22 January 2013

Rezeki anak-anak dengan blog

Semalam mr. edy outstation ke Melaka. Orang booking lori suh anta barang ke Nilai & Melaka. Outstation-outstation pun balik hari jer. (',).

Sebelum tu mr. edy awal-awal lagi dah bagitau customer yang booking lori semalam dapat tahu pasal perkhidmatan weolls daripada my blog.

Alhamdulillah tak sia-sia buat blog ni. Selain dapat mempromosikan business mr. edy, blog juga dapat meningkatkan kepercayaan orang terhadap sesuatu business. Sebabnya kakak yang sewa lori ni cakap dia tengok feedback pasal mr. edy punya business macam ok. Itu yang dia berani nak booking lori dengan weolls. 

Iyelah kalau kita pun takut jugak booking-booking lori, lori tak sampai. Atau lori sampai tapi mungkin barang tak sampai ke destinasi kan... Kena survey kalau nak guna apa-apa perkhidmatan dalam talian ni. Sekarang banyak seller yang penipu. 

Oppss bukan seller je yang suka penipu, customer pun ramai yang penipu. Macam weolls dah banyak jugak terkena dengan customer. Dah guna khidmat tapi tak mahu bayar. So pendek kata kena lebih berhati-hati berurusan dengan orang yang kita tak kenal.

Memula tu aku tak pasti jugak betul ke kakak ni dapat tahu pasal servis mr. edy dari blog ni atau dari blog yang INI.  Tapi bila semalam mr. edy call masa on d way ke Melaka kata kakak yang sewa lori tu kirim salam *waalaikumsalam* dan ada bagi sofea dan hakeem duit. So memang betullah kakak ni dapat tahu daripada blog ni. Kalau tak masakan dia tahu kitaorang ada anak. Bukan sikit-sikit yang di bagi, sorang lima puluh ringgit. Terharu walau pun tak kenal tapi disebabkan blog ni tetiba rezeki anak-anak murah. Terima kasih. Ini yang makin sayang dengan blog ni....('^___^)

Sejak akhir-akhir ni aku perhatikan banyak customer mr. edy datangnya daripada pembaca blog ni. Alhamdulillah permulaan yang baik bagi blog ni untuk tahun 2013.

2 Comment:

Pink Lavender said...

moga murah rezeki lagi...aminn

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Alhamdulillah kak...rezeki