My Small Family

Ini bukan nak cerita pasal me, mr. mama, pia, hakeem & becaming baby. Huh tak sangka dah nak berlima dalam rumah kecik tu. Sure huru hara... Ok ini pasal my adik beradik. Last weekend abang aku dari tronoh tu datang. Lama giler dia tak jejak kaki kat tanah pusaka mak bapak aku.

Last kitaorang together gether masa adik aku bertunang. Tiga empat tahun ler plus minus kalau tak silap... Pastu lost contact. Macam friend nak lost lost contact. Malas nak citer lelebih pasal apa kat sini tapi senang kata sekarang kasih bertaut kembali sejak sejak kitaorang balik raya hari tu... Yang hitam2 kita lupakan bukak lembaran baru walaupun pedih dan menyakitkan... eeeeeeecewah...

Abang aku datang dengan bini muda dia hari sabtu. Itu pun dah nak maghrib. Actually dia sampai sejak hari jumaat tapi pi tido kat hotel area chow kit sana. Dating datingan ngan bini dulu. Bukan selalu boleh dapat gini. Bini dua kena pandai sembunyi sembunyi. Sabtu tu jalan sana sini jumpa kekawan lama katanya sampai kat umah pusaka mak dan ayah dah senja. Punya risau kakak aku tu asyik duk tanya nak masak apa. Last last abang aku pun tak nak makan dah kenyang makan kat luar.

Malam tu memacam ler abang ngan kakak aku sembang. Aku tak join. Pasal sekolah pasal kerjaya sebagai guru. Dua dua laki bini tu cikgu. Kakak ipar aku cikgu kafa. Eh ikut umur cam adik ipar ... hehehe muda trang tang tang tau bini abang aku tu.

I was terkejut bila abang citer pasal skandal kat sekolah dia. Between cikgu dan murid. Nowdays benda benda ni biasa jer jadi kata abang aku. Aku je tak tahu. Masih percaya cikgu adalah orang yang diharap dapat membimbing anak bangsa. Zaman aku dulu siaplah kalau ko melawan cikgu.

Tapi bila aku dengar orang yang cikgu yang kita harap harap kan tu umpama haruan makan anak hilang terus respek aku. Risau ni aku kan ada anak dara. Nasihat aku pantaulah anak anak memasing. Budak budak sekarang bukan leh caya. Pi sekolah bukan belajar, duk mengorat cikgu. Sekarang bukan budak bandor yang buruk akhlak yang area kampung felda pun teruk. Mak pak ingat anak diorang pi sekolah belajar rupanya terlibat gejala kurang sihat. Simpang malaikat 44. Harap tak jadilah keatas anak-anak kita.

Esoknya ahad tu kitaorang jalan IOI. Nak pi daiso. Timbal balas balik hari tu abang aku bawak daiso kat AEON Station 18. Ni kita kasi tunjuk daiso kita lagi besar. hehehe... Perabih duit betul la pi daiso ni. Sedap je main cecapai. Lima ringgit je... Amik empat lima barang dah nak tiga puluh ringgit. Kendian terjumpa kedai RM5 jugak ape ke namanya Komonoyokoyoko ke apa. Susah na nak sebut. Barangan jepun jugak. Banyak barang kaca like pinggan mangkuk cawan.

Abang aku dulu gemuk skrg kurus sbb kencing manis. Pia sayang betul kat paklong dia, tido pun ngan pak long.. eh lupa lak nak snap pic kakak ipar.. hehee

Aku hakeem dan pia duk luar jer. Makan aiskrim. Seram nak masuk dalam. Buatnya terlanggar kaca kaca tu, mati mak encik nak bayar. Before pi ioi mall, kitaorang round kat One city yang orang duk sibuk boleh tengok dari atas ke bawah melalui cermin kaca tu. Kitarang tak naik pun atas tu. Pegi kul 10am lebih dah panas berdenting. Nak naik atas tu sesuai waktu redup redup.



Actually ke one city nak cari kedai loveandcraft. Ni first time pi one city. Orang tak ramai lagi plus mall pun masih lengang. Aku jangka dalam tempoh setahun ni akan meriah kat sini. Belakang mall ni sekolah menengah. Ini pun mengundang keseraman mak encik. Tak strategik betul buat mall dekat dekat ngan sekolah. Area usj memang cam gitula pembangunannya...


korang masih boikot mcD? Sori i cannot tahan aiskrim dia ni...


Lunch kitaorang tapau kat An najihin area proton tu memang my favorite ayam dara dia. One set RM 7.50. Dpat nasi, ayam dara seketul, gulai kawah semangkuk, ulam2 + sambal belacan dan air boleh pilih air teh ais ke bandung ke sirap ke. Murah,... Beli empat set. Tapi hari tu ayam dara dia macam dah busuk... Sabar jelah...

Dap sangat gulai kawah tu...

Dah siap makan semua abang aku terus gerak balik perak. Nak singgah rumah mertua... Itu jelah perjumpaan tiga beradik. Adik beradik aku lima orang. Itu itu ajelah. Kitaorang membesar kat KL. Jarang balik kampung. Sedara mara tak rapat. Apa apa hal kita kita je lah...

Yang dua lagi tu sorang kat dungun, sorang lagi kat Semenyih. Tak bagitau kat kakak aku kat semenyih tu sebab  abang aku datang tu lebih pada nak berhoneymoon ngan bini muda dia... Banyak agenda duk rumah pusaka tu sekejap jer. So jangan plak ada yang sentap baca entry ni kata tak bagitau ye..

Kecik je family aku kalau di banding ngan mr. mama..Anak sedara masuk pia akeem ada lima. Ni nak masuk enam. Abang dan kakak aku tak de lagi rezeki nak dapat anak. Adik aku yang kat dungun tu patut dah dua tapi anaknya meninggal pas dua hari bersalin. Aku pulak maybe kalau lahir yang ketiga ni tutup kilang dah kot... :-)



No comments:

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY