Check up 36 weeks, scan jantina & anak soleh saya

Ya allah minggu ni baru hari ni masuk keje. Kalau bukan sebab cuti nak abis memang aku terus sambung sampai sabtu ahad macam kita pulak cuti sekolah ye. Itu sebab belog pun tak update. Padahal banyak nak cerita ni... Ni ntah bila boleh update lagi tak tahu ler. Perut asyik sakit sakit plus mengeras. Misi cakap next week dah boleh bersalin. Dah 37 weeks dah genap 9bulan dah... So be ready...

Ni aku dah insaf setiap hari eh baru dua hari makan ubat yang klinik bekalkan tu. Itu pun sebab kena marah dengan mr. mama. Anak dalam perut tu ma... Baby tu... Kesian... Ok ok timbul kekesalan bila laki tegur. Udahlah dah tahu jantina baby lagi lah kekesalan datang bertandang. Iye masa ngandung jantina anak yang sama dulu punya lah kita berjaga makan minum segala. Ini adiknya buat tak tahu. Sian ko dik. Bersalah sangat mama... Tak pe sempat dua minggu lagi pun ok. Mama will care u more...

Check up 36 weeks lepas, dua hari sebelum check up aku makan bayam. First time sepanjang mengandung okeh. Teruk betul tapi result naik jugak. Hb dari 9.6 naik 10.3. Oklah ada kemajuan at least... Berat badan macam biasa naik bagai di pump2 dua minggu dekat tiga kilos.. Misi pun pelik kata makan buang makan buang tapi berat naik juga. Jangan katakan misi aku sendiri pun pelik. Aku syak timbang kat klinik tu dah weng.... Perut aku ni ramai yang cakap kecik... Doktor masa scan tu pun ingat aku baru tujuh bulan.

Tanda tanda bersalin.... Diakhir akhir check up ni memang misi duk tekankan pasal tanda bersalin sesaje. Tiga tanda bersalin yang biasa adalah keluar lendir/darah, sakit perut yang kerap dan pecah air ketuban. Antara tiga tiga tanda ni aku pernah alami satu jer. Pecah air ketuban. Yang lain tak pernah lagi so tak tahu camna kali ni. Berdoa jelah... Sakit perut kerap tu mmg bila aku dah duk dalam labour room. Harap jangan jadi kat opis. Seram akak...

Ni gambar semalam.. Masa solat zuhur aku teringin sembahyang pakai sejadah biru. Sejadah ni saiz kecik. Biasa aku rentang kalau hakeem nak solat sekali. Semalam aku solat dia tak ada. Tengah rakaat kedua dia masuk bilik mula membebel2 marah aku guna sejadah dia. Kata dia sejadah aku yang besar tu. Ni dia punya. Tak tenang aku nak sembahyang....







Nak amik lah... Ini dia simpan dalam almari baju. Kat tempat yang aku simpan khas untuk tuala dan toto. Tak nak gantung dah kat penyidai. Pandai betul....

No comments:

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY