Showing posts with label recycle jeans. Show all posts
Showing posts with label recycle jeans. Show all posts

02 July 2014

Tempahan dan Jualan Beg Jeans

Sepanjang bulan Ramadhan ni aku agak sibuk jugakla. Tempahan bulan ni melebihi biasa. heee... Rezeki. Maybe jugak sebab rajin buat promosi. Sejak ada instagram pastu dapat pulak pakai telefon cerdik pandai asyik mempost mengedit gambar je kerjanya.

Lagian serius mood nak bekerja sendiri mengatasi segalanya sekarang. Sedih bila anak-anak asyik menangis pepagi setiap kali maknya siap-siap nak pergi keroje... Ikutkan kalau tak dapat berenti sekarang my target nak keje sampai umur 45 tahun sahaja then pencen pilihan. 

Itulah perancangannya tapi ketentuannya hanya Allah yang tahu right? Btw terima kasih pada yang mengorder sampai dua tiga beg sekali gus. Penat jugak akak yang bukanlah pandai mana ni menjahit dengan keadaan berkejar sebagai seorang wanita bekerjaya katanya juga sebagai isteri dan ibu. 


Lupa pulak nak letak measurement kat gambar.. ekekeke... 9" width X 7" height X 1.5"



Dan sempat jugak siapkan ready stock tote beg seketul. Ini beg sangat besar. Sesuai sangat pada sesiapa yang selalu tanya ada tak beg yang lebih besar sikit nak isi telekung. Nah ini nak isi telekung dengan sejadah pun muat kak. Dalam ada dua compartment boleh letak hp and note pad. Lupa plak nak snap.


Jahitan-jahitan yang bercantum tu memang asal seluar jeans gitu. Kalau disuruh pakai seluar jeans begini sumpah aku tak akan pakai. Bila buat beg unik pulak kan...

Berminat email ye edyeda@gmail.com. Setiap pertanyaan insyaallah akan di layan... :-)


23 January 2014

Beg jeans omputih

Sejak aku publish & pakai beg jeans (lihat di SINI), ramailah yang nak suruh buat serupa gitu. Tapi apakan daya bukan semua seluar jeans ada corak macam tu. Corak tu hanya budak-budak je yang pakai. Beg aku tu pun nasib baik jumpa seluar kat bundle pasar malam rumah. Brand wrangler. Tuh pun dah lusuh sikit. So kalau customer request nak serupa macam beg aku tu memang tak dapatla. Limited edition katanya. Nak guna seluar jeans kanak-kanak memang takla aku tuk jual kat customer. Satu sebab seluar jeans budak kecik dan satu lagi material kebanyakannya palsu. Bukan real kain jeans. Jeans jenis strectable jugak aku tak guna. Kualiti kena jaga beb.. Jadi bila orang nak beg jeans bercolourful susah aku nak penuhi permintaan. Hatta mesin jahit i pun bukan yang boleh buat corak sulam dan sebagainya...


Macam beg ni lama dah my friend request. Dah berbulan-bulan baru dapat buat. Ni nasib aku baik jumpa jeans ni dalam timbunan bundle. Dari us seluar ni tau. Malaysia mana ada. Mr. mama kata dah jadi beg cantik pulak. Imagine korang pakai seluar jeans ada star star kat lutut peha. Sah dituduh minah indon.



Yang ini first time buat sling beg tuk lelaki. New customer order untuk tunangnya. Maju setapak... :)

I is malas sebenarnya nak buat ready stock. Tapi kata mr. mama, ma buat je banyak-banyak nanti ada orang nak tengok senang nak tunjuk. Boleh terus beli. So seminggu dua ni gigih lah aku jahit purse sebagai permulaan ready stock. Dan dah terjual pun satu. Gambar tak snap. Kata my kawan ramai sebenarnya yang berminat dengan beg jeans. But aku still tak de keyakinan dengan apa yang aku jahit....


11 March 2013

I love denim

Semua orang mesti ada sesuatu yang dia minat. For me sejak bila ntah jatuh cinta dengan jeans ni pun i tak tahu. Yang aku tahu setiap kali searching pasal beg jeans, pasal seluar jeans, pasal denim mahunya boleh tak tidur sampai ke pagi.

Satu laman web yang aku suka sangat PINTEREST. Dari situ boleh dapat link blog-blog orang yang suka DIY pasal denim. Kebanyakannya blog omputih. Orang malaysia maybe tak suka yang recycle kot.

Btw, jom kita tengok gambar DIY daripada denim yang diorang buat tu...

aku suka beg ni...


kalau jaket jeans pun dah mahal yang ni pulak berapalah regenya...


sesuai untuk ke tema parti..

ini pun diorang boleh terfikir nak buat.


chinese suka pakai kasut cam gini..

kalau aku buat bip ni ada tak yang nak beli?


mat ni aku dalam proses buat...


simple tapi cantikkan?

Ni pun cantik jugak







kalau beli kat kedai skirt macam ni boleh tahan jugak harganya...



cantik payung ni


elegant!



Semua cantik-cantik kan. Kreatif dan unik. Kalau nak tengok gambar yang lain-lain boleh search keyword pinterest denim atau pinterest blue denim atau tengok kat link http://better12.blogspot.com/2012/02/blog-post_13.html siap ada tutorial.


*minat korang pulak apa?