Menyiapkan order tak berbayar

Selepas raya haji dan selepas penyakit M menyerang semua order beg semacam tak nak dibuat dah. Semua tu ada dua je lagi yang pending. bukan banyak pun. kih kih kih.... 

Tapi walau pun malas dengan sedikit saki baki semangat yang ada aku gagahkan juga menjahit order-order yang tertangguh. Kali ni buat order yang direquest oleh kakak dan abang ipar sendiri. 

Sokmo kan kalau barang free mesti hasilnya entah apa-apa. Lain yang direquest lain yang jadi. Bila customer berbayar boleh pulak buat walaupun sesusah mana sekali pun. Lumrah alam...



Jadi inilah hasil beg yang menyimpang jauh dari landasan. Yang diminta beg tali jerut sebagai penutup. Tapi yang dibuat beg ditutup dengan butang dan pelekat sahaja.

Beg abang ipar lupa plak nak snap. Yang diminta beg uncang untuk letak duit syiling tapi yang dibuat beg guna lebihan poket seluar jeans.

Memang dasar malas tahap dewa dah sekarang ni.

3 comments:

Riena Haiqal said...

hahaha bila virus malas dah melanda memang payah la nak buat keja.. minat pun jadi tak minat.. hehehehehe

IntaNBerliaN said...

seronok tgk hasil keje azi :-)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

cantik la

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY