26 July 2013

Aktiviti di A famosa, Melaka

Cerita melaka lagi. Hari tu baru review hotel belum citer apa activity di sana. Best oit pi A famosa. Banyak aktiviti kekeluargaan boleh dibuat. Sayang masa gi tu hakeem sofea mr. mama balik kampung.




Apa yang bestnya? Ada Safari Wonderland, Water Themepark & Cowboy Town. Aku citer serba sikit je ye pasal setiap satu tempat ni. Dasar malas nak review. Lemau dah lama sangat.


Cowboy town.
The best place dalam a famosa bagi aku. Sebab... ada abang red indian handsome.. hahaha.. dah kawin tak semestinya tak boleh tengok-tengok jantan. Setakat tengok je lah. Dalam cowboy town ada red indian show, fireworks.. Boleh main-main permainan dalam tu macam baling dart, main kereta and banyak lagi. Semua yang kena bayar aku tak main. Macam ko main dengan gembira keluar duit anak kat rumah somi cari nafkah. Tak terasa ker....




macam ni ko kata hensem...
 



Safari Wonderland
Safari itu citernya pasti ada binatang. Sesuai tuk bebudak. Ada animal show. Tengok gajah menari, tidur, painting, makan & etc. Boleh pusing dalam truck ditengah-tengah binatang puas. Kat dalam web a famosa ada banyak aktiviti yang diorang buat tapi hari tu aku kes nak balik cepat so dua ni je aku sempat jelajah.


 Aaaummm.... 


kena naik truck ni untuk keliling safari wonderland. Kalau tak mana ko kena baham dek binatang buas dalam tu.

Water Themepark
Nama pun water. Apa lagi main ayor ler. Mandi mandi. Boleh jugak buat family day kat sini. Samaada kita set up sendiri game atau pihak a famosa set up kan. Aku tak mandi pung. Mandi sensorang mana best. Kalau ada mr. mama boleh main dukung dukung dalam air, peluk rapat rapat. Tengah basah ko. Leh duk rerapat dalam satu pelampung. Pang sekali...

korang mesti tahu aku yang mana. tudung tu  je yang aku lenjan sepanjang tiga hari kat sana.




Lain ada golfing jugak.  Nak tahu lebih lanjut aktivitinya klik SINI .

banyak na gambar tak kosa dah aku nak edit...

last last gambo ni aku suka. Nampak memasing berformal. Disebaliknya kalau korang selak baju kot aku, t-shirt bahagian dalamnya. Bawah lagi berseluar tracksuit. Selipar jepun. Baru balik dari waterpark disuruhnya masuk kuliah. Ponatt..

Al tamat cerita kat melaka...

* highly rekemen gi sini ngan family.


1 comment:

mama3heroo said...

syokkan..m3h pun dah byk kali pegi..