Husbandku Mr. Mama

Pagi tadi mr. edy balik kelantan dengan anak-anak. Kul 3 pagi gerak dari rumah. Since sejak aku keje mr. edy yang jaga anak-anak, so bila ada job yang kena outstation macam ni anak-anak kenalah angkut sekali.

Bukan tak boleh tinggal dengan aku, tapi anak-anak tak betah nak tinggal kat taska. Sejak kes aku hantar diorang kat taska hari tu (boleh baca SINI), terus aku tak try nak hantar diorang kat mana-mana taska lagi. Tak berani dan tak ada kekuatan lagi nak hantar. Tunggu sikit-sikit lagi. Tahun depan pun sofea dah wajib sekolah tadika. Yang ni fikir kendian.

Planning asal aku nak bawak diorang ke opis. Ibu mana yang sanggup nak berenggang dengan anak-anak. Lima hari lama tu. Tapi bila difikir ditimbang tara takut nanti mengganggu orang. Tahu-tahulah bebudak ni, perangai sukar dikawal. Lebih-lebih sofea yang aktif tuh. Lagi pun aku fikir inilah salah satu caranya aku nak stopkan hakeem susu badan. Sebelum ni asyik gagal jer.

Memang bersyukur sangat mr. edy keje sendiri. Boleh jaga anak-anak. Kalau ada job weekdays memang mr. edy duk angkut anak-anak naik lori sekali. Tak de nak tinggal-tinggal dengan orang. Pernah sekali je mr. edy tinggalkan sofea dan hakeem kat rumah kawan. Itu pun sebab keadaan mendesak sangat. Selalunya mr. edy amik job weekend jer. Kalau ada yang weekdays pun mesti keje yang senang-senang dan boleh cepat balik. So far anak-anak ok tinggal dengan papanya. Sikit-sikit kekurangan tu adatlah.

Ingat lagi one day mr. edy ada job kat Klang then lori rosak kesian tengok anak-anak terpaksa berpanas sementara tunggu aku datang amik. Kitaorang ni sole parent. Semua kena sendiri. Tak ada sesiapa kat KL ni yang boleh nak tolong jagakan hakeem dan sofea. Nak harap adik beradik semua bekerjaya. Anak buah jauh sekali. Sofea cucu first in my family. Family mr. edy memang semua adik beradik perempuannya full time housewife tapi jauhla pulak kat Kelantan nun.

First time nih selepas 3tahun 8bulan sofea dan 2tahun 1bulan hakeem lahir ke dunia aku berpisah dengan anak-anak tercinta. Berpisah dengan mr. edy dah banyak kali. Alah bisa tegal biasa kata orang. Jadi bini driver lori harus pasrah kena tinggal selalu.....

Aku baru calling diorang sebentar tadi. Diorang dah selamat sampai kelantan kul 11 pagi. Dengar anak-anak gembira dikampung. Tak ada nangis-nangis pun. Baguslah diorang gembira. Aku kat sini tumpang gembira sekali. Walaupun hakikatnya macam nak waaaaaa.... Sunyi wooo...

Pasni ingat nak tukar bahasakan mr. edy dalam blog ni kepada mr. mama. Cam best je kan...



*sape nak tumpang barang macam motor ke sofa ke dari Kelantan ke KL bolehla calling2 mr. edy yea...



1 comment:

Aku dan Keindahan... said...

Akak, tolong hubungi saya secepat mungin yaa.. Saya sedang mengkaji kes SURA RUMAH.. 017-2384989

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY