04 September 2014

Check up 34 Minggu

Semalam check up macam biasa plus jumpa doktor. Klinik desa ni ada hari hari dia je yang boleh jumpa doktor. Check up yang handle. Kalau ada kes tertentu nak jumpa doktor ke baru diorang refer kat klinik kesihatan berdekatan. Aku kena jumpa doktor ni sebab baru pas minum air gula... Ok ke tidak...

Actually aku kesian dengan baby dalam perut ni, walaupun bebas dari kencing manis macam kakak dan abang dia tapi sebenarnya bab pemakanan aku langsung tak jaga. Minum susu ikut mood, ubat sejak aku sakit kepala tu langsung aku tak makan. Nampak sangat aku tak prepare nak dapat baby. Beg nak bawak pi spital pun tak masukkan lagi dalam kereta.

Last week check beg tengok ada banyak lagi barang yang tak masuk dalam beg. Itu belum bab preparation lepas bersalin. Memang banyak yang tak cukup lagi... Barang berpantang memang non ada. Almaklum pantang sendiri kali ni. Dulu semua mak mertua yang ready, ntah bila nak beli. Eee seram buat terberanak awal...

Semalam check doktor suruh buat scan kali ketiga bila dah cukup 36weeks. Nak tengok air ketuban ok ke tak. Ini ekoran kes aku kena cirit birit hari tu. Takut air ketuban kurang. Scan yang klinik kesihatan buat tu xde tunjuk paras air ketuban. Kena scan kat klinik swasta. Ermmm awat ada different antara scan kat klinik kesihatan, klinik swasta and hospital?? Klinik desa yang aku check up tu non ada mesin scan...

Lepas tu doktor check degupan jantung dah boleh balik. Tunggu dekat dua jam itu jer. Padahal kalau nak compare result check up dua minggu sebelum tu HB aku sekarang turun lagi 9.6, berat dua minggu naik 3 kilos and tekanan darah pulak rendah... Doktor langsung tak tanya or sembang apa-apa. Kalau dulu result macam ni mesti dah kena marah, kena bebel dah dengan doktor. Atau diorang akan tukar appointment jadi seminggu sekali. Ini doktor buat derk jer... Yang sibuk dia  tengok kertas scan kes cirit birit itu hari. Sebulan dah berlalu oii...

Aku bukan nak prejudis ke apa. Tapi kalau doktor kap lam ya nga ni memang la... Lorat. Ko tengoklah depa ni kat jalanan, kalaau bawak gah sikit macam pelesit. Warna merah menyala sesaja... Potong sana cilok sini... Ini statement yang kakak aku selalu keluarkan.. hihihi...

Ni mementang ko doctor senyum pun idak, langsung tak de nak ulas pasal minum air gula hari semua... Haiiiyaaa kesian la kau anak... Dahla doktor tak amik peduli. Mama pun selamba je tentang kewujudan mu. Pastu nak salahkan doktor pulak ye....


Saja nak taruk gambar ni masa cuti merdeka hari tu. 
Hakeem suka betul makan serdak goreng pisang tu...




2 comments:

Sya Mimie said...

Asslmkm sis.. Sabar je la.. Sy skrng dh 38week pn xprepare apa pn sngt. Hrp brng bby je. Brng sndiri ikut ada je pdhal yng first. Bab checkup ni pn mmng berbeza klau swasta dgn krjn.. Sy wlpn checkup di krjn, ada msa pergi jgk di swasta wlpn mhal. Rasa yakin. Then krjn ni dktor x suka buka mulut je kdng tu.

Rohani Hashim said...

Azi,
hany xpernah lg scan dkt KK tu. huuu bila nk scan ni xsabo lak.haha mmg la dh g scan kt swasta hr tu utk details scan. tp xtau gender, sbb baby mengepit dgn kaki nya hahaha

biasa berapa bulan br KK scan? hany minggu ni 30W

 
Copyright by Aziazidah