12 February 2013

Tahun baru cina 2013

Tak seperti tahun baru cina yang lepas, sambutan tahun baru cina kali ni penuh drama air mata. Mana taknya hakeem dan sofea, setengah jam bunyi mercun & bunga api, setengah jam jugak diorang nangis. Sofea jenis takut dengan bunyi guruh, bunyi mercun dan segala bunyi dentuman. Hakeem pantang kakak dia nangis confirm dia nak ikut nangis. Sayang kakak ler katakan....


Dah nasib badan kitaorang tinggal membelakangkan kawasan putra height. Majoriti kaum cina yang duduk situ. Jadi malam tahun baru cina tu memang rasa nak pecah gegendang telinga kami semua. Percikan bunga api yang cantik tak mampu membendung ketakutan sofea. Sekejap-sekejap sofea menangis, sekejap-sekejap melalak, sekejap-sekejap menjerit..


Sepanjang malam aku kena peluk diorang berdua tu. Selamat sepanjang malam sorang tido bawah celah ketiak kanan dan sorang lagi belah kiri. heeee... Tak mahu berenggang langgung. Alih-alih bila sedar waktu pagi tilam dah basah. Sofea kencing daaa.... Sebab cuaca sejuk sangat atau sebab ketakutan melampau tak tahulah...


Mr edy? Owh as usual kalau orang lain mula cuti panjang time tu bermula jadual kerja mr. edy yang padat. Apa nak buat kerja sendiri.... Kami redha je kena tinggal sendirian kat rumah. *sambil kesat air mata*



1 comment:

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

la takut mercun ker siannyer dia...anak saya pun kak dulu ni takut dgr bunyi mercun skang ni dh ok