Sembang-sembang taska

Dah lama rasanya tak cerita pasal anak especially hakeem. Wanita berkerjaya katakan.. puiii. Anak-anak masih dijaga oleh mr. mama. Jangan ditanya macam mana mereka dirumah sebab tiap kali aku balik memang benda pertama aku capai adalah penyapu. Apabila lelaki menjadi surarumah begitulah. Tapi itu lebih baik dari di hantar ke taska. Aku fedup dah nak cerita pasal taska. Masalah-masalah taska, pengasuh-pengasuh taska. Nanti banyak yang kritik kata aku cerewetlah itulah inilah. Tapi tahun depan memang aku kena jugak masukkan sofea tu ke taska. Dia dah 5 tahun. Kena pi tadika. Aku malas nak susahkan mr. mama anta amik dia tiap-tiap hari. Jadi nak cari yang tadika yang ada daycare terus. Dalam proses mencari nih... Masih belum ketemu yang berkenan di hati.

Sabtu lepas aku jumpa tukang masak taska lama sofea@umi kat rumah. Datang beli barang my bundle. Sebab dia umi sofea kitaorang kasi diskaun 30sen. bhahaha.. kuang ajo mr. mama.  Umi terkorek-korek duit, sampai kena bayar guna duit syiling dia buat derk jer. Business is business ma...

Sembang sembang dengan umi, dia masih keje kat taska lagi. Katanya pun ingat nak berenti. Dah lama sangat dah keje situ. nak berehat. Dah alang-alang sembang, aku tanyakan pasal pengasuh kat situ. Samaada orang lama atau orang baru. Sebab bila aku pegi kedai runcit depan rumah tu sokmo iklan mencari pengasuh kat taska tu tak berturun-turun papan tandanya.

Kemudian umi bukak cerita kata pengasuh sekarang semua muda-muda. Yang senior semua dah berenti. Gaji kecik. Diorang pun nak majukan diri. Itu yang kengkadang budak-budak nangis diorang malas nak pujuk. Orang memuda tu malas nak jaga. Umi pulak sibuk di dapur. Mana sempat nak tengokkan budak-budak. Umi ni bagus kalau korang nak tahu. Hakeem dan sofea memang nak kat umi ni jer masa seminggu aku hantar kat situ.

ha kan betul apa yang aku agak sebelum ni. Patutlah hakeem hari tu menangis dekat sejam tak de sape datang pujuk. Tapi kalau iye pun kerja untuk sementara janganlah buat anak orang gitu. Kesian... Anak itu amanah ALLAH. Dah awak keje situ kejelah betul-betulkan. Sian sape yang baru anta anak kat taska tu. Yang lama tu aku rasa budak-budak situ pun dah lali. Reti dah pujuk hati yang lara, bawa diri sementara mak diorang kerjakan. Sebab tu kalau ditanya semua ibu bapa kalau boleh nak hantar anak diorang kat taska yang berdaftar dengan JKM. Kalau kat area rumah aku tu berapa kerat je yang berdaftar. Dan yang berdaftar ni memang mahal sikit... Dah macam hantar anak kat sekolah private dah yurannya...




1 comment:

Mya said...

isu anak kat taska ni memang isu sepanjang masa kan..
tapi nak buat macam mana, ibu berkerjaya, kena jugak hantar anak kat taska. no choice.
semoga semuanya baik2 saja ya :)

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY