Mood

Dah empat hari aku tak hantar sofea kat taska. Dah mr. mama bila aku tanya nak hantar ke tak. Mama macam malas nak hantar. Lagi pun pagi asyik hujan. Pia pulak demam. Terus pulak mr. mama jawab tak payah laaa.. Aku kalau laki dah kata macam tu memang tu yang aku suka. Malas aku nak berpatah balik rumah taska rumah opis. Makan masa dah 15 minit. Kalau keluar 6.45 cun cun dekat 7.30 aku sampai opis. Tak mo la punch ngam ngam 7.30. Dahla aku balik sharp sharp 4.30. Tak de bertangguh seminit pun. Koser nak duduk opis lelama. Rindu anak laki oooo... Masa itu emas. Banyak lagi benda kat rumah yang aku nak buat.

Tu ha orang order beg jeans tu dah berbulan aku tak siap-siapkan. Dalam hati tiap hari tanamkan niat balik keje dah siap masak, urus anak, mandi nak jahit barang sejam dua. Pastu baru tido. Tapi belum pukul 10 aku dah terbungkang dengan hakeem. Cam na nak siap. Customer yang repeat order pun tahu aku ni kalau order dua tiga bulan baru siap. Tapi jangan risau ye customer customer saya minggu lepas saya dah mula pegang mesin jahit. heee... Siap buat beg sekolah tadika pia lagi. Untuk beg pia, aku tak guna beg jeans, aku guna kain heavy cotton corak cartoon. Nanti aku show beg tu eh. Mana tahu ada yang berkenan boleh order tuk anak uolls. Tapi tak jamin bila siapnya. hahaha...

Now dah tiga hari aku duk study keje baru. Penyesuaian baru. Katanya satu. Bila semak ada tiga pecahan kod pulak. Bos bos ni alahai.... cer la sebelum nak bagi apa-apa korang pun studylah dulu. Ni main bagi je. Beban semua jatuh kat orang bawahan. Hari ni memang stress giler. Sampai boleh termarah kat orang. Kendian rasa menyesal. Dah marah baru nak menyesal tak gunakan. Orang dah terasa....

Itulah bising lagi keje tak de keje tak  de. Kan tuhan dah makbulkan doa tu bagi keje bebanyak. Bila keje ada bising jugak kenapa kenapa diorang pilih aku. Kenapa bukan orang lain. Mementang aku baru masuk keje. Ini kalau tak dapat khidmat cemerlang tak tahu ler kan. hahaha... hover.. keje tak sampai setahun dah berangan khidmat cemerlang. Orang lain bertahun tahun belum tentu dapat. Berangan itu perlu. Dari angan angan barulah jadi impian. Ye dak?.

Walaupun aku letih keje, memasak tetap wajib demi mengikat kaki laki. hihihi... Semalam sebab lauk pagi yang aku masak banyak lagi jadi petangnya aku buat puding nata de coco. Puding ke agar-agar ni. Seumur hidup masa mak aku ada rasanya ini antara benda yang mak aku tak buat kot. Ke ada kak jiah. Jadinya aku bukanlah pandai kalau orang suruh buat puding/agar-agar. Since blogger selalu post buat puding buah/milo/oreomilo & seantero. Aku pun berjinak-jinak belajar. Sekarang dah expert dah. Kejayaan terbesar berjaya buat puding milo oreo. hihihi... Tapi lecehnya lahai nak melayer-layer bagai. Mr.mama pun kurang minat. Yang dia minat lengkong tu.. Old skool sungguh laki aku ni. Ingat lagi masa zaman bercinta aku kata nak makan chicken foldover kat McD tu dia suh aku yang order sebabnya dia tak reti nak order fast food. Kah kah kah... Sama la kita orang kampung....


Inilah puding nata de coco semalam. Selalu orang buat guna buah koktel tu tapi aku tak minat so tukar letak nata de coco. Agaknya dua beranak kat rumah tu dah membaham gamaknya... Pia tak minat.

Resepi : (kotla kakak aku tu nak buat kan)

1 paket agar-agar (aku guna agar-agar tali sebab senang nak sukat)
1 tin susu cair (aku standart guna gold coin, itu yg paling murah :-)
1 bekas nata de coco perisa laici.
2 cawan gula 
Air ( 1 1/2 plastik agar-agar)

Cara : Didih agar-agar dengan air sampai larut, masukkan gula, kacau sampai larut jugak. Last masukkan susu cair. Kacau seketika. Dah siap. Boleh masukkan dalam bekas dan tabur nata de coco. Nata de coco je tau airnya tak mau. Then sejukkan dalam peti ais.  Pastu dah boleh makan... Nyum nyum...

Letak gambar seketul. Gambar semalam masih boleh senyum hari ni dah tak boleh rasanya...


1 comment:

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY