18 June 2014

Minum air gula, check up & result

Semalam aku checkup kali kedua tau. Walaupun check up kali kedua tapi sebelum ni dah tiga kali dah datang klinik. Pertama check up, kedua sebab nak jumpa doktor dan ketiga minum air gula. Minum air gula memang pasti kena sebab my family ada history. Ada yang kata sekarang 25tahun keatas pun wajib minum air gula. Tengok tempat kot.

Kalau nak minum air gula malam tu korang kena puasa. Dulu dulu lepas minum air gula misi suruh makan sikit sebelum dua jam nak amik darah. Kali ni dah lain. Sebelum minum air gula kena amik darah dulu dan selepas minum air gula tak leh makan minum langsung. Lepas dua jam amik darah sekali lagi.

Nanti diorang akan compare ujian darah ambilan pertama dan kedua. Air gula kali ni pun rasa tak seteruk masa dulu dulu. Setengah klinik ada air gula yang pelbagai perisa. Kat puchong ni tak ada. Apa yang dia kasi itulah yang korang kena minum. No pilih pilih.

Result semalam sebelum minum air gula aku dapat 4. Bukan 4 flat ye. hihihi... Term perubatan ni aku tak faham. Lepas minum dapat 6.5. Still kena minum lagi sekali. Misi kata tak cantik result tu. So lapan bulan nanti kena minum air gula lagi. Yang cantiknya 6 kebawah. Kalau dapat 7.8 keatas kira kencing manis.

Ni ada budak opis aku sebelum minum dapat 4 lepas minum 4.7. Naik sikit je kan... Dengar pun dah tak leh percaya. Bila selidik rupanya in between nak amik darah kali kedua tu dia pi minum sikit air putih. No wonderlah... Hidup kena pandai menipu katanya. Tapi aku tak leh rasa tak jujur kat diri sendiri pulak. So korang terpulanglah... Aku dah bagi idea how to menipu tu kan.. Kalau suspek kencing manis kang selang dua minggu kena amik darah sehari empat kali nak?

Check up pulak macam biasa. Check air kencing dan timbang berat, jumpa misi. Semalam tak check pulak hb. Kalau nak tahu semalam timbang, berat aku turun 2.6 kg. Last month 53.6kg. Ni dah turun jadi 50.8kg. Pasai pa ntah. Aku syak sebab penat kemas rumah nak sambut ramadhan raya ni. hehehe... Plus memalam pun aku jarang makan sekarang. Selera kurang. Tapi baju still semakin sendat. Apakah???

Lagi satu aku ada masalah dalam pemakanan ubat (zincofer) yang misi bagi tu. Setiap kali makan tak kira makan sebelum atau selepas makan mesti sakit kepala. So misi sarankan makan waktu malam selepas dua jam makan. Misi kata kalau pening kepala pun boleh terus tido. Sabar je lah.


2 comments:

Rohani Hashim said...

ooo mcm tu ker.hehe minum air masak in between eh. tapiii tak bahaya ke tipu...kikiki kan kalau betol ada kencing manis,tp tak detect, risau gak effect dia kan.

by the way azi...hihi hany ada gdm. and azi, betol tekaan azi tu, cuma hany xmau announce kat blog lagi. tak ready lg.hihi dh bocorkan kt sini.

azi, hp hany rosak, smeua no hilang, kalau azi ada no hany lg, wassap or msg yer. tq

Mimi Azirah said...

adehhh saat minum air gula tuh yg xdpt dilupakan..smp skrg trase kekembangan tekak nih..

 
Copyright by Aziazidah