03 June 2014

Tingkatkan hemoglobin@hb semasa mengandung

Sebelum aku lupa apa mek habsah @ nurse yang akan memantau aku sepanjang mengandung tempoh hari baik cepat-cepat aku entrykan.

Sebelum tu aku memang kategori masa mengandung hb tak cantik sangat. Anak pertama cukup-cukup jer. 11 paling tinggi 12. Masa mengandung hakeem pulak aku di kategorikan sebagai anemia sederhana. Aku pernah blogkan kat SINI. Boleh baca ada tips nak tingkatkan hb jugak kat situ. Ni check up hari tu ada lagi pertambahan info yang aku dapat dari mek habsah.

Mek habsah kata "akak kena makan makanan yang banyak vitaman E". Antaranya sayur sayur hijau tu ha. Macam bayam, brokoli.. Pendek kata sayur yang warna hijau ibu mengandung wajib telan.

Kalau korang kena kencing manis macam aku setiap kali mengandung asyik kencing manis je. Ni tengah tunggu result minum air gula hari tu. Harap-harap tak sangkut. Masa aku pergi ke pakar pemakanan kat hospital serdang doktor tu kata kalau makan nasi goreng boleh. Tapi pastikan sayur melebihi nasi. Kalau sayur separuh nasi suku jer. Haishhh agak-agak la ye... Akak bukan vege...

Mek chah *sesedap aku je nak bagi nama orang ye* kata setiap hari ibu mengandung wajib makan ikan. Tak kira masa bila nak makan tu. Janji adalah sekor masuk dalam perut kita. Kalau tak nak makan pagi or tengahari malam kena makan. Kalau dah makan tengahari malam tak pe tak makan. At least sehari tu kena masuk jugak ikan dalam perut ibu mengandung ni ha.. Baru hb boleh naik. Kalau sesiapa yang suka makan makan budu lagi bagus. Hb diorang mesti naik punya kata mek chah. Jadi kat pantai timur mesti tak ada kes ibu mengandung kekurangan hb kot..

Asid folik yang mek chah bagi eh hari tu aku dapat ubat apa ke ntah namanya korang wajib makan tanpa skip. Setakat dua minggu ni dah lebih lima kali aku skip makan. hahaha.. Sabtu ahad memang melupa sentiasa.

Cara nak makan ubat, makan sejam sebelum breakfast atau dua jam selepas breakfast tau. Kalau salah timing pun tak jalan juga. Nanti ubat tu di serap oleh makanan kita apa pun tak tinggal kesan..

Itu je lah kot yang mek chah bagitau. Aku lupa dah. Lain-lain boleh baca dalam entry yang aku link kat atas tu...

2 comments:

Mimie said...

Tips baru nak naikkan hb nih

Puan Eka said...

TQ kakbagi tips. Kite baru tahu preggy. Memang tengah cari apa yang bagus untuk dimakan. Kene makan bayam n brocoli banyak ni hehe.

Baru tahu cara nak makan acid folic. Sejak bulan puasa ni, saye makan lepas sahur. Akak makan bila yer?