21 September 2012

Sofea accident ke?

Sebenarnya sofea belum lagi bebas dari lampin pakai buang sepenuhnya walau pun sebelum ni dah ada tanda-tandanya. Aku pernah bagitau tanda-tanda sofea tak nak pampers kat SINI

Lepas dah dapat tanda-tanda hari tu terus aku train sofea. Tapi banyaknya tak ajar dari ajar. Jadi sampai ke hari ni sofea masih pakai tak pakai pampers. 

Bila keluar berjalan memang pakai pampers sepenuhnya. Dan kalau kat rumah ikut mood mama dia nak pakai ke tak nak. But lebih pada pakailaa.. Mama malas. Itu yang sampai sekarang sofea bila dah lepas qada' hajat baru bagitau. Kalau bab kencing ok, dia dah pandai bagitau...

Fyi, badan sofea ni memang besar dan berisi dari budak-budak lain yang seusia dengan dia. Masa yang aku duk cerita dia tak nak pakai pampers hari tu rupanya sofea rimas pampers tu dah kecik dan sempit. Macam mana aku leh tak perasan... 

La ni sofea kena pakai pampers saiz XXL. Double XL ni memang susahlah nak dapat. Kat mydin memang langsung tak ada jual. Mungkin sebab banyak budak pakai sampai saiz XL aje kot. Memang aku kena train betul-betul pasni nampak gayanya. 

Di sebabkan susah nak cari saiz XXL jenama drypers, kengkadang terpaksa tukar jenama yang lain. Salah satu jenama yang aku guna adalah brand Babylove. Ada jual kat kedai runcit rumah aku ni. Harga pun oklah. Babylove size XXL ni jenis pant. Yang jenis sarung. Tak ada pakai pelekat-pelekat.

Aku beli adalah dua tiga paket then tak mo beli lagi. Sebabnya sofea suka buat main balut-balut kepala macam orang accident tuh. Lagi satu peha sofea tu padat, banyak isi susah nak pakai pampers jenis ni. Huhuhuhu...

Tengok tu pampers ni dibuatnya balut kepala sampai nampak  sebelah mata je.


Gaya macam ni pulak macam rupa pakai telekung pun ada. Mungkin sofea ingat ini telekung kot. 


Atau kengkadang buat macam pakai serkup kepala tu.. 

Hai sofea ni macam-macam perangai....

4 comments:

IntaNBerliaN said...

hahhahha kelakarlah sofea ni.. adehhh blh plak dia g buat serkup kepala yer :-)

QasehnyaRania said...

hehe...lawak je sofea ni kan..
penghibur hati ibudan ayah =)

ye ke..xpa2 saya dah mula terjah skrg..=)
salam kenal yer

Riena Haiqal said...

alamak ingatkan betul2 xcident.. takut juga tapi rupa2nya pampers dibuatnya balut kat kepala. adui Sofeaaaaaaaaa

Momma AA said...

hahaha... comei sgt...

 
Copyright by Aziazidah