08 February 2013

Dimana nak soping barang craft?

Hari ni aku nak share blogshop yang jual barang craf yang menjadi pilihan aku. Actually aku jarang beli barang online sebab aku sedar diri aku jenis yang sangat fussy. Tak puas kalau beli barang tak dapat nak pegang-pegang nak tilik-tilik dulu. Lebih-lebih lagi kalau nak beli baju. Mesti aku nak try dulu. Terletak tak kat bahagian bahu. Fit tak kat body....

But sebab kebanyakan barang craft yang di jual di kedai biasa lebih mahal berbanding online, nak tak nak terpaksalah aku beli online. Tawakaltualaulah jer... Tapi alhamdulillah setelah beli dua kali kat dua blogshop ni memang aku puas hati. Sekarang ni pun dalam perkiraan nak soping kali ketiga kat blogshop yang lain pulak. Tungguuuuu blogshop mana yang bertuah aku nak terjah. hihihi...

First blogshop craft yang aku buat pembelian adalah blog Suti Craft. Barang kat sini tak banyak. Cuma ada magnetic button, D ring, O ring, slider metal, slider plastic, tali beg & zip potong. Tapi memenuhi kriteria yan sememangnya itu yang aku nak beli. Kalau nak beli magnetic button yang suti craft jual RM 1.30 kat kedai rumah aku RM 5.50. Kalau aku nak beli sepuluh mahu pengsan membayar. 

Blogshop kedua yang aku terjah adalah Love and Craft Supply.  Aku gamble je beli kat sini. Prinsip aku, aku suka support business small medium size. Love and Craft nampak banyak liker. Takut jugak kena tipu. My member pernah kena tipu ngan blogshop yang gah dah namanya. Yang gah bukan jaminan kebersihan hati individu. (^.~).

Dengan love and craft supply punyalah lama aku usha blog diorang. Dari tahun lepas tengok-tengok, minggu ni baru ada kekuatan nak order. Rupa-rupanya diorang base kat USJ. Dekat sesangat dengan rumah aku. Hari ni aku dah terima barang yang daripada love and craft supply yang aku order dari hari isnin hari tu. Lama kan walaupun guna pos laju? Nak tahu kenapa lambat aku terima parcel yang diorang pos later aku cerita.. 

Tapi kalau uolls nak beli barang craft dalam kuantiti yang banyak better beli kat AB Maz Design (FB : Maznin Mansor). Aku tak pernah beli kat sini sebab kena beli by borong. Kedai AB MAz Design terletak kat Jalan Tar berdepan Tune Hotel, KL. 

6 comments:

PUANSTOBERI said...

kunjungi lah kompleks kraf kuala lumpur..

*muahahah.. ada kaitan tak?? hikhikhik :D

Myra Jay said...

Sesuai untuk mereka yg minat dalam bidang craft ni..

MJ minat tengok + beli je..hehee

AhkakGojes said...

sis..kalau nak beli pin utk shawl tu? yang pin dia jer..nak wat sendiri design dia

lea asmira said...

Terbaik!! Mmg ngh cri tmpt nk borong brg2 D.I.Y craft ni..
btw.. jengok2 la blog sy ye.. blog: juleaonlineshop.blogspot.com :)

Anonymous said...

Kalau nak beli barang craft murah... Sis try tngok dekat fb lazy bee. Harga brpatutan... N sgt murah banding tempat lain.

Ulin Craft said...

Hai jemputlah singgah :)

http://ulin-craft.blogspot.my/

 
Copyright by Aziazidah