Bahaya Overdue

Biasa aku dengar orang yang awal bersalin je ada macam macam implikasi. Normally implikasi pada baby. Sorang my friend dulu pernah bersalin awal 32 weeks. 8 bulan... Tetiba bukaan dah 8cm. Then anak dia kerap sakit/demam every month. Pernah kena angin pasang. Sampai kena amik cuti separuh gaji. Not surelah baby dia bermasalah sebab bersalin awal. Tapi rasanya gitulah daya ketahanan sedikit lemah.

Itu pasal bersalin awal dari jangkaan. Kalau lebih overdue pun tak elok juga. Bahaya... Like adik ipar aku. Actually adik ipar aku dah bersalin masa bulan puasa hari tu lagi. Anak dia meninggal. Sebab meninggal tu aku tak tahu sangat. Dapat msg kata anak dah meninggal pas dua hari bersalin so kitaorang tak tanya banyak. Dah dalam mood sedih... Minggu lepas wassap baru aku tahu sebab apa...

Masa aku bersalinkan sofea dulu aku lewat 3 hari dari jangkaan bersalin. Tapi aku dah masuk wad betul-betul hari jangkaan bersalin sebab ada kencing manis. Doktor/misi nak pantau takut apa-apa. Hari ketiga kalau tak bersalin diorang nak induce. 

Luckily pagi hari ketiga sebelum sempat induce sofea dah keluar. Kalau yang tak ada kencing manis misi biasanya suruh datang hospital lepas seminggu dari tarikh jangkaan bersalin kalau tak silap. Tapi ramai yang kadang tak datang on time... Tunggu tunggu. Macam aku kalau bukan sebab anak pertama tak tahu apa2, tak mahu juga kena tahan di wad lama-lama. Sedih ko duduk sengsorang kat wad. 

Lepas dengar cerita adik ipar aku ni, aku rasa bersyukur sangat kejadian tu jadi masa anak pertama. Masa kitaorang nothing, tak tahu apa2 tentang pengalaman bersalin. Apa doktor cakap semua ikut. Kalau kejadiaan tu masa anak kedua or ketiga mungkin, dah senior katakan.. maybe aku tak datang spital on time kot. Sehari dua lewat maybe.

Macam kes adik ipar aku ni dipendekkan cerita, dia dah overdue 10 hari. Doktor tunggu hari ke 10 baru cadang nak induce. Tapi tak sempat induce dah sakit. Bukaan dari pukul 9pm - pagi bukaan 4cm. So doktor cadang nak caeser pukul 8 pagi. Pukul 10 baru operate. Disebabkan lambat operate baby lemas. 

Actually adik ipar dah mintak operate awal-awal tapi sebab doktor kat situ tak bagitau kat doktor pakar. Kes ni dah jadi kes kat hospital kt. Diorang mintak maaf sebab memang salah doktor kat situ. Doktor kata diorang akan bantu adik ipar aku tu untuk mengandung balik dalam tempoh setahun. Caeser patutnya dua tahun baru boleh. Dah lah anak pertama tu pun caeser. Tapi dah salah mereka mereka dibolehkan sahaja. Kalau adik ipar aku mengandung lagi kes dia automatik doktor paka yang akan handle... Ermm ingat senang ke nak mengandung.... Fobia kata adik ipar aku...

Dengar cerita ni memang pengajaran for me ni yang suka menangguh nangguh setiap hal. Doktor pun manusia. Kitalah sendiri yang kena care tentang diri kita sendiri... 


3 comments:

Rohani Hashim said...

Kat Ganu ke azi? huiii betol la hany slalu dgr n baca kalau awal byk problem kan. wallahualam... tp betol jugak kekadang apa doc ckp tu kena ikut. tp selamber je baca pengalaman org saja delay kan. hadoiiih

Azi Azidah said...

yup hany hospital KT

Amanda Suria said...

Mak oii...sampai mcm tu sekali...ko dh buat salah boleh plak claim mcm tu...takut kena saman ke...eh...hangin plak SA baca....

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY