Buat beg sekolah sofea

Bila mood terlebih rajin, macam ni lah. Semua benda nak dijahit. Kalau boleh seharian nak duduk dengan singer tu. Bila rajinla... Bila malas amik ko, ada sebulan tak bersentuh. Sian singer dalam bilik tu tak dapat mengaum. Sian jugak orang yang duk tunggu-tunggu. 

Oh ya mesin jahit tu dah lebih setahun. Dulu selalu jadi jahitan tak cantik. Tapi la ni singer ni behave pulak. Macam tau tau je warranty dah tamat. Dulu semalam keluar dengan mr. mama baru perasan kampung sebelah ada kedai singer. Itu pun mr. mama yang cakap. Kalau tidak harap jadah tak tahu. So lepas ni kalau jadi apa-apa kat singer dah tak risau nak kena pegi pusat bandar puchong or usj. Bawak sendiri pun tak de hal.

 
 Backpack tadika sofea. Berabad jugak nak siap ni. Tapi sebab dah xlama dah nak sekolah gigih aku jahit. Ingatkan kat penutup tu nak letak nama sofea tapi bila dah siap beg ni dia tak berapa nak suka pulak. Terbantut terus nak bubuh nama. Nak beg dora katanya. Sabar jelah mama.

 Kali ni dalam pulak kita letak jeans sebab luar dah guna kain heavy cotton. 
Macam cantik jer.. kan? (-..-)

Coz ni beg budak tali aku buat tak berapa panjang. So kalau mak budak nak pakai tak berapa cun.


Boleh jugak jinjit.
Sofea kena pakai jugak beg ni tau! Penat mama jahit...

No comments:

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY