pembedahan katarak hakeem

Bila orang tahu jer hakeem ada katarak semua pelik. Sebab dia kecik lagi kan. Baru 7 tahun. Maybe katarak tu dah ada sejak dia lahir kata doktor. Aku pun rasa macam tu. Sebab banyak kali bila jalan dia jatuh. Aku tak pelik sebab aku rasa ni faktor keturunan. Dapat dari mak aku. Mak aku memang ada problem mata sejak kecik. Sebab dia duduk rumah kebajikan jadi tak pergilah hospital untuk check up.

Aku dapat detect hakeem ada katarak bukan sebab dia bagitau. Cikgu dan ustazah yang bagitahu masa sign report card pertengahan tahun hari tu. Ustazah kata dia selalu mengadu tak nampak apa yang cikgu tulis kat papan hitam. Ustazah pulak tak dapat nak bagi dia duduk line hadapan sebab bahagian hadapan untuk pelajar bermasalah. Allahu... considerlah sikit kan. Lepas tu cikgu sekolah kebangsaan pulak bagitau mata hakeem rabun teruk masa doktor datang buat pemeriksaan kat sekolah. Berbulan kemudian baru dapat duduk line hadapan. Why?
 
Teruslah aku pergi klinik kesihatan untuk buat pemeriksan. Tak berani nak buat terus spek mata macam orang dewasa. Jadi pergi check dulu kat klinik kesihatan. Doktor kata kenapa tak pergi check power. Nasib baik aku argue nak suruh check jugak kat situ. Doktor pun pelik kot sebab rabun tinggi sangat. Jadi diorang refer hospital serdang. Then dapat detect ada katarak.

Dalam dua tiga kali check kat hospital serdang diorang refer pulak kat hospital selayang. Sebab hospital serdang tak de pakar mata kanak-kanak. Hospital kuala lumpur pulak q panjang kalau nak buat operation. Nak kena buat cepat kan. Lucky aku dapat kat hospital selayang sebab dalam dua bulan check up dah boleh buat operation dan doctor pun baik sangat. Sorang je pun doctor pakar mata kanak-kanak kat hospital selayang tu. Tapi dia pandai treat bebudak dengan kata-kata serta mainan dia tu. Budak pun suka dan bagi kerjasama.

Sebelum ditolak kebilik bedah.

So 13/11/2018 hakeem selamat menjalani pembedahan katarak bagi kedua-dua belah mata. Kitaorang masuk wad 12/11. Hakeem orang kedua akan operate hari tu. Dalam pukul 8.30 dah kena tolak ke bilik operation untuk bius and so on. Dalam pukul 10.30 pembedahan selesai.

Di ruangan menunggu.
 
Asyik nak tercabut-cabut sarung kasut tu.

 Aku ikut sekali ke bilik pembedahan sampai hakeem tak sedar lepas tu keluar tunggu kat bilik menunggu. Drama sangat masa dalam bilik bedah tu. Cium-cium semua. Hakeem menangis tak mau kena bius. Lepas siap operate, diorang hantar hakeem kat bilik menunggu. Terus je hakeem sedar dan menangis-nangis mintak air. Nurse pulak tak nak kasi sebab takut muntah. Bagi setitik jer. Menjerit-jeritlah kawan tu. Nak boleh naik ke wad pun makan masa sebab tunggu nurse wad amik katil lain. Menguji kesabaran sangat.

 
Lepas naik wad hakeem terus tido. Lama jugak. Pastu bangun dia lapar. Doktor suruh bagi bubur. Tapi camna aku nak beli. Aku berdua je kot. Tak kan nak tinggal hakeem sorang-sorang. Dah lah mata bertutup tak boleh bukak. Jadi aku bagi jer coco crunch breakfast pagi tadi yang aku simpan siap-siap.

Kebetulan hakeem tak boleh makan sebab kena puasa sebelum operate. Licin dia makan dan minum air coklat lebihan paket minum petang semalam punya. Malam tu menu spital nasi goreng kerabu. Licin jugak dia makan. Sedap pulak lepas dah dekat dua hari kitaorang dua beranak macam kebulur makan tak lalu. Tak sedap sungguhlah masakan kat hospital selayang. Malam tu baru papa hakeem datang sekejap. Bawa makanan kenyang giler kitaorang. Esok lapar balik. huhuhu...

Ni time dah ok. Menunggu nak balik.
 
Pagi 14/11 tu dalam pukul 9 doctor datang check mata, bubuh ubat mata supaya nak kasi mata terbukak. Then pukul 12 tengahari dah boleh keluar hospital. Dapat jer segala ubat terus berdesup aku pecut balik rumah. Tak betah nak lama-lama kat hospital tu aihhh.

Sebelum balik umah sempat lagi singgah giant beli ultraman nak sogok budak tu. Telefon kan tak boleh nak main sangat. Sejam sehari je doctor bagi. Tapi selalunya lebih jer sejam dia main. GGrrr. Sekarang dah dekat sebulan lebih lagi lah banyak mainnya. Actually lepas operate dalam sehari dua tu mata dia tak rasa sakit dah pun. Cuma hari pertama tu dia tak selesa sebab terasa-rasa jahitan kat mata tu.

Alhamdulillah 19hb ni nak check kali kedua dah. Masa kali pertama tu dah nampak sikit perubahan mata belah kiri. Ada jelas sedikit. Nak nampak btul-btul jelas makan masa sebab nak bagi kanta tu serasi dengan mata.

Oh ya walau pun pembedahan ni percuma tapi aku still kena bayar harga kanta tu. Untuk dua-dua belah mata kena bayar RM 1,350.00.

28 July 2015

Demam Campak

 Hakeem kena chicken pox. Tak ingatlah bila bintik bintik tu naik rasa masa nak raya. Hakeem asyik kata leher dia gatal sebab pia letak benda masa dia tido. Ingatkan alergik. Tetiba tengok muka badan dah banyak bintik bintik merah.

Hari isnin raya keempat tu pergi klinik kesihatan puchong. Doktor kata bukan chicken pox. Budak budak biasalah naik cam ni. Dia bagi antibiotik, ubat demam dan ubat cair kahak. Selasa tu tadika tutup tapi taska bukak. Aku hantar semua ke taska. Pepagi ustazah dah wasap kata hakeem kena chicken pox. Aku katalah tak sebab doktor kata bukan kan. Tapi ustazah tetap tak bagi pergi sekolah takut jangkit kat budak lain. Petang selasa masa amik hakeem dia kata dah ada budak yang duk taska tu kena jangkit. Cepatnya... Pelik aku.

Dah nak baik dah baru snap. Lupa... 


Hari rabu aku pergi klinik kesihatan putrajaya pulak. Nak sahkan betul ke chicken pox atau seperti kata doktor klinik puchong budak budak biasalah. Apa yang biasa aku pun tak tahu. Setakat aku jaga anak anak tak pernah kena macam ni. Ke penyakit kuku kaki tangan dan mulut. Hasil pemeriksaan doktor kat klinik putrajaya, doktor sahkan itu memang chicken pox. Aku bagitaulah klinik puchong cakap tak. Cuak jugak doktor tu terus refer ke doktor doktor yang lain. Akhirnya semua sepakat kata chicken pox dengan disertakan fakta fakta yang aku tak amik port pun. Lebih memikir sapa nak jaga hakeem. Doktor suruh kuarantin sampai 31/7. 

Budak dua orang ni memang kamcing. Kang kena jangkit tahulah....


Dah aku opis baru ni susah nak cuti, aku decide tumpang hakeem tiga hari rabu - jumaat tu kat opis mak ngah. Sebab situ tak de orang. Kalau bawak opis aku ramai budak budak kang berjangkit dikatakan hakeem penyebab. Tak nak ah. Aku tak leh terima ustazah kata budak taska tu kena chicken pox sebab jangkit dari hakeem. Orang kata doktor actually, biasa budak akan mudah kena jangkit masa chicken pox tu dah kering. What ever... Kat opis aku ni pun ada sorang anak depa kena chicken pox. Musim kot. 

Lagi satu aku agak geram dengan doktor kat klinik kesihatan puchong tu sebab masa aku bagitau hakeem maybe kena chicken pox dia tak check langsung. Terus cakap budak biasalaa... Macam maksud dia biasa tu sebab main kotor kot... Tak belek pun kat tangan badan hakeem. I is geram. Taulah time tu raya. Doktor india, tak sambut raya pun. Dan dalam bilik tu ada dua orang doktor, satu doktor dah takde patient selamba je main main telefon sambil sembang ngan doktor yang rawat hakeem. Aku sebenarnya tak kisah doktor tu nak tengok telefon. Dia pun manusia jugak macam kita. Nak balas wasap, komen kat fb kennn... Tapi jagalah tingkah laku tu. Nak pegang tepon pegang lah tapi jangan time lagi satu doktor tu tengah rawat patient ko speaking bahasa ko.. Tak hormat.. Ermm malaslah aku nak cakap hal macam ni nanti ada yang kata kalau tak suka doktor kerajaan pilah swasta. Bayar seringgit bising lebih. Eh aku free gov staff. hehe...

Hari ni hakeem dah start pi sekolah. Aku nengok semalam chicken pox tu dah kering tapi belum terkopek lagi. Masa dah sah chicken pox puas cari air kelapa kat kedai mamak. Sebijik lima ringgit. Mahainyalah mamak ni. Masa pi klinik putrajaya tu aku beli air kotak kat kedai mamak pun rege lebih 20sen dari kedai biasa. Kaya mamak time time raya semua kedai tutup. Pastu amik daun semambu kata warisan putrajaya. Tumbuk dengan air lumur kat chicken pox. Cepat hilang gatalnya. Warisan tu kat mana? Ntah jangan ditanya. Aku sendiri pun tak tahu. Par kakak aku yang tolong amikkan. Daun semambu pun aku tak pernah lihat sebelum ni. Lupa plak nak snap boleh tunjuk kat korang. Ni tak tahu lah cikgu boleh accept tak hakeem pergi tadika. Kalau tak nampaknya esok kena bawak pi opislah jugak. 

09 February 2015

Penulisan hakeem

Dah dekat sebulan dah kan hakeem sekolah tadika. Masa mula2 dulu berperang jugak tiap kali nk hantar. Now dah ok cuma kengkadang je buat hal sikit. Kena ready ayat ayat pemanis, makanan dan juga minuman. Means jajan ler. Kena kuat mental dan fizikal. Kalau tak kuat iman mak ko ni mcm papa ko confirm banyak ko tak datang tadika.

Bulan empat nanti hakeem genap empat tahun. Sebelum masuk tadika jujur yea aku tak ada buat apa apa preparation lgsg nak mengajar kat hakeem. Silap aku ler duk manjakan dia sampai kadang kadang pia rasa tersisih. Mmg lain la anak yang kita susu badan penuh dgn susu botol feelingnya. Setakat nyanyi abc, alif ba ta adalah. Menulis mmg tak ada. Pia aku ada ajar abc sebelum dia masuk tadika. Sikit sikit itu dia tahulah juga. Lagi pun pia masuk tadika umur 5 tahun.

Hakeem bukan mcm pia suka offer diri nak belajar, banyak tanya.  Akeem minatnya lebih pada ultraman dan lori. Tahap taksub dah. Kita ajar dia tak pay attention langsung. Pandai pulak buat alasan "akeem penat" " akeem ngantuk" "akeem nk tido" "akeem nk main" macam macamlah sampai skrg pun time buat homework. #urutdada mak kau.

Anak anak aku semua tak minat tulis ikut titik titik tu ye. Buku titik aku beli langsung diorang tak sentuh baik pia n akeem. Eh ke aku yang malas ajar. Muahahaha. Aku mmg risau lah hakeem tak reti menulis dan mengenal huruf dan nombor. Bukan aku 'M' nk ajar tapi klu mengajar akeem confirm temperature aku naik. Sudahlah sekarang tiap hari ada jr homework cikgu bagi. Isnin hingga kamis. Hari cuti tak bagi pulak. Pia dah siap akeem masih terkial kial menulis. Pegang pencil pun rupa orang tak larat. Riso.. Eh geram. haha.

Walau pun aku selalu kata aku jenis mak yang im okey jr  anak slow kecik lagi, not expect much tapi klu dah kata nama ibu confirm sedikit sebanyak ada mengharapkan jugak. Mulut je kata gitu hati sebaliknya. Sape tak bangga anak pandai wei . Sedih ler anak lambat dari orang lain.

Dah dah malas aku nak tulis pnjg lebar pasal hakem lg menambah kegusaran hati. Kegeraman pun ada sbb tak mo dgr cakap mama.



First homework Muhammad Amrullah Hakeem. Punya lama nunggu baru siap. Tu pun senget benget aku pejam mata jer. Kalau tak tak beranta. Padam tulis padam tulis sehari pun tak siap. Rabak buku buku duk memadam. Actually nak upload video hakeem tgh tulis huruf a tu tapi lambat sangat uploadnya bateri tab pun dah nak kong. Dia tulis huruf a tu sambil kata " bulat tarik". Buat bulat dulu pastu tarik kebawah sisi a tu. Tak sabar nak tengok perkembangan hakem sebulan lagi dari sekarang. Berubah ker?





30 April 2014

Hakeem 3 year old

Ahad lepas hakeem dah tiga tahun. Weolls tak dak plan nak buat apa-apa sambutan pun. Lagi pun mr. mama kerja. Memula tu mr. mama ajak kitaorang gi Melaka. Ikut dia pergi kerja. 
Aku plan kat melaka nanti kita berenti je makan kat mana-mana yang best tuk sambut birthday hakeem. Kat restoran jejantas melaka tu pun ok. Teringin nak makan atas jalan raya ko...
Offcourse nanti kena naik lori.. hihihi.. Aku ok.. Suka jugak naik lori. Romantik. Selalu kitaorang atas lori akan sembang macam-macam. Masa ni lah nak nasihat ke apa semua boleh. Mesti tak gaduh punya. Maybe bunyi bising lori tu buat masing-masing tak rasa nak gaduh. Tak macam naik kereta. Sunyi buat kita rasa sepi mulalah nak cakap yang bukan-bukan... 
Kalau tak caya cer korang naik lori dengan husband memasing. Feel dia lain macam u.. Lebih-lebih lagi kalau lori korang tak ada radio.. hihihi.. Tapi tak jadi pulak kitaorang pergi melaka. Tetiba bos suruh pergi johor pulak. Aku kuasalah nak gi johor jauh sangat... So no more sambutan hari lahir. 

Pagi ahad tu aku masak ler bihun goreng vodo sepinggan tuk hakeem. Memang tinggal banyak tu je bihun yang ada kat rumah. Hakeem memang suka makan bihun. Kita buat ler sempena birthday boy. Pi makan kat umah mak ngah yer sementara mama buat keje lain.

Petangnya pi otk sekejap beli lagi sikit barang dapur. Beras, sabun basuh baju semua dah habis. Bihun tu pun nak kena beli. Padahal dua hari sebelum tu dah pergi mydin. Tapi apsal mydin sekarang barang mahal nak mamp*s... Bukan ke tagline dia "mengapa bayar lebih, belilah pada harga borong" ke. Rasanya aku bayar lebih je dari otk. Pas ni malas dah nak beli kat mydin lagi. 

Mydin tu dah la besar. Makin banyak aku melangkah dalam mydin tu makin banyak duit aku habis. Pastu aku tak tahulah apasal aku ni sekarang mudah lupa. Masa masukkan barang dalam bonet tu aku lupa nak amik makanan yang aku sangkut kat troli kat tempat selalu budak-budak duduk tu. Dah dua kali jadi macam tu. Kali pertama tu nasib baik belum keluar mydin so aku patah balik amik. Ni dah sampai rumah perut dah lapar tengok makanan non ado. Banyak sangat urut putus nih masa bersalin tu yang makin pelupa nih....

 Tiga tahun dah budak ni. Setahun dah tak dapat berkepit dengan mama. Sebulan dah duduk kat taska. Banyak jugak improvement. Dah tak suka pakai pampers. Sekarang aku tengah cabaran mem'free'kan hakeem pampers. Yang ni aku story kemudian....

Malam tu aku masak lagi bihun goreng. Jamu kawan-kawan mr. mama. Aku tak ada kawan kat sini. Pindah sini masa darjah enam. Tingkatan satu dah masuk asrama. Sebenarnya malasnya la hai nak masak.. Tak berapa sedap badan. Tapi dah suami suruh, isteri mithali kenalah buat. (~.^). Bagus... Esoknya aku demam sampai ke hari ni masih belum berapa nak baik lagi..

29 November 2013

Dua beradik time baik

Pagi tadi dua beradik ni datang opis sekejap. Lebih kurang dua jam. Mr. mama drop sebab ada kerja kat putrajaya. Then dalam pukul 12.30 hakeem dah balik. Tinggal sofea teman mama sampai petang. Budak ni memang suka duk opis. Dapat tengok youtubes xde buffer buffer. Pulak dah ada member opis yang bawak anak lebih kurang sebaya sofea. Sukalah ada kawan. Itu hari ni...


Yang ini empat hari lepas. Mr. mama outstation. Semua urusan bundle, anak-anak aku kena handle. Kalau tak outstation pun aku handle jugak haih.. Suami isteri wajib tolong menolong. Mak dah tak de. Mak mertua duk jauh 8 jam dari kl. So kita berdua kena bergandingan bahu walau apa pun yang jadi kan pa..

Buruknya view rumah aku ni kan. Kalau banyak duit, impian nak bina kilang bundle. Tolong doakan moga impian tercapai. Kak jiah minggu ni kita sama-sama kemas nak. Kata nak cari duit lebih kan.. (-.-)


Kalau takde mr. mama aku pun takde nak keluar-keluarnyer. Ada mr. mama pun aku tak keluar. Pendek kata dunia aku banyak kat rumah dan anak-anak jer. Takat bawak anak gi taman kat giant putra height tu ala. So boring-boring tara tak de customer kita kutip buah rambutan. Sekarang ada empat pokok rambutan tengah lebat berbuah. Kalau ada yang ngidam nak makan rambutan boleh datang beli. Panjat sendiri ok. Indonla selalu datang beli. Melayu non ada. Indon ni memang pandai mencari benda nak murah sesaja. Ermm.. hari tu baik dan rajin anak dara dan anak jantan aku tu together together angkat plastik rambutan.



Khusyuk sambil tengok tv makan rambutan. Tak sempat nak penuh tupperware tu dah di ambil satu satu masuk mulut. Tu yang mengazab sakit tekak memasing.

08 November 2013

Bagus ker bagi tab pada anak?

Alooo rileknya anak bujang aku. Siap bersilang-silang kaki sambil main tab. Bertingkek tingkek. Sejak pandai tekan tab ni kan asyik "mama nak tom, mama nak boboy, mama nak bird". Tak kasi nangis. Cengeng betul.. Manja terlebihla budak ni. Bila tanya hakeem nak adik? suka baby tak? Angguk.. Kang bagi bebetul tahula...



 Time ni kaki dah terjatuh dia cuba lagi nak menyilang. Nak bergambarnye pasal. Cover cool giteww..


Dah boleh menerima camera. Sebelum ni asal tala camera mesti jerit marah. Tak suka. Budak ni sekarang sangat behave. Sejak kakak gi sekolah dia dah takde tempat nak ngadu. Dulu asal mama papa tegur terus lari kat kakak mintak peluk/pujuk. Now duduk ler ngan papa sampai petang. Mama kena koje.Cari nafkah..


Kata orang nak senang bagi je budak tab, diam ler diorang. Tapi haruslah dipantau kang ketagih susah. Baik buruk datang dari kita. Yang baik sonang keje mak mak. Buruknya....
 
Kesan penggunaan gajet yg berlebihan kepada kanak-kanak.

1. Mereka lebih banyak menguasai Visual (Memandang) berbanding Auditori (mendengar) – Apabila guru-guru mengajar di hadapan kelas tumpuan mereka mudah hilang arah dan mudah melihat pergerakan luar (keluar tingkap). Iklan-iklan di bilik darjah Seperti, pembaris jatuh, rakan batuk, kipas berpusing dan lain-lain lagi.

2. Perkembangan bahasa mereka lemah

3. mereka kurang bercakap, kurang bergaul dan berada dalam dunia sendiri.

4. Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa penggunaan tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian.

5. Menyentuh skrin dengan sangat mudah, ia tidak begitu membantu skill motor mereka.
#sumber


09 October 2013

Masih menyusu badan

haaa ini barulah nak story pasal hakeem. sebenarnya cerita taska tu aku nak taip pasal hakeem tetiba menyimpang tersasar. Pastuh lupa nak dicerita apakah sebenarnya.

Actually hujung bulan ni genaplah hakeem dua tahun enam bulan. Dalam usia sekarang kalau uolls nak tahu hakeem masih lagi menyusu badan. Yup masih menyusu badan. Jangan buat-buat terkejut. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh tahan dihisap digigit hakeem selama itu. Air susu kengkadang masih lagi menitis. Aku tak amalkan dah apa-apa petua membanyakkan susu badan. Ramai yang kata yang dihisap hakeem tu bukan susu tapi darah. Macam yang diorang duk cakap kat sofea dulu tu. Tapi ada aku kisah. Aku ada baca satu blog tu kata dia menyusukan anak dia sampai umur tiga tahun lebih. Kemudian dia nampak anak dia pandainya lain macam. Aku pun nak jugak...

Nak jangan ko xberenti-berenti menyusu sudah.. Mama ko ni tak ada banyak kekuatan.

But bukan aku tak nak berhentikan tapi ya ampun susahnya la hai. Bagi yang dapat anak senang nak berenti, senanglah hati korang. Bolehlah pakai baju kebaya, dress dan segala bagai jenis baju.. Daku kecewa target raya hari tu dah boleh nak melaram tapi harammm. huhuhu... Susah bebenor nak lepaskan susu budak ni. Aku tak tahu macam mana ada yang kata dia tak guna apa-apa cara just slow talk je ngan anak. Kata kat diorang yang diorang dah besar dah tak boleh menyusu. Esoknya terus anak tu tak nak susu dah. Walllawei kalaulah sesenang itu. Aku bukan kata slow talk, memalam siap usap ubun-ubun kasi hempus sambil selawat tiga kali dan diiringi ayat manis berjela-jela. Buat pulak malam hari kelahiran hakeem tapi masih tak jalan jugak... Macam mana nih. Helpppppppp me..

Bukan tu, bubuh garam pun dah bubuh. Orang suh letak kopi pun tak jalan. Kotor baju aku ader. Ni nak try bawang putih tapi belum ada kekuatan. Any suggestion? Kalau korang nak kata itulah sape suruh cuti lagi lelama tu yang manja melebih budak tu. Tolong rentikan. Bernanah telinga aku dengar. Tolonglah bagi ayat yang membina. Jangan bikin wa panas hati....


Rasanya asal aku nak cerita pasal beza anak menyusu ngan tak menyusu, macam aku ngan hakem lain ngan pia lain, tapi menyimpang pulak. :)


22 August 2013

Makan durian free

Kejadian semalam petang.. Lokasi Putra height.
Mr. mama ajak makan durian free. Kawan dia jual.
Aku is tak makan durian, puasa lagi semalam..
Telan air liur saja tengok diorang anak beranak bedal 5/6 biji durian.

 hakeem.. kemain lagi ko makan sampai tak pandang mak sendiri. Kalau tidak sikit sikit nangis sikit sikit nangis.

Durian turun dari kelantan.
Sekg RM5.00. Murah ke? 
Bukan biasa orang jual 2/3/5 biji RM10.00 kan.
Kalau nak free kena makan kat situ jugak. 
Makan sampai muntah pun tak pe. 
Once nak bawak balik kena bayau. 
 
 
So melantaklah mereka disitu sampai buncit mulut mulut.

 Ada jual rambutan, manggis dan petai. 
Manggis sekg RM5.00.
Rambutan RM4.00. 
Petai seikat RM5.00. Mahai petai tu...

 Mama Papa mithali. Sejak sejak akhir ni memang terserlah sifat keibuan mr. mama ni. Aku dah boleh goyang kaki banyak.

21 August 2013

Rutin pagi-pagi

Semua gambar sekarang main combine2 senang. Malas nak edit satu satu. 

Gambar ni fresh lagi dalam hp aku. Pagi tadi punya kejadian. Dah tiga hari ni direct hakeem bangun awal pagi. Kul 5 aku bangun kul 5.15 dah mula dengar suara dia menangis. Pastu sibuk cari aku kat dalam bilik air atau dapur. Memang dua tempat tu je yang aku duduk pepagi buta setiap hari. 

Naik tension aihh aku nak sahur masak pepagi. Ok dah dua hari aku posa ganti. Rajin pulak tahun ni ganti awal. Motif sangat. Padahal duit dah surut.. kihkihkih. Hari ni sofea pulak mengikut bangun awai. Lagi bertambah tension aku. Rutin pepagi iolls udahlah bz. Masa cecukup je untuk basuh pinggan, masak, mandi, sidai baju dan gosok baju. Buatnya depa ni bangun awal memang lari timing. 

Kena layan belai dulu baru dapat keluar pi keje. Itu pun kengkadang dah layan pun masih boleh dengar tangisan dari depan pintu pagar rumah. Cara paling cepat nak hentikan tangisan hakeem kena sogok dengan makanan. Hari ni aku masak nasi gorang. Dapatla sogok nasi goreng. Kalau tak bagi dulu nata de coco yang ada dalam fridge tu. Memang favrite dia. Sofea pulak kita kena bagi kata-kata manis dan nista. Nanti petang mama balik bawak pi giant kita main dalam taman tu yea. mama pegi keje kejap je, cari duit. Pastu nanti kita beli cd boboiboy ngan upin ipin ngan kakak (barbie). Guna duit raya pia ye... Bila balik keja aku pun berpura-pura lupa pasal pi giant. (",). Kesian depa...

06 August 2013

Hakeem & Sofea kat my opis

Bila time raya mesti ramai yang bawak anak ke opis. Pengasuh dah cuti awal. Pengasuh anak aku si mr. mama outstation ke Kelantan. So semalam terpaksa bawak hakeem dan sofea ke opis.




Kesian kena bangunkan diorang pepagi. Pastu kena tido bawah meja. Kuih raya aku pun dah tinggal separuh sebab sogok diorang supaya jangan menangis, menjerit, melalak macam rumah sendiri.

14 June 2013

Rindu Mr. Mama & My Kids

Masuk ni hari ketiga mr. mama, sofea dan hakeem di kampung. Rindu wehh kat diorang. Mr. mama call memalam tanya buat apa. Menjahit ker? Hihihi aku jawab malam tido ler. Serius tak larat nak jahit hari kerja. Petang ni akan gerak ke Afamosa Melaka. Ada kursus tiga hari. Ermm tak dapat menjahit jugak this weekend. Tapi aku bawak kekain jeans n cotton, mana tahu sempat nak pepotong kat sana. Nanti balik boleh terus jahit jer....

Mr. mama kata hakeem dah start meragam malam kedua. Tak dapat nenen biasalah. Aku pun kat sini malam kedua kemain sakit lagi nipple membengkak. Terpaksa buat kaedah marmet untuk release kesakitan...


Mr. mama yang pelik-pelik. Boleh dia pergi amik basikal yang dah lebih 10 tahun duduk dalam store umah arwah mak aku tu. Siap angkut naik lori pi nak tukar tayar basikal. Buat main dengan anak-anak waktu petang.


Aduhai cepatlah hari ahad. 
Rinduuuuuuu......


01 March 2013

Bila sofea bosan ...


Susun barang dia dalam almari hias.

Main-main pintu almari dengan hakeem

Last-last pecahkan kaca dalam almari tu... 
Mahunya tak pecah 15kg punya tubuh...

Alahai tak tahu nak cakap apa dah kat sofea. Kesian sangat tengok anak aku ni. Setiap hari tak sah kalau tak keluar perkataan mana pia nak jumpa kawan... pia pun nak pergi jumpa kawan... mana kawan pia tu... mama kawan pia ada kat sana tu.... Itu yang almari pun jadi buat main. Sabar ye sofea satu bulan lagi mama anta sofea ke taska balik.


* BE/CPUV ke-lima & enam 2013 telah muncul.

28 February 2013

Sofea & Hakeem yang suka menari

Sofea ni suka sangat menari. Tiap kali dengar TV, ada rancangan yang pasang lagu, confirm dia bukak langkah...

Mempersembahkan your dancer Sofea..


Kebetulan pulak semalam aku pakaikan dia skirt yang beralun kat bahagian bawah. Lagi syoklah dia nak menari.

Time dah nak serender ni.... Letih...


Yang bawah ni pulak gambar time sofea dan hakeem dengar CD ABC. Ada je part lagu terus sepantas kilat masing-masing bangun tunjuk kehebatan menari. 

Yang tak tahan tu kadang-kadang boleh dia pegang tangan kita sambil pusingkan badan dia. Ala macam pasangan menari kat majlis tari menari tu. Mana tah dia belajar semua tu...


Last-last dengar sofea mengeluh Aduh dah ke mama, cepatla... penatnya mama.... 
Padahal tadi dia yang beria-ia suruh kita tangkap gambar...


*Teringin nak hantar sofea ke kelas tarian. Tapi tak jumpa kelas tarian yang dekat dengan rumah. Yang ada pun untuk orang dewasa dan nak budak yang pandai speaking baru diorang nak ambik...


27 February 2013

Panjat memanjat aktiviti yang disukai hakeem



Atas meja, atas almari solek, atas kerusi memang tempat kegemaran hakeem. Selain makan, memanjat antara aktiviti yang boleh buat hakeem berenti menangis. Asal menangis kita sogok letak atas tempat tinggi confirm dia diam...

*mesin jahit tu baru je elok, kang ada yang rosak balik ni...

18 February 2013

Kearah fasa baru

Hujung bln ni genap hakeem satu tahun sepuluh bln. Tak smpi dua bln je lg aku akan kembali meredah jln pchong putrajaya. Tak sanggup weh. Sejujurnya aku lom sedia. Tanya sape pn akan jawab tak sedia jugak kan. Alangkan org yg cuti bersalin 3 bulan pn malas nk kerja. Inikan pulak aku yg dah dua tahun cuti. Lagilah bercinta....


Pulak tu macam macam preparation nk kena buat. Pasal bf hakeem, pasal pakaian keje yg tak tempah lg. Tu la pandai sgt pi jual segala baju yg ada. Kan bila nk keje dh xde baju. Itu belum lg pikiaq psl hari pertama kerja nanti. Dengan masalah parking yang teruk kat putrajaya tu. Tak kuasa sungguh nak memikiaq semua tu.


Sekarang aku tgh fokus fikir first step apa yg patut aku buat untuk stopkan hakeem susu badan. Patut terus tala garam mcm aku buat kat sofea dulu atau cuba kurangkan hakeem dari menghisap susu badan siang hari atau anyone ada suggestion.

Arghhhh sungguh tak ada kekuatan nak lakukan semua ni.... Stop bf.... Keje....

15 February 2013

Mama papa yang best

Start smlm mr edy dh sibuk dgn Karnival jom masuk U (later story psl event). Sebulan lebih akan outstation ke seluruh semenanjung. Kalau balik pn sekejap sekejap. Definitely hakeem n sofea rindu kt papa diorang. Yg pndai nyatakn kerinduan hnya sofea. Hakeem tahu panggil papa papa sahaja tatkala ingat kt mr. edy.


Sofea : pia nk papa...

Mama : sofea nk papa? Mama?

Sofea : pia nk papa je.. papa lg best.

Mama : haaa.. mama? (Sad ni dgr)

Sofea : mama pun best jugak...

Lega dgr :-). Then weolls berpelukan.


Ya allah terkedu, xsgka pndai sungguh sofea buat ayat dn ambil hati mama dia.



*Siapa ada nak jual pc memurah sila bgtau, xlrt nk update n blogwalk guna hp cenonet ni..


13 February 2013

Belajar secara santai bersama anak-anak

Nak kata aku mama yang rajin tak jugak tapi bukan juga dalam kategori pemalas yea. Sedang-sedang sahaja lorr. Ada masa rajin, ada masa penyakit M datang jugak. Tapi setakat nak mengajar 123 dan ABC kat anak-anak memang jarang miss.

Aku kurang guna buku. Kalau tak guna video aku guna melalui dua kaedah. Yang pasti cara santai-santai sahaja. Diorang kan kecik lagi.




Strectching/senaman.
Jangan tak tahu ye stectching/senaman mampu merangsang minda anak-anak. Aku dapat tahu melalui rancangan Wanita Hari Ini. Aku mula buat strectching kat anak-anak lepas aku dah tak buat urutan baby.

Iyelah masa anak kita baby kan kita selalu buat urutan. Bila diorang dah besar sikit aku beralih ke strectching pulak. Tak payah buat heavy-heavy. Pusing-pusingkan buku lali, kaki, tangan, pergelangan tangan dah cukup. Pastu sambil strectch sambil kira sampai sepuluh. Secara tak langsung itu kan dah mengajar anak kita mengira. Nak mengajar anak tak semestinya kena pegang buku.

Memang cara ni bagus bagi aku. Anak-anak mengekek suka bila aku strectch diorang. Hakeem pun kadang-kadang mengira sama masa aku buat strectch.



Berbual sebelum tidur
Masa aku dengar satu forum (tak ingat rancangan apa), penceramah ada bagitau supaya dalam sehari seboleh-bolehnya luangkanlah masa dengan anak-anak dalam lebih kurang 15 minit tanpa sebarang gangguan seperti tv, radio, h/p & etc. Bertujuan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

So aku pilih waktu sebelum tidur. Sebab waktu nak tido memang tv, lampu semua kita akan tutup. hihihi nak senang je aku ni... Apa yang aku buat, biasanya aku akan berbual dan tanya pasal apa yang diorang dah buat hari ni. Pastu aku tolong jawab balik sebab dah sah-sah 24 jam diorang dengan aku. (",).

Macam sofea yang dah faham sikit-sikit tu ada jugak dia cerita pasal cartoon totomen (ultraman) dia, pasal lagu. Kemudian aku suruh diorang nyanyi lagu seperti twinkle, abc, little indian. Baca ABC, bismillah, selawat, kira 123. Kira recall sebelum tidur supaya tak lupa.


*Sekarang tengah ajar baca Fatihah tapi separuh bacaan hakeem dan sofea tunjuk tangan suruh stop. Adehhhh....

Hakeem dah pandai ABC

Empat hari cuti tahun baru cina keje aku, my sis, sofea & hakeem makan, tido, makan tido plus adalah kemas rumah sikit-sikit bila rumah dah bersepah dibuat anak-anak. Sungguh bahagia duduk dengan anak-anak tak payah uruskan suami. ha3... sorry mr. edy siapa suruh outstation sangat. 

Time nak masak pun senang, aku lempar je anak-anak kat rumah my sister. Dah siap masak baru panggil semua makan. Tapi biasalah hakeem tak mahu sangat dengan orang lama-lama. Nak berkepit je dengan mama dia. Jadi sementara aku masak, hakeem aku bagi tengok CD belajar dan nyanyian. Duduklah dia sorang-sorang ngadap TV.


Gaya hakeem masa tengok CD ABC. Kemudian dengar hakeem sebut perlahan-lahan I, J, Y ....  
Alhamdulillah anak mama dah reti sebut ABC sikit-sikit...

30 January 2013

Pia Kakak Akeem Adik

Perbualan mama dengan sofea masa cuti thaipusam tempoh hari...

irfan sepupu sofea


Mama : Pia main elok-elok dengan adik ye 
Sofea : Heyyy... bukanlah... irfan
Mama : Habis tu adik siapa? Hakeem ker...
Sofea : Iyelah (angguk kepala). Hakeem tu...

11 January 2013

Dua beradik

Inilah wajah terkini hakeem dan sofea. Tiap-tiap hari diorang ni nak main kat luar rumah. Tak kira waktu, pagi petang siang malam.  Hujan panas pun tak hirau. Sebab tu kena pakaikan topi.

Hakeem tak ada topi. Aku pakaikan mr. edy punya. Pasni kena beli...

Tengok tu sampai basah rambut sofea. Kuat betul berpeluh.

Sofea sebenarnya bosan duduk rumah, tak ada kawan. Tiap-tiap hari cakap nak pergi sekolah... 
Tak lama dah, dua bulan lebih je nak anta semula ke taska.. Nanti boleh dapat ramai kawan.