13 September 2012

Kutu Menyerang Lagi

Aku memang benci duk lelama kat kampung. Bukan aku tak suka suasana kampung tapi sebab anak buah mr. edy majoriti berkutu.


Kalau nak balik lelama mesti aku beli ubat kutu pakai siap-siap bila mandi sebagai langkah pencegahan. Biar kutu tak jadi nak hinggap bila bau ubat kutu yang busuk tu.


Tapi raya hari tu aku boleh terlupa langsung nak beli + pakai ubat kutu kat kampung. Tak ingat kisah kutu-kutu ni. Dah la balik kampung dekat seminggu.


Memang sah-sah la akan dapat jangkitan kalau tak cegah awal-awal. Dan start minggu lepas aku dah mula rasa gatal-gatal kepala. Tapi masih tak boleh detect sebab apa.


Until aku try sikat pakai sikit kutu, tetiba bertabur kutu jatuh atas surat khabar. Aku sikat guna sikat kutu bukan sebab aku syak ada kutu tapi memang tabiat aku kalau gatal kepala memang aku akan sikat dengan sikat kutu bagi keluar semua daki-daki yang ada atas kepala.


Kemudian try sikat kepala sofea pulak. Lagi lah banyak kutu yang berguguran. Memang sah aku berjangkit dengan sofea. Sofea pulak berjangkit dengan sepupu dia.


Adui memang geram + marah betullah. Macam mana dah 3 minggu raya baru sedar ada kutu kat kepala. Tahulah normal bebudak pasti akan dapat kutu. Aku dulu pun bukan main hebat kena serkup kepala memalam.


Tapi yang aku geramkan sebab raya tahun lepas anak buah yang ni ada kutu, tahun ni pun anak buah yang sama jugak ada kutu. Uii empat tahun aku kawin dengan mr. edy, rasanya dah dekat tiga tahun  jugaklah dia bela kutu tu...


Mak dia pun tak lah kiranya nak ambil langkah pencegahan. Steady jer. Aku ni tak sampai sebulan kena dah gelabah. Tiap pagi bangun tido perkara pertama capai sikat kutu, dulu handset (",).


**Ini kali kedua sofea kena kutu. Cerita kena kutu kali pertama boleh baca kat SINI. Dulu aku potong rambut sofea kasi pendek. La ni sayang nak potong pendek sebab sofea dah besar. Nak tengok gambar sofea rambut cam jantan boleh clik SINI.

4 Comment:

IntaNBerliaN said...

eeee sy yg baca ni plak rs gatai tibe2... mmg geramkan kalu kutu ada kat kepala.. tp sy pelik, nape mak budak tu xkisah atas kpala ank dia ada kutu ek..

Eca Dwinky Asha said...

aish....xmenahan bila ada kutu ne....ari tu ada sorg jirang bawa kutu masuk dlm rumah...sekali mama xtahan,terus spray kepala budak tu.hahaha..

nita said...

eee.. samalah dengan anak saya, baru je saya ngan officemate ni citer pasal kutu, ni baru je beli syampu kutu.. kes anak saya dapat kutu ni dari rakan sekolah. Baru jer, baik beberapa minggu kemudian muncul lagi..nak potong rambut anak, baba tak bagi, anak perempuan kan.. sabor jelah..

noradlina abdullah said...

Ubat kutu yg biasa tu byk chemical.. Rambut anak jd kasar nanti.. Saya guna sikat kutu spiral dgn minyak rambut vco, alhamdulillah berkesan hilangkan kutu.. Kalau nk tahu details boleh email saya.. Thanks!