Ni dah masuk minggu kedua, setiap hari aku berperang dengan perasaan sendiri. Apsal la sofea tak nak bawak susu botol. Balik dari tadika or waktu malam ok je aku tengok dia menyusu. Hari tu cikgu cakap air panas tu terkena kat kaki sofea masa dia nak buatkan susu kan...
Puaslah setiap hari aku tanya pasal apa sofea tak nak menyusu. Alasan yang dia bagi mmg tak leh nak pakai. Berubah berubah. Sekejap cakap gini sekejap cakap gitu. Sofea dah besar, kawan semua tak bawak botol susu dah. Kalau sofea minum susu muntah masa tido. Alasan muntah ni kerap dia cakap. Terus aku syak agaknya cikgu marah kot dia muntah atas toto, penat nak kena cuci. Aku agak je lah... Bila aku pura pura nak letak dalam beg sekolah dia dia marah.
Selama ni kat rumah menyusu tak pernah muntah pun. Kecuali masa tak sihat. Bila aku tanya kawan-kawan lain pun tak bawak botol susu ker? Dia kata muhammad dengan aqilah je bawak. Haa ada jugak orang lain yang bawak. Jadi cikgu buatkan lah diorang susu? Cikgu buatkan untuk aqilah dengan muhammad dengan sapa ntah lagi aku tak ingat namanya. Dalam tiga empat orang yang bawak botol susu kat sekolah tu.... So kenapa pia tak nak bawak susu botol? Sebab pia dah besar. Dah tak leh menyusu kat sekolah. Kat rumah je boleh cikgu kata...
Ikutkan dari sudut positifnya patut aku gembira sebab pia dah boleh tak minum susu botol kat sekolah. Jimat milo kat rumah tu... hehehe... Tapi sebabkan dia berenti lepas kena air panas aku rasa pelik. Tak ada angin tak ada ribut tetiba tak nak bawak botol susu.
Lebih lebih lagi, lepas raya hari tu semua cikgu cikgu sofea dah berenti keje. Tinggal cikgu lin sorang je cikgu lama. Yang lain semua cikgu baru. Ustaz, cikgu fatah, cikgu tehah semua dah tak ada... Kalau dulu setiap kali balik dari sekolah mesti dengar sofea cerita pasal cikgu cikgu dia. Ini nak tahu nama cikgu baru dia, cikgu ros ngan cikgu rubi tu setiap malam aku soal selidik. Akhirnya malam tadi baru dapat tahu nama dua cikgu ni...
propa je lebih ni, bila kita hala kamera pura2 study... :p
Sekarang sofea dah tak pernah bawak balik homework kat rumah. Ingat dulu aku bebising bulan ramadhan pun kena bawak balik homework. Bawak balik homework bising, tak bawak balik homework pun bising ye...
Bukan apa, aku curiga sekarang minat belajar sofea dah menurun. Tak berapa nak dah duduk kat meja study dia tu. Pastu kalau dulu setiap hari i was excited nak amik dia dari sekolah sebab nak tengok apa benda baru yang dia nak buat. But now ermmm camtu je statik.. Yang best nya dulu masa cikgu fatah ada, sofea dah reti eja kuku, jari, gigi, bibir tau.... Sekarang setakat perkataan itu jelah tak ada pun pertambahan. Di tanya tanyanya kita lagi ada....
Aku teringin nak tepon tanya kat ustazah pasal hal ni tapi tak sampai hati. Takut nanti disalah erti kan kita punya kecurigaan itu...
1 comment:
Kesian pulak kalau dah tak nak menyusu. Tapi kalau di rumah nak lagi ok jugalah. Anak kakak semua hisap botol sampai 7 tahun tau. Semuanya berhenti sendiri sebab dah besar dah malu sendiri.
Tentang homework tu kalau banyak sangat pun tak bagus, tak ada pun tak elok juga kan..
Post a Comment