23 November 2013

#Bundle Collection : Beg letak mainan anak

Aku memang stress kalau balik keje tengok barang mainan bertaburan atas lantai. Tiap hari gitulah. Balik keje kena kemas. Sebab mr. mama okey je anak-anak nak main lagu mana. Nak bawak masuk dalam bilik pun tak pe. "macam ni pun kira sepah ke ma, sepah ke ma". Ko jangan pa, mama tak boleh sepah sepah. Kepantangan. Kang aku stress.. Bebenda kecik tetajam pulak tu mainan depa, bila baring atas katil kena kat badan sakit oi.

Ada kan keluar magazine ibu bapa yang ajar anak depa hanya boleh main dalam bilik je. Mainan tak boleh bawak keluar dari bilik. Aku la kalau boleh mengajar gitu ke anak-anak alangkah bahagianya. Nak buat cam tu kena ada cooperate antara laki bini. Dah laki aku gitu redha sajalah... Sepah kita kemas. Kemas kita sepah, sepah kemas balik.

Anak-anak pun pantang aku kemas sikit mula nak sepahkan balik. Kalau dah bersepah reti pulak main benda lain. Mainan yang sepah tu dibiar je, taknak pulak main. Mainan pulak makin hari bukan makin kurang bertambah adalah. Tak beli kang kesian. Kata pakar motivasi ke apa barang mainan budak yang rosak/pecah tu jangan dibuang. Budak-budak ni kenal barang diorang dari kecik. Kalau kita simpan kira kita ajar diorang menghargai barang gitu.


 Okla okla pasni aku tak buang dah barang-barang yang memang layak dibaling kebakul sampah sebab aku dah ada beg bundle ni. Laju je kepala otak aku nak guna buat apa. 

  
Buat letak mainan hakeem sofea sangatla bagus. Beg tebal. Dalam luas. Banyak poket. Nampak cantik je kalau nak letak kat mana pun. Poket-poket tepi boleh letak patung-patung kecik. Senang diorang nak cari nanti.


 Tapi barang-barang yang besar aku still letak kat rak tu. Kalau semua nak sumbat memang le tak muat.


 Sofea suka tak rumah kita kemas. Sukaaaaaaa..... 
Esoknya aku balik keje cepat cepat sofea kata ma pia nak kemas mainan sejap. 
hai budak-budak dapat tahan sejam rumah bersih tu pun dah kira syukur.

2 Comment:

Momma AA said...

Salam azi...
kalo saya kaya saya buat 1 bilik permainan utk anak2.. huhu..

Mimi Azirah said...

banyak mainan die