Semalam weolls keluar jenjalan kat Nilai Square. Nak tambah koleksi kain english cotton untuk buat beg. Kain yang ada dah nak habis. Banyak orang order lah katakan... har har har...
Seronok betul jalan time office hours. Lengang, orang tak ramai. Semua aktiviti (perjalanan + memilih barang) hanya mengambil masa tiga jam. Shopping yang paling sekejap dalam hidup. Suka mr. edy tak yah tunggu lelama.
Hanya tiga beg plastik sahaja yang dibawa pulang tapi iollss puas hati sesangat.
On the way balik dari Nilai Square weolls sempat singgah jap kat Daiso Ioi Mall. Barang-barang dalam kotak tu semua from Daiso. Each RM 5.00. Murah... Tapi kena pandai pilih barang apa yang untung untuk di beli. Kengkadang kat kedai biasa jual lebih murah dari kat Daiso.
Dan itu dia kain English Cotton 9 1/2 meter yang sempat di rembat kat Nilai Square. Tak banyak choise. Corak-corak yang sama dari dulu.
Actually Nilai Square ni dekat je dengan Nilai 3. Memula weolls ingat nak cari kain kat Nilai 3. Tapi bila dah sampai tak jumpa pulak kedai yang ada jual Kain English Cotton sama macam kat Nilai Square. Nilai 3 dah la besar, malas iolls nak tawaf cari. Terus je weolls patah ke Nilai Square.
Tapi yang paling best, uolls nampak tak kain warna putih + bunga hijau & ungu tu aku dapat harga murah. Kain English cotton ni semua kedai jual semeter RM 8.00. Tapi kain tu aku dapat 1 1/2 meter lima ringgit je. Memula diorang letak harga tujuh ringgit tapi lepas aku tawar-tawar dapatla lima ringgit. Last stock punya kain. Tak kisahla kan, ai memang suka barang yang murah-murah.
Show off beg yang customer order.
Sebelah beg tu mask yang aku beli kat Daiso. Banyak blog yang review kata mask ni berkesan. Itu yang teringin sangat aku nak try. Malam tadi aku ngan mr. edy dah pakai pun. Later aku review hasilnya.
1 comment:
CM tu wani dh try juga :-)
Post a Comment