Tempahan dan Jualan Beg Jeans

Sepanjang bulan Ramadhan ni aku agak sibuk jugakla. Tempahan bulan ni melebihi biasa. heee... Rezeki. Maybe jugak sebab rajin buat promosi. Sejak ada instagram pastu dapat pulak pakai telefon cerdik pandai asyik mempost mengedit gambar je kerjanya.

Lagian serius mood nak bekerja sendiri mengatasi segalanya sekarang. Sedih bila anak-anak asyik menangis pepagi setiap kali maknya siap-siap nak pergi keroje... Ikutkan kalau tak dapat berenti sekarang my target nak keje sampai umur 45 tahun sahaja then pencen pilihan. 

Itulah perancangannya tapi ketentuannya hanya Allah yang tahu right? Btw terima kasih pada yang mengorder sampai dua tiga beg sekali gus. Penat jugak akak yang bukanlah pandai mana ni menjahit dengan keadaan berkejar sebagai seorang wanita bekerjaya katanya juga sebagai isteri dan ibu. 


Lupa pulak nak letak measurement kat gambar.. ekekeke... 9" width X 7" height X 1.5"



Dan sempat jugak siapkan ready stock tote beg seketul. Ini beg sangat besar. Sesuai sangat pada sesiapa yang selalu tanya ada tak beg yang lebih besar sikit nak isi telekung. Nah ini nak isi telekung dengan sejadah pun muat kak. Dalam ada dua compartment boleh letak hp and note pad. Lupa plak nak snap.


Jahitan-jahitan yang bercantum tu memang asal seluar jeans gitu. Kalau disuruh pakai seluar jeans begini sumpah aku tak akan pakai. Bila buat beg unik pulak kan...

Berminat email ye edyeda@gmail.com. Setiap pertanyaan insyaallah akan di layan... :-)


2 comments:

Hani Sidek said...

chaiyok chaiyok azidah...

Mimi Azirah said...

cantik n.kreatif

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY