15 April 2013

Event Nuffnang : Dumex Dugro 5 - POWER Nutri Media Launch

Seperti yang di beritahu di entry sebelum ini aku telah di invite oleh pihak nuffnang untuk menghadiri Dugro 5-POWER Nutri Media Launch. Ini adalah event pertama anjuran nuffnang yang aku hadiri. Thanks nuffnang sebab sudi invite. Event ni berlangsung Rabu lepas (10 April) di AEON BIG, Mid Valley Megamall.

Sebelum tu nak tanya korang tahu tak Danone Dumex (Malaysia) Sdn. Bhd baru mengeluarkan susu Dugro 5 Power Nutri.  

Apa itu 5 Power Nutri?

- Penghadaman
- Minda 
- Imuniti
- Tulang
- Kecergasan


Dumex Dugro 5 Power Nutri di datangkan dalam perisa Asli yang diperkaya dengan Vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi daripada makanan. Manakala perisa Madu Kurma mengandungi ekstrak kurma sebenar dan kaya dengan Vitamin B kompleks. Perisa Coklat Strawberi pula telah dipertingkatkan dengan ekstrak strawberi sebenar dan kaya dengan Vitamin A, C dan E. 

Aku terbekenan dengan Dumex Dugro 5 Power Nutri ni sebab ada perisa madu kurma. Korang pun tahu kan betapa banyaknya khasiat yang ada pada buah kurma. Tu yang ingat nak bagi sofea hakeem cuba susu ni. Harga pun reasonable. Below thirty.

Hari tu aku pergi berdua je dengan sofea. Mr. edy tak dapat nak teman sebab tak sihat. Hakeem aku tinggalkan kat rumah dengan mr. edy. Payah nanti nak handle diorang berdua.

Event sepatutnya start pukul dua petang. Dalam pukul 12 tengahari aku dah keluar rumah. Kemain awal. Takut kalau lewat-lewat tak jumpa cari Mid Valley macam mana. Nak parking pun satu hal tu. Tu yang belum pukul satu dah sampai. 

Dua hari sebelum pergi event tu pulak puas dah aku menggoogle mengkhatam jalan nak masuk parking Mid Valley. Tahu-tahu je lah Mid Valley tu mak bapak besar. Salah parking matilah nak cari jalan keluar.


Di luar pintu masuk event. Kul 1.30 aku dah tercongok depan pintu masuk AEON BIG. Time ni  cuma ada staff yang tengah sibuk buat persiapan terakhir untuk event petang tu.


Setiap yang hadir di wajibkan mendaftar terlebih dahulu dan diberi tag. Suprisingly media tag with thumbdrive.  I loike....



Ada photobooth  by  MySnappy (FB : www.facebook.com/MySnappy). Yeszaa apa-apa pun kita bergambar dulu. Homeyynya  aku sofea macam puteri raja.


Mc hari tu Yasmin Hani. Hoyeayy dapat tengok yasmin hani depan depan. Cantik sangat orangnya. Putih gebu...

Orang kuat Danone Dumex (Malaysia).

Dari kiri Marketing Director Mr Ang Chong Lee
Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd’s Managing Director, Ms Toni Brendish (Tengah)
Mr Korula Chandy, Senior Marketing Manager (Dumex Dugro) (Kanan)


Acara di mulakan dengan ucapan dari Managing Director Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd, Ms Toni Brendish. Di ikuti dengan ucapan dari Mr Korula Chandy, Senior Marketing Manager (Dumex Dugro), pelancaran Dumex Dugro 5 Power Nutri serta sesi soal jawab mengenai produk Dumex Dugro 5 Power Nutri. 

Kalau nak tahu juga sebelum event bermula si Ms Toni Brendish asyik tengok-tengok je sofea. Sofea ni kan aktif semacam. Berlari sana berlari sini. Tanya itu tanya ini. Tu yang menjadi tumpuan Toni Brendish. Ke Toni Brendish berkenan nak jadikan sofea model Dumex. Hahah... 


The pelayan..

Selepas selesai upacara pelancaran Dumex Dugro 5 - POWER Nutri kami di hidangkan dengan minuman dan makanan yang enak lagi sedap. Aku suka bab makan-makan ni. Tapi sebab first time pi event nuffnang selera nak makan tu kurang pulak. Nervous lebih kot. hi3..

Diorang ada hidang strawberry coklat tau. Ni mesti bersempena dengan perisa susu dumex dugro 5 Nutri tu kan. Aku tak dapat nak menangkap gambar makanan sebab time tu sofea dah mula buat perangai. Masa launching Dumex Dugro 5 - POWER Nutri tu ada sedikit letupan yang buat dak sofea takut. Kalau sofea dah menangis memang habis bab la. Satu keje pun tak leh nak buat. 

Event berakhir sekitar jam empat petang. Sebelum pulang aku sempat berkenal-kenalan dengan blogger-blogger yang hadir. 

Bersama blogger Ciklaili.com.

Sempat jugak kenal dengan blogger lieyalatif. Gambar dengan lieya ada dalam kamera lieya. Lupa lak aku nak snap untuk kenangan aku sendiri.

Ternampak juga blogger lelaki myvitrd.com dan shakiddo.com. Tapi tak tegur. I kan pemalu. Auwww...

Sofea bersama anak-anak lieyalatif. 
Bakal-bakal model susu dumex dugro next year. :-)
Insyaallah mana tahu masin mulut.

Posing lagi sebelum balik.

Next time kalau nuffnang ada nak anjurkan apa-apa event lagi jangan lupa jemput i ye.. :-)

6 comments:

IntaNBerliaN said...

serius thumbdrive tu cantik!!

InSyaAllah masin mulut azi.. mana tau jadi model cover kat plastik dumex nanti sofea :-)

Myra Jay said...

Bestnya dapat pegi event Nuffnang ;D

Nadine said...

Hi Azi,

Salam kenal :) Nice meeting u and your cute sofea. geram sgt tengok telatah dia!! :)

Nafisa81 said...

waa...dapat thumbdrive..best..

mama3heroo said...

seronoknyer..

mySnappy said...

Hi Azi Azidah, Thank you for featuring mySnappy Photo Booth in your blog. Appreciate and feel free to share your blog on our Facebook wall too! Hope you all had lots of fun! Thank you!

 
Copyright by Aziazidah