Showing posts with label event nuffnang. Show all posts
Showing posts with label event nuffnang. Show all posts

14 June 2014

Lawatan ke Kilang Mamee Double Decker Sdn Bhd

- 48hour sponsored post -

Kalau sebut MAMEE, yang terlintas dalam minda aku adalah dua benda ni aje. Satu dia punya instant noodle dan satu lagi snek mamee monster. Lain lain aku tak tahu. Mamee monster adalah snek kegemaran aku sejak kecil. 

Selain murah yup time tu dua posen je kan, aku boleh makan macam mee segera. Selalu aku rendam mee mamee monster tu dengan perisa yang diorang letak dalam pek tu ke dalam air panas sampai kembang. Jadilah macam instant noodle. Uolls should try tau. Sedap... My mom masa kitorang kecik tak berapa kasi makan mee segera. So alternatif yang lain adalah ini. Superb terbaik rasa dia. 

Until sabtu 31 Mei lepas aku berpeluang melawat ke kilang mamee yang terletak di Melaka. First thank a loff nuffnang give me this opportunies. Kalau tidak haram jadah aku tak tahu banyak lagi produk keluaran mamee. Selain dua benda yang aku sebut kat atas, mamee ada juga keluarkan confectionary, chilled and beverage. Yang anak aku duk minum nutrigen tu pun rupanya keluar mamee. Snek double decker also.  Yup i totally lupa nak relate the mamee full name. Mamee-double decker... Pastilah keropok double decker tu mamee punya brand. My bad... My bad knowledge.

Ni nak cerita serba sedikit pasal Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd :
Mamee -Double Decker telah diperbadankan pada tahun 1971. Telah disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur. Lebih 35 tahun sejak penubuhannya, Mamee -Double Decker telah menjadi makanan dan minuman tempatan syarikat pembuatan yang pertama terbesar di negara ini dengan anugerah " 30 Top Jenama Paling Bernilai Malaysia Tahun 2007" dan "Top 100 Syarikat Tersenarai Tahun 2005".
Hari ini, produk Mamee telah menjadi jenama isi rumah global dan dieksport ke lebih daripada 80 buah negara. Menawarkan berjuta-juta orang dengan pelbagai produk antara Mamee Mi Segera , Double Decker, Smax dan Funkees makanan ringan keropok , Cip Kentang, Mister Potato Crisps , Minuman Cheers, Gula-Gula Nicolet Swiss Herba, Minum Susu Kultur Nutrigen, Liteyo Yogurt dan penambahan yang paling baru-baru ini Mamee Sllrrp dan Nutrigen IQ3 .

Lite Yo in my frigde. Tak tahu pun ini produk keluaran mamee jugak.  Suka perisa epal tu.. Sedapp... 

Okey lets start my journey to kilang mamee. Hari tu jadual memang padat dari pagi sampai ke petang nonstop berjalan so bertabahlah membaca nya ye kawan-kawan. Diingatkan entry ni sangat panjang dan full of colour.. Bagi penggemar produk mamee sila baca sampai habis kerana banyak sangat info-info yang aku nak share dengan korang yang mana aku sendiri pun lepas pergi baru macam ooooooooooo tak tahu pun macam ni ke.

Pada hari kejadian seramai hampir 60 orang blogger telah berkumpul di kilang mamee yang terletak di subang. Dari situ kami dibawa melawat kilang mamee yang terletak di Melaka dengan menaiki dua buah bus. Kami dibahagikan kepada empat group. Group pertama dan kedua naik first bus. Group ketiga dan keempat naik second bus. Aku group ketiga. Anyone yang same group dengan aku? Tak sempat nak beramas mesra...

Sesampainya di kilang mamee di Melaka. Gambar dan blogger dipisah jangan. 
Spot me...

Kami di brief serba sedikit oleh wakil nuffnang - Pinky.

Diikuti dengan ucapan oleh Marketing Manager Mamee - Sham Mee. Antara penerangan yang diberikan adalah mengenai produk terbaru Mamee, Mamee Chef dengan teknik Mi Tarik (La  Mian) sebelum dihidangkan dengan jamuan pagi. 

Demo teknik Mi Tarik oleh sifu yang didatangkan khas dari cina semata-mata nak tunjukkan skill Mi tariknya. 

 Terpegun semua orang tengok lipatan dan gulungan beliau.


Blogger Hani Sidek pun sibuk nak mencuba. 



Sedikit penerangan tentang teknik mi tarik (La Mian) :
  • Teknik mi tarik ini adalah seratus peratus menggunakan tangan bagi mendapatkan tekstur mi yang lembut dan ukuran tertentu sama ada tebal atau nipis.
  • Pembuatan mi adalah dengan cara diadun, diregang, dilentur dan ditarik bagi menghasilkan untaian serta ukuran yang halus dan kenyal.
  • Oleh itu mamee telah melabur sebanyak RM80 juta keatas mesin untuk meniru teknik mi tarik (la mien) bagi menghasilkan tarikan dan lipatan yang sama dengan la mien mi.



#mameechefday. Kalah contest nuffnang anjurkan (^.^)

Kami kemudiannya dibawa melawat ke dalam kilang mamee untuk melihat dan mengetahui bagaimana proses pembuatan mee dengan teknologi mi tarik itu. 

Ini lah step by step proses pembuatan mamee & mee segera di kilang mamee
1. Mixing
2. Rolling
3. Slitting
4. Steaming
5. Cutting
6. Frying
7. Cooling &
8. Packing


Jom layan pulak gambar yang aku snap dalam kilang mamee..
Masing-masing tekun melihat mesin dan proses pembuatan mee mamee. Machine semua kat bahagian bawah. Kitaorang hanya boleh tengok melalui cermin kaca itu. Itu pun dah cukup baik dari tak dapat kan. 

Let lihat kecanggihan mesin mamee....
Panjang-panjang tu mee sebelum dipotong-potong kecil.

Yang kuning tu la mi yang dah dipotong.


Yang ni dah masukkan dalam setiap cup.





Nampak tak mee mamee yang dah siap dipaket dalam pek besar. Semasa proses pembuatan mi ni  diorang semua tak pakai sarung tangan tau. Sebab apa ditakuti chemical pada sarung tangan tu nanti melekat pada mee tu. Tapi jangan risau setiap 30min diorang akan basuh tangan dengan sanitizer yang disediakan kat situ.

Setelah penat meround kilang mamee... Penat ke? Tak la enjoy maaa... Kitaorang di hidangkan dengan menu yang cukup glamour di Melaka. Chicken rice ball. Makanan baba & nyonya...
Lunch kitaorang. Chicken Rice Ball, satay, cake, air soya.. 




Sebelum gerak ke destinasi kedua setiap orang diberi goodies. Dua cup mamee chef dan dua paket mamee chef perisa tomyam thai dan kari laksa. Jugak dapat chopstik. Senang nak makan mee tu nanti kan...

Goodies ni terpaksa aku bagi separuh kat mak ngah sebab that day makngahlah yang jadi baby sister anak anak aku.. hihii.. Gigih tau mak buyung nak berjalan sampai anak pun ditinggalkan.


Perjalanan seterusnya adalah ke Mamee Jonker House. Perjalanan mengambil masa tak sampai setengah jam pun. Bagi yang teringin nak merasai Chicken Rice Ball yang aku makan tadi haa kat sini lah jualnya. Manager restaurant tu kata banyak customer yang repeat datang disebabkan keenakan Chicken Rice Ball ni. Memang betul sedap... Bagi yang belum cuba uolls kena cuba. Nasi dia tu kenyal dan padat. Nampak dua kepal tu macam sikit tapi makan satu ball tu pun dah kenyang tau...


Penuh papan tanda / banner di sepanjang jalan ke Mamee Jonker House.


Mamee Jonker House ni bukan restaurant semata-mata. Customer bukan sahaja dapat menikmati hidangan makanan yang disediakan. Disini jugak mereka ada menjual pelbagai jenis produk keluaran mamee dan cenderahati barangan mamee. Terdapat juga museum mamee dalam tu. Tapi sayangnya masa kitaorang pergi museum tu tengah dalam proses renovation. Tak dapat tengok apa ada kat dalam. Maybe dua bulan lagi baru akan dibuka semula. 
Cashier Mamee Jonker House. Sori na snap ur pic... U pun pasrah nampak...

Bawah ni antara sourvenior yang dijual di Mamee Jonker House.
 
 

Dekorasi dalam mamee jonker house... Memaparkan proses pembuatan mee mamee.

Dibahagian atas restaurant terdapat noodle workshop. Di sini kami di beri peluang untuk mewarna sendiri cup instant noodles. 


My cup... So buruk tak ada bakat mewarna... 

Buruk buruk pun janji makanan dalam cup tu sedap sangat okeh. I is tak tipu punya. 

Kan aku bagitau tadi aku bagi makngah separuh goodies tu. Esoknya makngah makan mee tu terus dia sms ke aku. Nak tahu apa dia tulis? Actually aku nak tunjuk sangat sms tu kat korang. Tapi korang pun tahu telefon aku bukan dari jenis cerdik pintar yang boleh print screen tu kan. Kalau tak lama dah aku print screen tunjuk kat korang. Tak pe aku taip balik antara isi butir sms makngah....

"sedap btul maggi cup tu. Mcm mee kari p.pinang yg kita mkn kat giant bndr puteri tu"

"Ada smbl tu la yg sama cuma kt giant ada kcg pjg. Huhuhu dasatttt"


Hehehe,,, Boleh buat testimoni mamee ni... Pastu esoknya kan makngah datang rumah aku siap tambah testimoni lagi. Tauhu goreng dalam mee mamee tu agak keras. Ok itu aku tak di nafikan. Korang kena rendam lama sikit baru tauhu tu lembut. Kalau lembut baru sedap... Yang tomyam punya perisa makngah kurang gemar sebab pekat sangat rasanya. Nama pun thai kan.... 

Oh ye buat pengetahuan korang untuk menghasilkan resepi mamee chef yang asli dan menunjukkan citarasa Malaysia, Mamee Double Decker telah bekerjasama dengan Chef Ismail tau. Selain itu bahan perasa dalam Mee Segera Mamee Chef dibungkus secara berasingan bagi mendapatkan rasa yang terbaik. Dan terdapat perasa yang berbeza bagi setiap perisa seperti udang, tauhu, cendawan shiitake dan sayuran. Lagi satu korang jangan risau produk Mamee Double Decker ni halalan toyiba...

Fuhh altamat sudah kisah melawat kilang mamee. Kitaorang gerak balik semula ke subang lebih kurang pukul 4.30 petang. Tetiba baru teringat kat anak anak..... (^___^)

Untuk info lanjut mengenai Mamee Double Decker layari website http://www.mamee.com/
Oh saya sayangkan MAMEE........



15 April 2013

Event Nuffnang : Dumex Dugro 5 - POWER Nutri Media Launch

Seperti yang di beritahu di entry sebelum ini aku telah di invite oleh pihak nuffnang untuk menghadiri Dugro 5-POWER Nutri Media Launch. Ini adalah event pertama anjuran nuffnang yang aku hadiri. Thanks nuffnang sebab sudi invite. Event ni berlangsung Rabu lepas (10 April) di AEON BIG, Mid Valley Megamall.

Sebelum tu nak tanya korang tahu tak Danone Dumex (Malaysia) Sdn. Bhd baru mengeluarkan susu Dugro 5 Power Nutri.  

Apa itu 5 Power Nutri?

- Penghadaman
- Minda 
- Imuniti
- Tulang
- Kecergasan


Dumex Dugro 5 Power Nutri di datangkan dalam perisa Asli yang diperkaya dengan Vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi daripada makanan. Manakala perisa Madu Kurma mengandungi ekstrak kurma sebenar dan kaya dengan Vitamin B kompleks. Perisa Coklat Strawberi pula telah dipertingkatkan dengan ekstrak strawberi sebenar dan kaya dengan Vitamin A, C dan E. 

Aku terbekenan dengan Dumex Dugro 5 Power Nutri ni sebab ada perisa madu kurma. Korang pun tahu kan betapa banyaknya khasiat yang ada pada buah kurma. Tu yang ingat nak bagi sofea hakeem cuba susu ni. Harga pun reasonable. Below thirty.

Hari tu aku pergi berdua je dengan sofea. Mr. edy tak dapat nak teman sebab tak sihat. Hakeem aku tinggalkan kat rumah dengan mr. edy. Payah nanti nak handle diorang berdua.

Event sepatutnya start pukul dua petang. Dalam pukul 12 tengahari aku dah keluar rumah. Kemain awal. Takut kalau lewat-lewat tak jumpa cari Mid Valley macam mana. Nak parking pun satu hal tu. Tu yang belum pukul satu dah sampai. 

Dua hari sebelum pergi event tu pulak puas dah aku menggoogle mengkhatam jalan nak masuk parking Mid Valley. Tahu-tahu je lah Mid Valley tu mak bapak besar. Salah parking matilah nak cari jalan keluar.


Di luar pintu masuk event. Kul 1.30 aku dah tercongok depan pintu masuk AEON BIG. Time ni  cuma ada staff yang tengah sibuk buat persiapan terakhir untuk event petang tu.


Setiap yang hadir di wajibkan mendaftar terlebih dahulu dan diberi tag. Suprisingly media tag with thumbdrive.  I loike....



Ada photobooth  by  MySnappy (FB : www.facebook.com/MySnappy). Yeszaa apa-apa pun kita bergambar dulu. Homeyynya  aku sofea macam puteri raja.


Mc hari tu Yasmin Hani. Hoyeayy dapat tengok yasmin hani depan depan. Cantik sangat orangnya. Putih gebu...

Orang kuat Danone Dumex (Malaysia).

Dari kiri Marketing Director Mr Ang Chong Lee
Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd’s Managing Director, Ms Toni Brendish (Tengah)
Mr Korula Chandy, Senior Marketing Manager (Dumex Dugro) (Kanan)


Acara di mulakan dengan ucapan dari Managing Director Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd, Ms Toni Brendish. Di ikuti dengan ucapan dari Mr Korula Chandy, Senior Marketing Manager (Dumex Dugro), pelancaran Dumex Dugro 5 Power Nutri serta sesi soal jawab mengenai produk Dumex Dugro 5 Power Nutri. 

Kalau nak tahu juga sebelum event bermula si Ms Toni Brendish asyik tengok-tengok je sofea. Sofea ni kan aktif semacam. Berlari sana berlari sini. Tanya itu tanya ini. Tu yang menjadi tumpuan Toni Brendish. Ke Toni Brendish berkenan nak jadikan sofea model Dumex. Hahah... 


The pelayan..

Selepas selesai upacara pelancaran Dumex Dugro 5 - POWER Nutri kami di hidangkan dengan minuman dan makanan yang enak lagi sedap. Aku suka bab makan-makan ni. Tapi sebab first time pi event nuffnang selera nak makan tu kurang pulak. Nervous lebih kot. hi3..

Diorang ada hidang strawberry coklat tau. Ni mesti bersempena dengan perisa susu dumex dugro 5 Nutri tu kan. Aku tak dapat nak menangkap gambar makanan sebab time tu sofea dah mula buat perangai. Masa launching Dumex Dugro 5 - POWER Nutri tu ada sedikit letupan yang buat dak sofea takut. Kalau sofea dah menangis memang habis bab la. Satu keje pun tak leh nak buat. 

Event berakhir sekitar jam empat petang. Sebelum pulang aku sempat berkenal-kenalan dengan blogger-blogger yang hadir. 

Bersama blogger Ciklaili.com.

Sempat jugak kenal dengan blogger lieyalatif. Gambar dengan lieya ada dalam kamera lieya. Lupa lak aku nak snap untuk kenangan aku sendiri.

Ternampak juga blogger lelaki myvitrd.com dan shakiddo.com. Tapi tak tegur. I kan pemalu. Auwww...

Sofea bersama anak-anak lieyalatif. 
Bakal-bakal model susu dumex dugro next year. :-)
Insyaallah mana tahu masin mulut.

Posing lagi sebelum balik.

Next time kalau nuffnang ada nak anjurkan apa-apa event lagi jangan lupa jemput i ye.. :-)

13 April 2013

Jemputan pertama daripada nuffnang

Woww hampir tiga minggu tak menaip sebarang entri. Gian ooo. Ada tak yang rindu kita? ngeee...

Bila dah lama tak menaip rasa tak tahu nak mula dari mana. Banyakkkkkk sangat story yang nak ditulis. Jadi tak tahu nak cerita yang mana dulu. But biar aku cerita benda yang buat aku happy happy dulu la k.

Sebagai pembuka bicara bulan April aku nak share story pasal jemputan pertama yang aku terima daripada nuffnang. 

Alkisahnya masa kat kampung itu hari my phone terima satu miss call. Actually number tak familiar aku malas nak angkat. Tapi kemudian tergerak hati macam nak call semula. Tuhan bukakkan pintu hati.

Bila aku call tanya siapa yang call aku tadi terus tukang angkat telefon tanya aku ni blogger ke? Masa tu aku dah rasa macam nuffnang je ni. Then dengan bangga aku jawab 'yup'. Padahal selama hari ni tak rasa pun diri ni blogger. Then diorang passing my call ke talian yang lain.

Bicara punya bicara rupanya pihak nuffnang nak invite aku pergi satu event. Event pasal nak launching susu baby. Aku kan mom blogger. 

Masa cakap dengan pihak nuffnang line tak berapa dear. Terputus dua tiga kali. Line kat kelantan memang hazab. Especially kat Tanah Merah. Luckly masa nuffnang call aku kat Kota Bharu. Line ok sikit. 



bokti bokti

Lepas aku menyatakan persetujuan terus nuffnang invite aku secara proper by email. Memula memang aku macam tak percaya. Sebab sebelum ni aku pernah jugak dapat invitation dari company yang anjurkan event untuk blogger-blogger ni. Bila aku dah setuju, esoknya diorang reject aku. Mementanglah blog aku tak famous. Sedih i tau!.

Untuk event ni memang nuffnang invite aku personally. Bukan sebab aku ada komen atau buat post nak pergi event anjuran nuffnang. Aku pun tak tahu macam mana dalam banyak banyak mom blogger aku antara salah seorang yang terpilih. 

Dalam banyak-banyak mom blogger, nuffnang pilih aku sapa tak bangga ye dak? Terasa diri ini begitu dihargai. (menaip sambil-sambil menyerbang-nyerbangkan rambut). Aauww....... 

Anyway thanks nuffnang for the invitation. 

* Full story about event will update very very soon. Stay tune!