Bil maxis broadband melambung sampai RM172.00

Tadi aku pergi maxis centre. Nak bayar bil broadband yang bulan dua punya. Sebab pagi tadi nak bukak internet dah tak boleh connect. Biasanya kalau tak bayar dua bulan baru diorang block. Ini bil pun tak masuk dalam email lagi tetiba dah kena block. Konpius jugak ni.

Masa nak bayar akak *aku rasa adik* kaunter tu bagitau kena bayar RM 172.00. Aiikk pelik jugak aku sebab aku langgan pakej yang RM68 tu. Tanpa banyak soal aku pun bayar je amaun tu. Macam banyak duit sangatkan.... Sebabnya dalam otak aku agak maybe aku dah tak bayar dua bulan kot. Tapi rasanya macam dah bayar awal bulan dua hari tu. 

Masih dalam kekonfiuskan..., so sebelum balik aku korek-korek purse cari bil maxis yang bulan satu. Nak tengok dah bayar ke lom. Jumpa... memang dah bayar. Kalau belum bayar pun mesti amaunnya cuma RM 136.00 (RM68 X 2). Ini lebih tiga puluh hinggit. So pergi tanya balik kat akak kaunter tu apsal mahal sangat bil bulan ni. 

Check punya check akak tu kata aku ada buat sms. Eh ada ke? Boleh ke? Broadband boleh buat sms ke? Akak tu kata boleh. Kalau tak ada buat cuba call talian hotline maxis. Siap dia tulis no 1 800 tu. 

Then habis cerita bayar bil maxis terus balik rumah padahal planning awal nak pergi OTK beli lauk pauk. Dah tak ada mood. 172 hinggit melayang bayar bil je. Padahal sebelum kuar tadi dah kira duit maxis + duit dapur memang dalam RM 150. Ini terlebih lagi dua puluh hinggit. 

Bila check email memang ada bil maxis yang diorang emailkan hari ini suh buat pembayaran sebelum 3/3. Hari ni 4/3.....pftttt...


Nak menangis... 
RM 171.67. Agaknya akak kaunter tu terus bundarkan. Malas nak bagi duit baki. 


Ntah apa yang aku download/sms kan entah. RM3.00 setiap transaction.


Kemudian baru teringat. Kan komputer aku rosak, pastu aku masukkan simcard broadband dalam tepon samsung yang ada feature android segala bagai yang aku pun tak tahu apa functionnya ntah. 

Dengan hp tu dapatlah aku update blog dalam tiga empat entry. Pastu aku dah tak larat nak update guna hp. Sangat memenatkan. Screen kecik dan tak boleh nak upload gambar. Asyik error je keluar. Dan dapat jugak sikit-sikit tengok blog orang lain dan komen seketul dua. 

Masa tu memang perasan ada keluar subscribe apa benda tah. Tapi aku buat dek je. Maybe itu kot yang telan duit sampai dekat seratus... Pas ni taubat dah nak bukak internet guna hp lagi. 


*laptop masih belum baiki. Ni guna laptop abang ipor.

4 comments:

Eca Dwinky Asha said...

serupa kes adik eca.....tpi dia guna tuk sms je....boleh tahan,kalah harga sms biasa~. :)

dyg clez said...

azi,nk jimat n blh kawal pemakaian intrnrt? guna je simcard maxis yg biasa kita guna,lps tu topup mcm biasa.kn dlm dia ada menu,g ke wireless broadband.drpd situ blh beli pakej brpa ringgit yg azi nak.cara ni cuma tolak krdt biasa je.ada pakej rm3 utk 200mb utk 1 hr,yg lain pn ada.pilih je.klu x pakai intrnet,krdt biasa x potong.tiap2 hr sy guna yg ni.klu rm3x31 hr..kiralah betapa jimatnya.klu x guna xyah beli,lagi jimattt..nak tahu detail call le maxis 1300820120.

dyg clez said...

seram tgk bil dtg tiap2 bln sbb tu x pakai bil lg.pakai prepaid broadband lg senang.mata ganjaran dpt,intrnt pn x slow.x spt bil,asal nk tgh n hjg bln mulalh slow semcm(ikut cara guna)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

haru gak nak membayarnya tuh kan

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY