16 April 2013

Kronologi hakeem sofea ke taska

Tajuk macam ada terjadi kes jenayah berat je kan. hihi... tak ada pun. Cuma hari ni nak buat pendedahan pasal taska tempat aku hantar hakeem dan sofea.

Kan aku dah nak masuk keje. So awal bulan empat hari tu aku start hantar sofea dan hakeem ke taska sebagai langkah persediaan awal. Nak bagi diorang biasa dengan nursery. Tak delah nanti aku terpaksa berulang alik dari putrajaya ke puchong semata-mata nak jenguk diorang bila nangis.

Taska pilihan semestinya Taska anak-anakku sayang. Ala taska lama sofea. Pemilihan taska dibuat berikutan kedudukan taska yang dekat dengan rumah. Tak sampai lima minit dari rumah. Juga based on pengalaman menghantar sofea di sana selama hampir dua tahun dahulu.


Pengasuh sofea dulu friendly. Setiap hari masa ambil sofea balik mesti diorang report apa yang sofea buat. Sofea pun rapat dengan pengasuh-pengasuh. Kalau jalan atau jumpa kat mana-mana diorang akan tegur. Sofea famous kat taska dulu. Jadi aku memang tak fikir nak cari taska yang lain.

Aku pun bukan jenis yang cerewet. Janji diorang jaga anak kita elok sudah. Tak kisah kalau taska tu berdaftar dengan JKM ke tidak. Aku faham nak dapatkan lesen taska bukan mudah. Kalau kita hantar kat rumah orang, jadual diorang pun bukan ikut spesifikasi yang ditetapkan oleh JKM. Makan minum tido belajar tak ikut time jugak. Itu kalau diorang ada nak ajar anak kita.

Bermula 2/4 lepas aku start hantar sofea ke taska. Hakeem aku hold dulu. Tak ada kekuatan nak tinggalkan hakeem kat situ. Hari pertama ke taska kemain berkobar-kobar sofea. Siap angkat beg sendiri masuk kereta. Orang dah terbayang ramai kawan konon-kononnya.

Masa aku hantar aku tengok semua pengasuh lama dah tak ada. Yang aku cuma makcik tukang masak. Tapi aku ok je. Sebab aku fikir mesti owner taska dah train diorang macam pengasuh dulu. Petang masa balik dari taska aku tanya lah sofea apa yang dia buat kat taska. Seronok ke? Tapi sofea tak berapa minat nak cerita. Hari kedua pun sama.



Hari ketiga aku tekad nak hantar hakeem pulak. Itu pun atas nasihat MIL. Nak tunggu sampai ada kekuatan ntah bila. Masa hantar aku tunggulah jugak dalam setengah jam. Bila hakeem dah ralit main terus aku tinggalkan. Pukul 12 aku datang nak amik hakeem. Memang niat hari first nak hantar half day je. Tengok hakeem tido pulak. Umi kat nursery suruh datang ambil pukul tiga. Katanya hakeem tadi menangis sikit-sikit je tak kuat. Tak de mengganggu atau menyusahkan. Tapi pukul dua setengah umi nursery telefon suruh amik hakeem. Katanya hakeem dah menangis dekat satu jam.

Hari keempat means hari kedua hakeem di taska aku tunggu lebih lama lagi. Dalam satu jam. Kali ni hakeem dan sofea asyik berkepit je dengan aku. Mana aku pergi diorang ikut. Bila aku kata nak balik mula diorang nangis nak ikut.

Sebab kesian hari tu aku tak jadi hantar diorang berdua ke taska. Lagi pun masa aku tunggu tu aku dah tengok ada sorang pengasuh ni pegang hanger dan pukul-pukul manja sorang budak. Walaupun pukul-pukul manja aku tak boleh terima. Dari air muka pengasuh tu aku dah tau dia jenis yang macam mana. Jenis malas!! Jenis kerja sebab nak gaji! Tak nampak pun jenis yang suka budak-budak. Semua pengasuh yang ada kat situ nampak tak boleh pakai.

Pastu pengasuh tu pi bukak rancangan TV drama melayu. Motif apakah itu? Kan bagus di pasang CD rancangan kanak-kanak yang aku tengok berlambak di atas TV. Kalau masa pengasuh dulu tiap-tiap petang aku amik sofea mesti aku tengok sofea dan budak-budak lain tengah layan CD rancangan kanak-kanak sambil menyanyi dan menari.

Hari kelima @ hari ketiga hakeem di taska, aku masih lagi consider nak hantar diorang ke taska tu. Kali ni aku hantar, aku terus tinggalkan hakeem sofea. Masa tu tak usah cakap la masing-masing menangis. Aku tengok pengasuh angkat diorang bawak masuk dalam.

Sejam kemudian mr. edy keluar dan bawa balik hakeem. Kata mr. edy, dia mengendap kat taska tengok hakeem merayau-rayau di laman taska sambil menangis-nangis dengan hidung penuh hingus tapi tak ada siapa yang peduli.

Kemudian aku pulak pergi taska ambil sofea, ambil beg, botol susu dan semua baju yang ada di taska. Kali ni dah nekad memang tak akan hantar anak-anak ke taska tu kecuali owner taska tukar pengasuh lain yang bagus macam dulu.

Buat sementara sebelum jumpa taska lain nampaknya mr. edy kena jadi househusband la.

1 comment:

Nafisa81 said...

teruknya pekerja...

 
Copyright by Aziazidah