31 July 2013

Tips membuat baju peplum

Kau.... agak-agak la baju peplum pun tak de, ada hati nak beri tips. hihihi.. Aku just nak share info yang aku dapat dari tailor aku. Sharing is caring  :)

Kot kot ada yang nak buat baju peplum. Tak best beli dah siap kan. Aku memang cerewat beli baju. Walau hakikatnya beli dah siap lagi senang. Murah pulak tu...

Alkisah hari tu aku pergi umah tailor aku sebab nak tempah baju raya. Dah set dalam mind tahun ni nak buat baju kurung moden dengan kain kembang semangkuk. Tak tahu kain kembang semangkuk tu macam mana? Ala yang jenis kain payung. Kalau jalan ditiup angin meliang liuk terbangnya. Flowly flowly gitu. Vah vogue i tahun ni nyah...

Tahun ni beli kain main ikut dan. Terlangsung beli barang jahit nampak ada kamdar terus singgah beli kain. Esok terus tempah. Sekali ahsoo (my tailor) kata tak boleh nak buat macam yang aku nak. Ahsoo cakap Ayaaa lu beli kain murah tapi nak buat tak beragak. Nak jenis yang macam cik siti wan kembang payung la itu la inila. Ok tipu. Beranila ahsoo cakap cam tu kat loyal customer dia. Majuk tak nak tempah baju lagi.

Yang ahsoo kata ayaa amoi kain macam ini mana boleh buat bila jalan kain berliang liuk ditiup angin. Dah la kain bukan jenis stretchable. Macam mana saya mau tarik kasi kembang. Ok ayat ni pun tipu jugak tapi point dia betul.:p

Huhuhu sedih tau macam ni. Tak vogue dah. Mencik dengan ahsoo. Puas bertekak pun ahsoo tetap tak nak buat. Lu lain kali tak boleh beli kain corak gini. Kena guna kain kosong.

Okey kalau saya mahu buat baju peplum pulak macam mana? Eh ahsoo tau ke apa itu peplum ahsoo. Yang baju bahagian separuh bawah tu kembang macam kain yang saya nak buat tu. Tau tak ahsoo. Dua tiga kali aku tanya. Cina ni bukan boleh lain kita cakap lain dia faham, lain dia buat. haha..

Yaa  yaaa saya tau saya tau.. Lu beli kain kosong la baru boleh buat. Kalau kain jalur jalur macam ni tak boleh. Nanti  nak cantumkan bahagian atas ngan bahagian kembang jalur jalur tu tak ngam. Lari jalurnya. Tak cantik maaa.. Ooo so kalau kain bunga bunga pun tak boleh la ahsoo. Hanya kain kosong je ke. Bunga boleh tapi tengok la bunga camna. Lu nak combine atas bunga dengan bahagian kembang pakai kain kosong pun boleh.

Okeh okeh nanti next saya bawak kain baru suruh ahsoo jahit lain aaa. Sebelum ahsoo pencen. Okeh boleh...


*korang perasan kan semua baju peplum yang orang jual banyaknya guna kain kosong.


1 comment:

GREENJADE said...

perasan gak..kalu kretif bahagian bawah yg kembang payung tu boleh le taruk kain corak2

 
Copyright by Aziazidah