Contest

Laman santai untuk anak anak

Minggu lepas mr. edy ada job pindah rumah dari puchong ke pajam. Masa deal, customer cakap banyak barang-barang yang dia nak buang. Dah tak boleh guna lagi dah. Dah buruk sesangat. So ok..

Sebenarnya aku tengok ada banyak barang yang tuan rumah nak buang tu aku rasa boleh guna lagi. Salah satunya meja empat segi ada cermin kat atasnya. Apa ntah nama meja ni. Coffee table ke, meja study ke aku pun tak sure. Bagi aku meja ni lawa lagi walaupun ada bahagian kayu yang dah terkopek.


Juga ada kerusi kecik empat yang dah tak empuk sangat, dah rasa kayunya. Tapi masih lagi boleh duduk. hehe...

Macam sesuai untuk jadikan meja belajar anak-anak. Dalam otak terus dapat idea nak decorate bahagian ruang tamu aku. Esoknya mentara mr. edy sibuk keje aku pun bertungkus lumus mengemas rumah. 

Sekarang ruang tamu rumah aku dah ada dua bahagian. Satu aku buat ruang untuk anak-anak belajar, main komputer. Ada satu sofa 2 seater aku letak mengadap ke meja cermin yang aku dapat tu. 

Satu bahagian lagi ruang untuk tengok TV. Ada sofa 3 seater aku letak mengadap TV. Bila mr. edy balik keje dia kata rumah dah macam tempat temuduga. Tapi lantaklah kan janji aku bahagia. Dah lama aku idam nak decorate macam ni. Ada ruang untuk anak-anak lepak baca buku,main-main....




Anak-anak aku pun bahagia tu..... Asyik nak belajar jer... hew hew..


* aku rasa customer ni dapat tahu servis lori mr. edy dari blog ni. Kalau dia baca lagi blog ni mesti dia tahu aku kutip barang dia.. hahaha...

5 comments:

Pija Dawood said...

pusat temuduga? hehehe. kelakar!

Pija Dawood said...

pusat temuduga? hehehe. kelakar!

Myra Jay said...

Cantik lagi meja tu ha, kalau MJ sure amik jugak :D

IntaNBerliaN said...

wah cantik meja tu... bestlah dpt byk perabot free :-)

*eh, kakak azi pun ada baca blog saya ek.. emm dia blogger gak ke?.. apa link dia.. hihii

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

hehehehe pusat temuduga

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY