18 December 2012

Belajar jahit Gathered Clutch

Masih lagi story menjahit uolls. Bukan apa, last week sibuk sangat menjahit beg dan jahit manik sampai terlupa dah cerita pasal anak-anak. Aduh pasni aku kena buat note sementara ada masa nak update cerita anak-anak dalam blog .

Berbalik pasal jahitan, sabtu lepas aku cuba belajar sesuatu yang baru. Gigih aku belajar jahit gathered clutch. First time aku belajar jahit refer kat blog omputih. Berusaha memahami sebaik mungkin. Sebenarnya refer kat gambar je. Tak baca pun apa yang dia tulis. Baca sikit je tang size bag tu. hahahaha...


Amacam? Cantik tak? 

Yang ni aku guna kain cotton cikai. Semeter RM 2.50 kalau tak silap. Then guna interfacing yang paling murah sekali. Hihihi...

Kat tepi beg tu patut aku nak letak ring dan tali tapi belum sempat buat lagi. Oh ya bahagian dalam clutch ni ada dua compartment untuk letak card bank or busines card. Tapi lupa plak aku nak snap bahagian dalamnya.

Tak pe, next time aku nak buat yang lebih cantik lagi. Ingat nak guna kain fanel bahagian luar, kain jeans bahagian dalam dan tengah-tengah nak guna interfacing yang tebal barulah cun sikit... Nanti baru aku snap luar dan dalam.

Clutch ni sangat sesuai lah untuk pi dinner ke kenduri kawin ke... Elegant gitu... Ada sesiapa yang berminat nak tempah tak?

4 comments:

Momma AA said...

waahhhh cantik la azi..

tahniah la.. hasil tangan yg menjadi.. momma doakan agar azi murah rezeki..

Azi said...

tq momma

Riena Haiqal said...

wah cantik dan comel la...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

cute n comel jer kak..kretip sgt

 
Copyright by Aziazidah