19 September 2013

Taska pilihan atau sementara?

Rentetan operasi mencari taska tempoh hari... Aku pilih juga diantara yang tiga itu.

Dah isi borang taska permata KDN tapi sampai la ni belum submit lagi. Puncanya after 2weeks hantar tak hantar sofea ke taska until now bila hantar pepagi dia still menangis. Balik tengok mata dah bengkak. Aku pun tak tahu pasal apa. Sebab nak kata dia tak suka berkawan, jumpa budak tengah jalan semua ditegur. Raya hari tu balik kampung pun tak mau dia ikut kitaorang pi jenjalan semata-mata nak main dengan sepupu-sepupu yang dia jarang jumpa tu.

Baru-baru ni, ramai bebudak datang rumah sebab datang ikut mak bapak diorang beli baju bundle. Kendian lepas budak tu semua balik sofea cakap kawan kawan tak marah pun. So apa maknanya? Bukan sekali, bukan dua. Berkali-kali. Aku syak dia kena marah dengan kawan-kawan dia kot. Taulah bebudak baya sofea mesti diorang dah ada geng sendiri. Lama dah duduk situ sejak lahir.

Kemudian aku bagitau kat owner taska@my boss masalah sofea yang asyik menangis di taska. My boss saran aku hantar terus ke tadika. Tadika ngan taska ni separate building tapi dalam satu parcel D jugak. Patutnya bulan 11 nanti baru budak empat tahun akan pergi ke tadika situ. Tapi aku fikir kalau hantar ke tadika sekarang kesian sofea yang tak tahu apa-apa. ABC saje masih terkontang kanting. Salah mama dia ni malas nak ajar sangat. Tapi sekarang aku dah mula ajar menulis. Baru sehari, semalam.. bhahaha...

Aku actually masih berharap yang sofea akan suka ke taska permata. Sebab tu hari ni aku masih try hantar lagi. Masa nak hantar sampai separuh jalan hantar sofea buat trick kata sakit perut. Aku buat derk jer. Sampai taska terus dia berlari ke tandas. Memang betul sakit perut. kahkahkah... ingatkan trick

Masa kat tandas aku tak tahu nak suruh sofea uk uk kat mana coz semua tandas kotor. Hitam pekat dengan ehem ehem.. Uolls faham-faham je lah. Aku tanya kat pengasuh mana tandas. Dia tunjuk tandas yang tiga tiga tak boleh guna tu. Dengan tak ada cebuknya. Last-last aku suruh sofea membuang kat lantai jer. Kat rumah memang dia membuang kat lantai. Tapi kalau ada tandas cangkung sofea reti nak guna. Cuma rumah aku tandas duduk. Dia takut nak duduk atas tu...

Terus niat nak hantar ke taska hari ni terbantut. Hari ni seharian sofea duduk kat opis teman aku. Dia memang suka duduk Aku bukan nak buruk kan taska ni tapi aku dah nampak kekotoran ni dari hari memula hantar but aku ingat hari tu diorang tak sempat nak bersihkan. Tapi dah nak dekat dua minggu still tak bercuci apa kes...

Aku harap yang tadika yang aku nak hantar nanti tak la macam taska ni. Aku prefer nak hantar kat sini sebab satu parcel dengan opis aku. Senang apa-apa nak tengok nanti. Mind set aku pun berkata taska gomen mestilah ok kennnn. Putrajaya lagi tu. Bandaraya bersih bebas jenayah.

Tapi apa yang aku nampak banyak kelemahan sepanjang aku hantar tapi aku malas nak listkan semua tu sebab aku memahami bukan senang nak cari pengasuh yang betul-betul bagus. Yang boleh handle budak-budak. Owner taska aku tau semuanya bagus-bagus. Tentu dia nak yang terbaik untuk business dia.

Masa breakfast tadi aku jumpa my boss then my boss cakap dia dah tahu kenapa sofea asyik nangis kat taska. Bukan sebab kawan-kawan marah tapi katanya cikgu-cikgu kat situ suka menjerit.

Ermm pengakuan apakah????

1 comment:

nita said...

Owh..mungkin sofea ingat cikgu2 tu marahkan dia..

 
Copyright by Aziazidah