Showing posts with label nursery. Show all posts
Showing posts with label nursery. Show all posts

16 April 2013

Kronologi hakeem sofea ke taska

Tajuk macam ada terjadi kes jenayah berat je kan. hihi... tak ada pun. Cuma hari ni nak buat pendedahan pasal taska tempat aku hantar hakeem dan sofea.

Kan aku dah nak masuk keje. So awal bulan empat hari tu aku start hantar sofea dan hakeem ke taska sebagai langkah persediaan awal. Nak bagi diorang biasa dengan nursery. Tak delah nanti aku terpaksa berulang alik dari putrajaya ke puchong semata-mata nak jenguk diorang bila nangis.

Taska pilihan semestinya Taska anak-anakku sayang. Ala taska lama sofea. Pemilihan taska dibuat berikutan kedudukan taska yang dekat dengan rumah. Tak sampai lima minit dari rumah. Juga based on pengalaman menghantar sofea di sana selama hampir dua tahun dahulu.


Pengasuh sofea dulu friendly. Setiap hari masa ambil sofea balik mesti diorang report apa yang sofea buat. Sofea pun rapat dengan pengasuh-pengasuh. Kalau jalan atau jumpa kat mana-mana diorang akan tegur. Sofea famous kat taska dulu. Jadi aku memang tak fikir nak cari taska yang lain.

Aku pun bukan jenis yang cerewet. Janji diorang jaga anak kita elok sudah. Tak kisah kalau taska tu berdaftar dengan JKM ke tidak. Aku faham nak dapatkan lesen taska bukan mudah. Kalau kita hantar kat rumah orang, jadual diorang pun bukan ikut spesifikasi yang ditetapkan oleh JKM. Makan minum tido belajar tak ikut time jugak. Itu kalau diorang ada nak ajar anak kita.

Bermula 2/4 lepas aku start hantar sofea ke taska. Hakeem aku hold dulu. Tak ada kekuatan nak tinggalkan hakeem kat situ. Hari pertama ke taska kemain berkobar-kobar sofea. Siap angkat beg sendiri masuk kereta. Orang dah terbayang ramai kawan konon-kononnya.

Masa aku hantar aku tengok semua pengasuh lama dah tak ada. Yang aku cuma makcik tukang masak. Tapi aku ok je. Sebab aku fikir mesti owner taska dah train diorang macam pengasuh dulu. Petang masa balik dari taska aku tanya lah sofea apa yang dia buat kat taska. Seronok ke? Tapi sofea tak berapa minat nak cerita. Hari kedua pun sama.



Hari ketiga aku tekad nak hantar hakeem pulak. Itu pun atas nasihat MIL. Nak tunggu sampai ada kekuatan ntah bila. Masa hantar aku tunggulah jugak dalam setengah jam. Bila hakeem dah ralit main terus aku tinggalkan. Pukul 12 aku datang nak amik hakeem. Memang niat hari first nak hantar half day je. Tengok hakeem tido pulak. Umi kat nursery suruh datang ambil pukul tiga. Katanya hakeem tadi menangis sikit-sikit je tak kuat. Tak de mengganggu atau menyusahkan. Tapi pukul dua setengah umi nursery telefon suruh amik hakeem. Katanya hakeem dah menangis dekat satu jam.

Hari keempat means hari kedua hakeem di taska aku tunggu lebih lama lagi. Dalam satu jam. Kali ni hakeem dan sofea asyik berkepit je dengan aku. Mana aku pergi diorang ikut. Bila aku kata nak balik mula diorang nangis nak ikut.

Sebab kesian hari tu aku tak jadi hantar diorang berdua ke taska. Lagi pun masa aku tunggu tu aku dah tengok ada sorang pengasuh ni pegang hanger dan pukul-pukul manja sorang budak. Walaupun pukul-pukul manja aku tak boleh terima. Dari air muka pengasuh tu aku dah tau dia jenis yang macam mana. Jenis malas!! Jenis kerja sebab nak gaji! Tak nampak pun jenis yang suka budak-budak. Semua pengasuh yang ada kat situ nampak tak boleh pakai.

Pastu pengasuh tu pi bukak rancangan TV drama melayu. Motif apakah itu? Kan bagus di pasang CD rancangan kanak-kanak yang aku tengok berlambak di atas TV. Kalau masa pengasuh dulu tiap-tiap petang aku amik sofea mesti aku tengok sofea dan budak-budak lain tengah layan CD rancangan kanak-kanak sambil menyanyi dan menari.

Hari kelima @ hari ketiga hakeem di taska, aku masih lagi consider nak hantar diorang ke taska tu. Kali ni aku hantar, aku terus tinggalkan hakeem sofea. Masa tu tak usah cakap la masing-masing menangis. Aku tengok pengasuh angkat diorang bawak masuk dalam.

Sejam kemudian mr. edy keluar dan bawa balik hakeem. Kata mr. edy, dia mengendap kat taska tengok hakeem merayau-rayau di laman taska sambil menangis-nangis dengan hidung penuh hingus tapi tak ada siapa yang peduli.

Kemudian aku pulak pergi taska ambil sofea, ambil beg, botol susu dan semua baju yang ada di taska. Kali ni dah nekad memang tak akan hantar anak-anak ke taska tu kecuali owner taska tukar pengasuh lain yang bagus macam dulu.

Buat sementara sebelum jumpa taska lain nampaknya mr. edy kena jadi househusband la.

15 March 2013

Back to taska

Dua hari lepas aku hantar sofea ke taska. Di ulang taska ye, bukan tadika. Aduhai tak larat dengar tiap hari keluar ayat ni dari mulut sofea. Kan pia nak jumpa kawan pia kan... Kan pia nak pergi umah kawan...


Jadinya aku dan mr. edy decide hantar sofea ke taska lama sofea untuk sehari. Biar hilang sikit boring. Dah dua tahun tak hantar, aku tengok banyak pengasuh baru. Muda-muda lagi.


Masa hantar sofea, aku tengok sofea cuma nak dengan  sorang makcik dalam umur 50-an (umi). Umi ni memang ada dari memula aku hantar sofea kat situ. Yang lain semua muka baru. Membuatkan hati rasa tak sedap nak hantar anak-anak ke taska. Lebih-lebih lagi mama ti (owner taska) kata kalau nak hantar sofea anytime je boleh tapi hakeem start bulan empat lah. Taska tak cukup orang nak jaga.


Kalau ikutkan memang tak nak bagi sofea pergi taska. Tunggulah aku kerja nanti confirm memang kena duduk taska lapan jam sehari. Tapi sebab kesian tengok sofea macam boring sorang-sorang kat rumah tu yang decide hantar. Ingatkan sofea tak suka. Rupanya kemain suka lagi. Tak kisah pun kitaorang nak balik. Dulu pernah jugak aku on off hantar sofea kat taska. Masa tu masih bebaru cuti tanpa gaji. Sofea pun masih suruh aku temankan dia sementara dia cuba menyesuaikan diri dengan kawan-kawan. Ini langsung tak kisah. Menonong je masuk dalam taska.


Masa nak balik pun kemain payah lagi nak suruh balik. Tak nak balik katanya. Budak lain aku tengok muka memasing sugul je nunggu mak ayah diorang datang ambik. Tapi sofea boleh tarik muka empat belas nak tinggal lagi kat taska.


Kemudian balik dari taska aku check beg diaper sofea tengok kot-kot ada barang tertinggal ke apa. Tengok-tengok susu sofea dari penuh dah tinggal separuh. Kalau dari penilaian aku ada dalam 3/4 botol jugak susu yang sofea minum dari pagi aku hantar pukul 11 sampai aku amik pukul 4.30 petang. Banyak tu... Yang disyorkan pun setakat 2 ke 3 botol sehari. Terdetik dalam hati taska ni tak bagi sofea makan ker?


Aishhh... makin makin makin tak sedap hati nak hantar diorang ke taska macam ni....

ayat yang biasa sofea cakap tatkala mama dia tengah risau atau sedih...


09 April 2012

Penyelesaian masalah nursery

Kalau dah dekat setahun hakeem duk bawah ketiak aku, memang payahlah kan dia nak ke orang lain. Makan, tido, mandi semua aku yang urus. Lagi satu, aku pun langsung tak ajar hakeem minum susu pakai botol.

Mama ti ada sound hari tu suruh ajar hakeem minum susu pakai botol mulai sekarang!. Memang aku dah mula tapi hangat hangat taik ayam. Sehari bagi empat hari kemudian duk kasi hakeem menetek jer. Hakeem sah-sah refuse. Kesian beb bila dia nangis-nangis nak menetek. Tu yang banyak skip.

Bila kenang hal nursery hari tu mulalah timbul dalam kepala otak aku ni macam-macam idea. Nak buat business online lah. Pada hal tak tau nak niaga apa. Kalau niaga ada ker orang nak beli. Erm..

Kemudian terfikir pulak nak cuti sampai hakeem dua tahun. Cuti menjaga anak kan ada lima tahun. Kalau amik dua tahun masih ada baki tiga tahun lagi. My planning nak anak empat orang. So next baby, sorang boleh cuti setahun setengah cukuplah kan. Ngam-ngam.

Itu pun kalau tuhan izinkan aku dapat anak sampai empat. Kalau tuhan nak kasi lima aku rasa macam banyak sangat. kih kih kih. Tapi kalau dapat tiga pun dah bersyukur sangat-sangat. Ini dah ada dua pun alhamdulillah. Sepasang pulak tu.

Tolong-tolong any idea nak selesaikan masalah nursery ni? Buntu buntu...