Showing posts with label Maxis broadband. Show all posts
Showing posts with label Maxis broadband. Show all posts
02 May 2013
Selesai sudah masalah bil maxis
Hari tu aku ada post pasal bil maxis tiap-tiap bulan asyik kena bayar dalam RM 200. Boleh refer kat entri INI dan INI.
Alhamdulillah semalam terima email dari maxis tengok amaun dah kembali normal. Aku amik plan yang 68 hinggit sebulan. Tapi kali ni kena bayar kurang. RM61.90 jer. Apsal ntah murah kali ni. Kesian kat aku kot sebab sebelum ni dah kena bayar beratus-ratus. (",)
Hujung bulan tiga hari tu aku ada call customer centre maxis. Hari tu aku ada bagitau aku ada sms untuk stopkan semua service nombor lima angka yang RM3 tu kan. Tapi nampaknya tak jalan. Masih jugak diorang nak berikan perkhidmatan kat aku walaupun diorang dah hantar sms kata service dah terminate.
Aku ada cakap jugak kalau bil masih kena bayar banyak aku nak pi berkhutbah kat maxis. So malam 29 Mac dalam pukul 9pm lepas dapat email lagi dari maxis bagitau account dah overlimit guna, aku terus call bahagian customer service maxis cakap nak stop all sms from lima angka punya service yang berharga RM 3.
Aku siap cakap dengan customer service maxis (nama dia Azhar) kalau bil lepas ni lebih dari RM68 aku tak mahu bayar dah. Kalau diorang nak hantar surat saman ke nak blacklist nama aku ke apa ke lantaklah. Eh silap nama kakak ipar aku. hihihi...
Boleh pulak si Azhar tu cakap nanti yang blacklist nama kakak u bukan u. Ko tak tahu nama aku memang dah blacklist lama dah pun. Ok je sampai sekarang tak kena masuk lokap. hahahaha...
Pastu aku siap ugut lagi kalau diorang bawak naik court aku nak suruh diorang mainkan balik rakaman perbualan aku dengan si Azhar ni. Tu yang aku kena ingat the exact date ngan time aku call diorang. :)
* Dua hari lepas aku ada terima sms 5 angka lagi. Aiyakkk mslh betul guna broadband dalam phone ni. Nampaknya memang kena beli laptop baru....
20 March 2013
Maxis broadband punya hal lagi
Sila baca dengan penuh ketelitian. Nama tertera bukan nama sebenar aku. Aku daftar maxis broadband ni guna nama kakak ipor. Nama aku blacklist untuk mendaftar dengan sebarang perkhidmatan rangkaian telefon berbayar. hehheh..
Sakit hati betul aku dengan maxis ni. Bukan ke baru je aku tulis pasal bil maxis aku melambung sampai seratus tujuh puluh dua hinggit. Baru je dua minggu bayar. Ini datang lagi reminder baru.
Email macam ni selalu jugak aku terima. Itu pun sebab dua bulan tak bayar. Ye aku antara individu yang suka membayar bil secara lamsum. Kalau orang yang jenis bayar tiap-tiap bulan @ mohon bil dipos, email macam ni memang korang tak kan pernah dapat tengok. Untungla korang dapat tengok email aku hari ni. heee...
Aku tak tahu kat mana silapnya baru 16 hari, bil dah cecah sampai 125.65. Nasib kali ni belum sampai seratus lima puluh ringgit diorang dah bagitau. Buatnya macam hari tu bil dah lebih seratus setengah, diorang pun terus block. Nak tak nak kena bayar.
Kali ni sebab tak kena block aku malas nak bayar. Tunggu sampai kena block baru bayar. Tak pun tak yah bayar terus. Aku ingat nak guna prepaid internet lagi senang. Seminggu dua lagi abang ipor pun nak amik balik laptop. Setakat nak berinternet/berblog guna telefon tak kuasa aku. Tak puas...
Walau macammana pun aku tetap tak puas hati, kena cari tahu apsal bil maxis aku boleh naik sebegitu tinggi padahal aku guna plan 4gb - rm68. Sepanjang dua tahun lebih guna ini pertama kali jadi kes cam gini. Nak kata aku amik additional plan tak de pulak. Semua aku klik no, proceed.
Baru aku teringat hari tu kakak kat kaunter maxis ada bagitau pasal aku main smskan...
Nampak kotak yang aku bulatkan tu. Itu untuk hantar sms, reply sms, delete sms. Aku baru tahu. Perak betul aku ni.
Setiap sms yang dalam tu aku dah pergi reply STOP ALL kecuali yang berkaitan maxis broadband. Dua tiga kali aku hantar. Langkah berjaga-jaga. Nombor lima angka tu pun dah reply bagitau semua service dah diorang terminate.
Dan aku try jugak hantar sms ke hp aku sendiri. Pun boleh rupanya. Tapi tak tahu berapa charge untuk satu sms. Tiga ringgit ke? Nanti dapat bil aku ngecheck. Mampus kalau satu sms tiga ringgit.
Selepas ni ada lagi sms tiga ringgit tu siap maxis aku nak pergi berkhutbah kat diorang pulak.

Puas aku pergi check bahagian sms maxis broadband aku. Selama hari ni tak pernah amik port pun kat bahagian tu. Telek telek memang ada nombor lima angka selain daripada sms yang bagitau limit braodband dah habis. Ada tiga nombor lima angka yang berbeza. Setiap sms ada letak awalan RM3.00.
Setiap sms yang dalam tu aku dah pergi reply STOP ALL kecuali yang berkaitan maxis broadband. Dua tiga kali aku hantar. Langkah berjaga-jaga. Nombor lima angka tu pun dah reply bagitau semua service dah diorang terminate.
Dan aku try jugak hantar sms ke hp aku sendiri. Pun boleh rupanya. Tapi tak tahu berapa charge untuk satu sms. Tiga ringgit ke? Nanti dapat bil aku ngecheck. Mampus kalau satu sms tiga ringgit.
Selepas ni ada lagi sms tiga ringgit tu siap maxis aku nak pergi berkhutbah kat diorang pulak.
04 March 2013
Bil maxis broadband melambung sampai RM172.00
Tadi aku pergi maxis centre. Nak bayar bil broadband yang bulan dua punya. Sebab pagi tadi nak bukak internet dah tak boleh connect. Biasanya kalau tak bayar dua bulan baru diorang block. Ini bil pun tak masuk dalam email lagi tetiba dah kena block. Konpius jugak ni.
Masa nak bayar akak *aku rasa adik* kaunter tu bagitau kena bayar RM 172.00. Aiikk pelik jugak aku sebab aku langgan pakej yang RM68 tu. Tanpa banyak soal aku pun bayar je amaun tu. Macam banyak duit sangatkan.... Sebabnya dalam otak aku agak maybe aku dah tak bayar dua bulan kot. Tapi rasanya macam dah bayar awal bulan dua hari tu.
Masih dalam kekonfiuskan..., so sebelum balik aku korek-korek purse cari bil maxis yang bulan satu. Nak tengok dah bayar ke lom. Jumpa... memang dah bayar. Kalau belum bayar pun mesti amaunnya cuma RM 136.00 (RM68 X 2). Ini lebih tiga puluh hinggit. So pergi tanya balik kat akak kaunter tu apsal mahal sangat bil bulan ni.
Check punya check akak tu kata aku ada buat sms. Eh ada ke? Boleh ke? Broadband boleh buat sms ke? Akak tu kata boleh. Kalau tak ada buat cuba call talian hotline maxis. Siap dia tulis no 1 800 tu.
Then habis cerita bayar bil maxis terus balik rumah padahal planning awal nak pergi OTK beli lauk pauk. Dah tak ada mood. 172 hinggit melayang bayar bil je. Padahal sebelum kuar tadi dah kira duit maxis + duit dapur memang dalam RM 150. Ini terlebih lagi dua puluh hinggit.
Bila check email memang ada bil maxis yang diorang emailkan hari ini suh buat pembayaran sebelum 3/3. Hari ni 4/3.....pftttt...
Nak menangis...
RM 171.67. Agaknya akak kaunter tu terus bundarkan. Malas nak bagi duit baki.
Ntah apa yang aku download/sms kan entah. RM3.00 setiap transaction.
Kemudian baru teringat. Kan komputer aku rosak, pastu aku masukkan simcard broadband dalam tepon samsung yang ada feature android segala bagai yang aku pun tak tahu apa functionnya ntah.
Dengan hp tu dapatlah aku update blog dalam tiga empat entry. Pastu aku dah tak larat nak update guna hp. Sangat memenatkan. Screen kecik dan tak boleh nak upload gambar. Asyik error je keluar. Dan dapat jugak sikit-sikit tengok blog orang lain dan komen seketul dua.
Masa tu memang perasan ada keluar subscribe apa benda tah. Tapi aku buat dek je. Maybe itu kot yang telan duit sampai dekat seratus... Pas ni taubat dah nak bukak internet guna hp lagi.
*laptop masih belum baiki. Ni guna laptop abang ipor.
07 August 2011
Seminggu Berpuasa
Update laju-laju pagi hari..
Dah seminggu umat islam berpuasakan..Rasanya belum terlambat nak ucap SELAMAT BERPUASA semua. Alhamdulillah setakat ini masih mampu berpuasa walaupun menyusukan baby.
Menyusu bukan halangan untuk berpuasa ya walaupun kita dibolehkan untuk berbuka kalau tak larat. Pastikan kita ambil minuman dan makanan yang berkhasiat serta boleh menambah tenaga. Yang pasti setiap pagi sahurku adalah dengan minuman Ho ho ho horlick {macam dalam iklan TV Liza Hanim ngan anak dia tu}. Memang berkesan minuman ni. Aku sampai ke petang masih ada tenaga.
Mesti ada yang tanya nape dah lama tak bersiarankan. Ada ke? Sebenarnya SIM CARD maxis broadband ni buat hal. Tak boleh detect. Nak tukar Sim baru ntah bila sebab pakai nama kakak ipar. Hanya tuan punya badan je yang boleh tukarkan. Nak balik kampung ntah bila-bila. Setakat hari ni husband masih kukuh dengan pendirian tak nak balik raya di kampung. Macam mana nak kelentong maxis supaya dapat tukar sim baru ni ha... any idea friend? Ni pun just pakai free HOT TICKET.

Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Ramai yang tak tahu dan tanya camna nak cuti tanpa gaji menjaga anak. Kalau uolls nak sambung cuti dengan tanpa gaji lepas cuti 60 / 90 h...
-
Aku tahu aku mengandung masa kandungan minggu ke-7. Doktor yang kira weeks tu. Aku bagitau doktor aku pregnant awal-awal sebab takut doktor ...
-
Dua minggu lepas adik call suruh hantar motor 125z dia. Adik aku dah lama pindah dungun ikut bini dia tapi baru la ni nak di pos motornya. M...