03 June 2013

Random story

Aku macam biasa kalau hari cuti sabtu ahad memang masuk bilik belakang dan menjahit. Minggu ni mood menjahit kelaut. Satu family tak sihat. Cuaca sekarang tak menentu. Sekejap panas sekejap hujan. Habis aku, hakeem dan mr. edy sakit kepala, demam dan selsema. Cuma sofea je antibodi kuat. Elok je dia...

Ni kejadian hari ahad. Dalam pada malas-malas nak jahit, aku jahit jugak seluar aerobik kakak aku. Jahit getah pinggang. Dah lama seluar ni terperuk kat dalam bilik jahit aku tu. 

Ko boleh imagine. Aku tak tahulah manusia jenis apa kakak aku ni. Imaginasi tinggi betul. Disuruhnya aku cantum bahagian getah seluar merah dengan seluar hitam biru dia tu. 

Seluar hitam biru tu pinggang dia jenis tak bergetah. Korang biasa tengok kan pesen seluar gini tak ada getah. Beli mahal tapi lelama pakai melurut ke bawah. Tu yang kakak aku suh buat gitu. 

 Bahagian dalam seluar lepas cantum. Buruk benar lepas cantum tapi tak pe orang tak nampak pun. Kalau hantar kedai mahu ke diorang nak terima tempahan cam gini. Haissh rasanya tak ler aku...

Pastu aku siapkan pulak sling bag. Body dia dah lama siap tapi aku tak bubuh-bubuh lagi tali. Sebab bilik jahit dah rupa sarang tikus tu yang aku siapkan mana yang senang-senang dulu. Minggu ni memang orang order aku tak sentuh langsung. Tak larat sesangat...

Beg ni sesuai untuk bebudak sebab tali pendek. Kalau aku pakai takat pinggang je panjangnya. Tapi beg ni best, banyak poket depan belakang. Boleh letak tab kalau ada tab ler. Aku tak ada. Finishing aku guna tape velcro tu je..

Korang tengok jelah senang citer....

 Macam biasa model tak berbayar aku sofea. Abaikanlah hakeem tu, aku suh pakai seluar tak memahu.






 Amacam cantik tak? Ke ada yang dah berkenan. Beg ni non empunya lagi..

Masa aku tengah jahit beg dan seluar, kat luar rumah aku tengah ada orang operasi pembersihan kawasan sekeliling rumah. Tengah mesin rumput dan potong pokok petai. Kitaorang tension dengan kawasan belakang rumah arwah mak aku tu. Banyak sangat pokok petai.

Korang jangan ingat pokok petai yang boleh buat sambal petai dan udang tu. Kalau pokok tu tak adalah aku nak rungsing. Boleh jual kat pasar. Dapat duit lagi. Tapi ni pokok petai yang jenis buah petai kecik dan kering tu. Apa namanya ntah.


Banyak giler pokok petai. Nak harap kudrat manusia memang tak larat nak tebang. Tebang tumbuh tebang tumbuh. Ada tak sesiapa tahu cara nak nyahkan terus pokok petai ni selain dari kena guna jentolak korek terus akar. Berapa pulak harga nak sewa jentolak tu.

Buaian tu jiran sebelah rumah aku siap gantung diantara satu pokok petai dengan pokok yang lain. Ini dah kira menceroboh tanah orang. Boleh saman ni....


3 comments:

Eca Dwinky Asha said...

xde cara lain kot dari guna jentolak..mcm kwsn rumah eca kat kmpung tu....meliar pokok pisang...habis sekali je dgn jentolak..

IntaNBerliaN said...

pokok petai yg camne ni ek..? blh mkn x?

IntaNBerliaN said...

pokok petai yg camne ni ek..? blh mkn x?

 
Copyright by Aziazidah