29 October 2013

Kerja banyak merungut, kerja sikit bising

Senario kerja aku sekarang ni, awal bulan je sibuk. Pertengahan dan hujung bulan relax. Kalau siapkan keje cepat-cepat minggu kedua tu dah boleh goyang kaki. Nampak seronok kan? Tapi hakikatnya bagi aku tak seronok. Sampaikan aku kena buat keje berdikit-dikit setiap hari. Kalau nak ikutkan seminggu sebulan je yang aku betul-betul focus keje. Pastu hari-hari lain yang aku buat keje betul-betul adalah dalam dua jam. Selebihnya ntah apa-apa ntah yang aku buat. Tengok fesbukla, baca paper online dan paling banyak baca blog orang… ngehngehngeh. Pendedahan apakah ini?.. Aku jujur je pada korang sebab dulu aku tak macam ni. Masa duduk kat bahagian penapisan filem tu keje aku pax. Pagi-pagi sampai mesti aku akan berusaha clearkan semua keje atas meja sebelum keje lain pulak mendatang. Tapi lepas kena centralizeduduk kat bahagian kewangan keje aku jadi kurang.

Bukan ke patutnya aku gembira kerja kurang? Sape kata.. Aku tak tahu orang lain tapi kalau aku datang keje tak de keje nak buat bosan! Tercongok sampai petang . Badan lagi jadi penat kalau tak buat kerja tau. Mengadap je komputer. Layan fesbuk tiap hari adalah bosan tau tak? Aku tak faham kenapa ada setengah orang suka tolak kerja walhal memang dia tak ada kerja. Beri seribu satu alasan. Menolak kerja kepada orang lain. Betul aku tak faham. Sori to say kalau ada yang baca dan terasa. Mungkin jugak sebab bila kita selalu tolong orang, orang ni pun satu, cepat je nak amik kesempatan kat kita. Itulah manusia…

Macam semalam, masa aku betul-betul terisi. Finally selepas enam bulan kembali bekerja… baru rasa sibuknya. Mungkin sebab minggu lepas keje sehari, cuti dua hari dan dua hari kursus. Tu yang kerja bertimbun. Mungkin jugak sebab kes pukal sampai kat pihak atas sebab Indah Water Konsortium hantar surat kat KSU so banyak benda nak kena clear. Bagi yang bukan kerja government mungkin tak tahu apa itu pukal. Abaikan sebab tak penting mana dalam perakaunan. Hihihi… jujur aku suka bila pi keja ada keje nak buat dan keje tu kena dengan jiwa aku.

Balik keje pulak terus amik anak kat nursery then pergi beli barang dapur. Fyi, Sofea dah tinggal taska nanti aku story ye. Balik kena siang ikan, sapu mop rumah, urus makan pakai anak. Malam kena main belajar dengan anak-anak. Sudahnya pukul 11 malam baru tido. Kira semalam gaji yang aku dapat tu halalan touyiban. J. Pagi esok pukul 5.15 dah bangun. Tak rasa penat pun. Sebaliknya badan rasa segar bugar. Aku perasan kalau aku buat keje yang banyak bergerak dari segi tubuh dan minda, tido sekejap je dah hilang letih. Tapi kalau pergi keje duk mengadap computer buat kerja merapu, balik rumah lepak-lepak depan tv, dalam kul 9 confirm dah mengantuk nak tido. Pastu tido macam ular sawa. Terlajak-lajak sampai ke azan subuh. Dan apabila kita biasa dah tak buat kerja banyak bila orang suruh buat kerja kita jadi malas. . Aku sendiri semalam gigil nak buat kerja banyak. Otak rasa macam lemb semacam. Bhahaha..

1 comment:

cheqna said...

ada setengah orang suka apt goyang kaki lama2...ada setengah orang tak suka..
cheqna pun sama...tiba time bizi.ya allah..tapi bila ada peluang macam dapat duk saje2..ya rabbi bosannya la
eh eh..salam singgah tuan umah ye =)