Showing posts with label my sewing. Show all posts
Showing posts with label my sewing. Show all posts

28 June 2018

Jahit baju anak (masih guna free pattern)

Raya hari tu adalah bercita-cita nak jahit baju blouse/dress untuk sofea & airis. Kalau boleh nak matching-matching. 

Oleh sebab kekangan masa, bulan puasa hari tu rezeki, banyak sangat orang hantar baju nak outer. Sampai kan jahit beg jeans pun tak berapa dan. Inikan lagi nak buat baju anak. 

Makanya hanya sempat jahit satu dress untuk airis asalnya. Ye masih lagi menggunakan free pattern yang ada di internet. Nak jahit beg pun tak dan, inikan nak belajar buat pola. 


Easy Summer MuuMuu Dress. Untuk budak umur 3-6 tahun. Boleh klik kat SINI untuk tengok tutorial and free pattern.

Bila siap, airis try pakai menggelebeh sikit kat bahagian leher. Mungkin sebab airis halus sangat. Patutnya kena gripkan getah leher tu lagi. Sebabkan aku dah hantar kat orang jahit tepi sambungkan terus bahagian bahu, dah tak boleh nak bukak balik. 


Bagi ke sofea cuba, ngam pulak. Tapi tak jadi dress lah. Pendek. Jadi blouse. Cuma bahagian lengan tu singkat, nampak ketiak sikit. Bolehlah untuk buat pakai siang kat rumah time hari panas. 


Kepuasan sangat dapat jahit baju sendiri. Jimat pun jimat. Bilalah agaknya aku nak pandai buat pola sendiri... 

03 April 2018

Beg Jeans Mac 2018

Mac sudah melabuhkan tirainya. Marilah kita tengok hasil beg jeans yang berjaya dijahit pada bulan lepas.

Bilang-bilang selama sebulan (hujung minggu sahaja jahitnya), aku hanya berjaya jahit beg sebanyak 5 buah beg. So bad....& so lembbbss

Permulaan bulan mac dimulakan dengan memjahit handbag. CC office yang order. Nak bagi kat mak dia bawak pegi pasar katanya.

Next beg yang dah banyak kali gak jahit. Customer dari johor.

 Ini pun beg yang dah berapa kali ntah buat.Customer johor tu order dua beg.

Yang ni akak masa keje kat BPAD yang order. Dah retired pun dia. Masalahnya aku tersalah pulak buat jenis zip nak saiz tapak. Kenala outer balik. Sampai la ni dah bulan 4 belum siap outer lagi.

Ini baru last week siap. Customer dari batu caves. Hari ni baru nak pos.

Average seminggu satu beg aku buat. Ish ish ish..

07 March 2018

Beg Jeans Jan & Feb 2018

Hai.. lamanya tak update blog. Sebulan lebih.. Cerita banyak tapi feel nak tulis tu dah kurang. Bila lama tak update jadi malas pulak. Ekeke..

Hari ni nak show beg jeans yang berjaya dibuat sepanjang bulan Januari & februari. Lately ramai new customer yang order sebab terjumpa blog ni. Jadi kena update jugaklah kat sini. Walau pun semua gambar-gambar ni dah ada dalam ig. Blog biasalah lambat skit. 

Kalau korang nak tengok cepat atau nak tengok yang lain-lain boleh tengak kat ig aziazidah. Aku private. Sori terpaksa private atas sebab-sebab tertentu. Tak pe korang follow jer nanti aku laju-laju approve okey.

Beg askar ni kawan laki aku yang order. Dia memang btul-btul askar. Logo-logo dan seluar askar tu dia sediakan. Aku cuma sediakan kain lining, zip & ring. Harga tak jauh beza kalau aku sediakan semua material sebab dia cuma bagi seluar askar je kan. 



Beg ni pulak untuk yang bernama raisha huda. Customer dari kelantan. Jarang aku dapat customer dari negeri cik siti wan kembang ni. Banyak yang order orang dari johor & perak. Beg ni untuk anak dia. Nak letak telekung katanya.

Ini untuk letak baju dan tuala. Malangnya dia tak suka zip jenis terbuka. 

Jadi dia order beg lain untuk anaknya juga untuk diri sendiri. Total customer ni dah ada 5 beg jeans. Alhamdulillah terima kasih bebanyak percayakan jejari keras kita ni.


Drawstring beg. Dua-dua order dari orang yang sama. Cc kat opis. Satu untuk diri sendiri satu untuk maknya. Kali ni buat lain sikit. Hujung tali aku jahit dengan kain jeans dan tapak buat bentuk bulat. Lagi lawa bentuk bulat orang kata. Lawa ke korang?





Beg makeup. Customer dekat je ni dari KL. Simple je dia nak. Tapi saiz memang besar dari biasa. Mesti banyak alatan makeup dia ni.


Coin purse asal buat untuk anak sendiri letak duit ke sekolah. Tapi tetiba kawan sofea nak order. So jual lah mur mur je. Harga memang tak masuk akal. Tak untung langsung. Budak sekolah manalah nak beli memahal kan. Tapi pandai pulak kawan dia yang sorang ni mintak nak ada dua zip. Satu nak letak duit kertas, zip satu lagi untuk duit syiling. 


Jenis snap button ni untuk lelaki. Akim tu hakeem punya. Yang kosong tu buat untuk kawan kat opis. Ni dia mintak tlg buatkan satu lagi untuk anak perempuan dia. Senang nak letak duit kertas katanya.


Beg dam memang sentiasa ada peminat yang tersendiri. Ini order dari kawan opis kakak aku. Yang besar tu beg untuk letak baju balik kampung. Kawan kakak aku punya kakak yang request.


Ada lagi beberapa beg yang sempat aku buat sepanjang bulan satu dan dua tu. Tapi semua pun lebih-lebih kurang designnya orang request. So tak yahlah ulang tayang kat sini. Tak banyak mana pun tempahannya. Tapi alhamdulillah berterusan order masuk. Tu pun tak menang tangan nak buat. 

Seperti yang selalu aku kabokan aku buat hujung minggu memang lambat skit siapnya. Standart sebulan tu biasa. Aku bukan buat beg semata. Ada jugak amik outer baju kawan-kawan opis. Jadi kena bahagi-bahagi masa outer baju dengan jahit beg.

Thanks pada yang semua yang order beg dari aku. Pada yang berminat nak order/nak tanya apa-apa boleh email edyeda@gmail.com. 


14 June 2017

Beg jeans lagi dan lagi

Bila sampai nak story pasal beg jeans tajuk adalah menjadi masalah. Dah tak tahu nak tulis tajuk apa kan. 

Alhamdulillah selepas open balik tempahan, order tak pernah putus. Bulan puasa ni rasa tak cukup kaki tangan nak buat. Lepas tu cuaca sekarang ni panas ya amat. Buat sikit dah rasa letihnye hai. Ayway, terima kasih yang mempercayai hasil kita.

Ini handbag. Pattern sama tapi design beza. Ada yang nak design bunga-bunga, dam mahu pun rock style. Kita buat dan inilah hasilnya. Tetiba terhot pulak pattern macam ni. First time buat dah lama dah rasanya. Rajin pulak diorang ni scroll bawah-bawah post fb aku tu.



Reversible beg sentiasa ada permintaan macam beg dam juga. Ungu tu tali panjang skit dari biasa. Next orang yang sama order nak tali lagi panjang. 40 inci. Ala hipster gitu... Pun kita buatkan asal awak-awak semua suka, akak tak ada hal.




Beg dam @ beg jinjit untuk letak handphone & wallet. Kaum-kaum perempuan ni kalau lunch kena bawak beg kecik-kecik cam gini. Beg reben-reben pun tetiba terglamor kali ni.


Sling beg. Saiz besar kecik semua boleh adjust tak ada hal. Cuma harga berbeza ikut kebesaranlah ye..



 
Keychain holder..

Dan design terbaru adalah wallet. Ex-schoolmate request untuk anak dia. Banyak versi sebab try and error...




  Tak dilupakan beg makeup. Jarang buat sebab kurang permintaannya.

Inilah sebahagian koleksi beg jeans yang telah dibuat. Kalau nak tengok yang lain-lain boleh follow ig aku aziazidah. Pada yang berminat nak tempah/tanya boleh email edyeda@gmail.com. 




15 March 2017

Jahit eloise top untuk airis

Aku sejenis manusia yang tidak boleh duduk diam. Otak ni ada je plan apa yang nak dibuat pada hujung minggu. Kalau orang lain hujung minggu suka kalau dapat beristirehat tapi for me perasaan bersalah mencengkam-cengkam jiwa jika asyik terbaring atas katil tanpa berbuat apa-apa. 

Selain memasak, mengemas rumah & membasuh kain (apa lagi rutin mak-mak), masa aku banyak dihabiskan dengan menjahit. Selalu menjahit waktu malam. Siang kalau berkelapangan. As u know, sekarang aku dah melangkah setapak kepada menjahit baju anak-anak. Dia punya gian menjahit baju ni semacam tau. Sampai lupa nak jahit beg. Tapi sekarang aku dah balancekan antara hobi menjahit baju dengan menerima tempahan beg. Sikit-sikit aku bukak tempahan jahit beg. Later aku cerita pasal beg k.

Kat rumah tu dah banyak pattern2 baju yang aku print. Aku tak reti nak buat pola. Jadi print je free pattern kat internet. Cari yang sama saiz dengan anak-anak. Aku sebenarnya terguris bila ada orang kata aku senang print je pattern orang punya. Salah ke? Ramai je orang buat macam tu kan.. Memang diorang publish untuk kita print kan... Maybe aku hati tisu sangat. Takpe, ini semua pembakar semangat aku untuk terus belajar dan belajar jahit baju. Maybe one day aku lebih berjaya, mana tahu. Jadi designer... (~.^). Not my dream pun.... 



Here eloise top. Untuk airis. Aku print kat http://suturesandsandpaper.blogspot.my/2015/02/eloise-top-free-pattern-and-tutorial.html. Cuba tengok sama tak dengan orang putih tu buat. Aku pilih yang basic. Tak buat pun lengkung2 pun kat bawah. Next time maybe.

Yang ni sama macam flutter dress yang aku cerita kat sini. Tapi ini versi pleat. Sesaja buat saiz 4 tahun. Kena tunggu airis besar skit baru boleh pakai.

25 January 2017

Beg-beg yang telah dijahit sepanjang 2016

Last entry mengenai beg adalah bulan Ogos. Lepas tu dah tak ada. Begitu pun sepanjang empat bulan tu ada jugak aku amik tempahan dari kawan-kawan dan buat ready stock skit-skit. 

Blog pun last year update sebulan satu entry jer. Kekangan masa sangat. Sekarang ni aku jahit bukan sahaja beg jeans tapi beg heavy cotton jugak. Ikut permintaan customer. Bukan semua orang suka pakai beg jeans. Kalau aku memang prefer jeans sebab tahan dan tak mudah kotor. Kalau kotor sekali pun tak berapa nak nampak. Heavy cotton tahu-tahulah lebih lagi kalau kain dia tanah putih. 







Alhamdulillah atas ni semua beg heavy cotton yang orang tempah. Aku memang tak akan buat ready stock guna kain heavy cotton. Buat jika ada permintaan sahaja. Kebanyakannya yang order adalah kawan opis aku dan kakak aku. 








Beg jeans atas ni semua ready stock. Semua dah ada pembeli kecuali yang last tu. Kalau ada yang berminat boleh email edyeda@gmail.com. 

Walau bagaimana pun aku tak amik tempahan sekarang. Masa tak cukup. Dengan Hakeem yang dah mula sekolah. Banyak pulak homework cikgu bagi. Hakeem sekarang pagi sekolah pra petang sekolah tadika. Everyday ada keje rumah. 

So dengan masa yang terhad itulah aku menjahit dan buat yang ready made. Untuk yang ready stock korang boleh tengok kat MY SHOP atas header tu. Aku akan update dari masa k esemasa. Yang dah sold automatik aku delete. Tak nanti ada yang request buat beg yang sama. Memang tak akan dapatlah. Aku dah state dari awal lagi beg jeans ni limited. Satu design satu. Kalau ada yang kedua nya pun tak akan nak berapa serupa dari segi warna dan material kain.