Showing posts with label bundle collection. Show all posts
Showing posts with label bundle collection. Show all posts

23 November 2013

#Bundle Collection : Beg letak mainan anak

Aku memang stress kalau balik keje tengok barang mainan bertaburan atas lantai. Tiap hari gitulah. Balik keje kena kemas. Sebab mr. mama okey je anak-anak nak main lagu mana. Nak bawak masuk dalam bilik pun tak pe. "macam ni pun kira sepah ke ma, sepah ke ma". Ko jangan pa, mama tak boleh sepah sepah. Kepantangan. Kang aku stress.. Bebenda kecik tetajam pulak tu mainan depa, bila baring atas katil kena kat badan sakit oi.

Ada kan keluar magazine ibu bapa yang ajar anak depa hanya boleh main dalam bilik je. Mainan tak boleh bawak keluar dari bilik. Aku la kalau boleh mengajar gitu ke anak-anak alangkah bahagianya. Nak buat cam tu kena ada cooperate antara laki bini. Dah laki aku gitu redha sajalah... Sepah kita kemas. Kemas kita sepah, sepah kemas balik.

Anak-anak pun pantang aku kemas sikit mula nak sepahkan balik. Kalau dah bersepah reti pulak main benda lain. Mainan yang sepah tu dibiar je, taknak pulak main. Mainan pulak makin hari bukan makin kurang bertambah adalah. Tak beli kang kesian. Kata pakar motivasi ke apa barang mainan budak yang rosak/pecah tu jangan dibuang. Budak-budak ni kenal barang diorang dari kecik. Kalau kita simpan kira kita ajar diorang menghargai barang gitu.


 Okla okla pasni aku tak buang dah barang-barang yang memang layak dibaling kebakul sampah sebab aku dah ada beg bundle ni. Laju je kepala otak aku nak guna buat apa. 

  
Buat letak mainan hakeem sofea sangatla bagus. Beg tebal. Dalam luas. Banyak poket. Nampak cantik je kalau nak letak kat mana pun. Poket-poket tepi boleh letak patung-patung kecik. Senang diorang nak cari nanti.


 Tapi barang-barang yang besar aku still letak kat rak tu. Kalau semua nak sumbat memang le tak muat.


 Sofea suka tak rumah kita kemas. Sukaaaaaaa..... 
Esoknya aku balik keje cepat cepat sofea kata ma pia nak kemas mainan sejap. 
hai budak-budak dapat tahan sejam rumah bersih tu pun dah kira syukur.

19 November 2013

#Bundle Collection : MY first boots

Walaupun masa cuti tanpa gaji aku ada sikit sikit bercucuk tanam. Cili api, daun sup ngan pokok bunga je punnn.. Itu pun semua dah mampus.. hahaha.. Pokok cili tu aku tak siram. Letak pulak kat tengah panas terik. Melayu habis. Pokok bunga aku pulak dah kena timbus dek baju bundle. Grrr je ngan mr. mama. Tak bolehla bini nak berbakti pada tanah sikit. Tapi idakla aku ada kasut but (begitu ke ejanya). Gilo setakat tanam pokok bunga jirus pun macam tak jirus nak berkasut but bagai. Lainla arwah mak dulu tiap pagi sebelum aku gi keje dah pegang cangkul pi bersihkan semak. Buat batas, tanam pokok ubi. Rajinnye lahai arwah mak dulu....

Warna ungu u... Sedap tau kasut but ni. Tak macam kasut but jenis getah zaman mak aku dulu. Ringan je. Sekarang kan musim hujan. Lecak jalan nak pi jengok bundle belakang rumah aku tu. Kenalah pakai kasut but. Nasib my bundle ada jual ni.


Aku jual RM 10.00 tak ada orang nak beli. Mahal. Tak nak sudah aku pakai sendiri. 
Crocs tu...


30 October 2013

#Bundle Collection : Bangle

Masa aku zaman sekolah dulu bangle yang paling glamour dipakai budak-budak sekolah adalah jenis silver berantai tu. Baling anjing pun anjing boleh matik. Yang tebal tu. Yang haluih tu baling ke cicak je boleh. Tebal-tebal tu lelaki suka pakai. Macam aku aku tak suka sangat bangle bangle ni. Jam ngan gelang pun aku malas pakai inikan pulak accesories2 camnih. 

But mr. mama sukalah kumpul benda alah ni. Expecially yang branded branded. Kalau hilang satu gelang dia habis kecoh satu dunia. Mana tak bila nak mandi tak reti nak simpan. Main tinggal je atas meja makan. Kalau main komputer bukak letak atas meja jahit. Yang bini dia memang jenis mata tak boleh nak tengok kesepahan sangat terus simpan kat tempat yang tak nampak dek pandangan mata. Peh tu lupa mana ntah letak. Tu yang bising mr. mama...

Seminggu bangle ni duk terduduk atas meja jahit aku tu. Terniat jugak nak mentry..


my hand. cantik jugak kan.

Boleh baca?. 
Sebab brand dia tu yang aku rembat simpan. Mind set...
 
HERMES
PARIS
MADE IN FRANCE


eh betul ke ni bangle ke apa panggilnya?

23 October 2013

#Bundle Collection : Travel Bag

Ntah betul ke idak ni travel beg. Aku main hentam je. Tapi best beg ni ada banyak zip. Boleh letak banyak barang. Sesuai kalau nak bawak time keluar dengan anak-anak. Hari tu masa bawak diorang pi opis aku dapat sumbat 4 helai baju + towel + 2 pampers + my purse.

 Depan ada satu poket, tengah satu, belakang ada dua. Dalam ada dua compartment. 
Best boleh isi macam-macam.

See.. luaskan dalamnya.
 

Tali panjang tu aku amik tali beg lain. Nampak matching je. Boleh nak jinjit atau buat sling beg.

Cantik kan. Sekarang dah giler simpan barang-barang bundle tau. Sebab barang bundle design dia unik dan susah nak dapat. Oh ya semua barang ni dari Australia.


26 September 2013

#Bundle Collection : Sweater

Aku bukan menggemar bundle. Sangat-sangat tidak minat. First impression bila orang citer pasal bundle "eee gelila, barang orang dah pakai tu" "ada ke orang nak beli baju terpakai nih". Ntah sejak bila ntah barangan bundle mula meresapi dalam diri aku nih. (",). 

Hingga dapat idea pulak nak buat beg dari jeans yang almost jeans tu aku beli kat bundle. Dan sejak mr. mama bukak bundle lambak macam tu terus jatuh cinta. Belek punya belek cantik jugak baju bundle. Kalau cuci bersih-bersih pakai memang lawa. Padan bundle mendapat tempat dihati ramai orang.


:: Sofea wearing sweater bundle ::