11 February 2015

Kek coklat kukus mudah dan sedap

Muahaha amboi sekarang selang sehari up entri masakan. hihi bagi can ah kat akak bermain dengan seo. Bulan puasa dah tak lama lagi ni. Akak nak le share resepi kek coklat yang baru akak buat minggu lepas. Lepas ni sape sape punya  birthday dalam rumah ni akak buat je kek kukus. Bukan saja mudah dan senang yang penting jimat. Kalau beli kat kedai tiga puluh ringgit tu boleh dapat lima enam kek ni ke lebih entah akak main agak je. Calculation fail. :-p.



Terliur tak tengok kek coklat kukus akak yang moist, hitam pekat gitu. Rahsianya choc rice tu dah tamat tempoh ujung bulan dis 2014. haha. Sabo je lah kakak aku ni. Yang dah expired di baginya ke kita. Expired expired pun tetap sodap. Meh cepat salin resepi.

Bahan kek :

2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
3 biji telur
3/4 cawan minyak masak
1 cawan air panas
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila

Macam biasa mula mula panaskan pengukus.

Ayak tepung gandum soda bikarbonat, baking powder dan serbuk koko.

Putar telur dengan mixer hingga kembang. Masukkan gula dan putar hingga sebati.

Kemudian masukkan bahan ayak tadi sedikit demi sedikit berselang seli ngan air panas. Gaul guna senduk kayu. Jangan guna mixer lagi dah. Kaedah kaup balik kata orang ye. Aku gaul guna pemutar mixer tu ha. Takde senduk kayu aih. Hari tu aku lupa nak ayak serbuk koko  sekali ngan 3 bahan tadi. So aku gaul serbuk koko dulu baru bahan ayak. Tersalah step pulak tp tetap jadi. * Nasib baik je tu*. muahaha

Kemudian masukkan minyak masak dan susu pekat dan esen vanila dan gaul. Jangan over mixer ok.

Masukkan adunan dalam loyang dan kukus selama 1 jam 15 minit. Jangan lupa selet loyang mgan marjerin supaya mudah nak keluarkan kek nanti dan juga tutup loyang dengan aluminium foil.


Sebelum di toppingkan.


Bahan topping :

1cawan susu pekat
1 sudu serbuk koko
2 sudu butter/ marjerin

Masak semua bahan diatas dalam periuk. Bila dah mendidih angkat dan tuang atas kek.Tabur choc. rice. Siap!

Aku biasa buat semua ni waktu malam pas airis tido. Walau pun senang payah nak buat waktu siang. Remeh banyak step. Malam tu hakeem ngan mr. mama makan dah dekat separuh habis kek tu. Maknanya apa? Sedaplahkan..

*tetiba berakak akak time nak bagi resepi dah kenapa. Dah rasa tua ke.


















1 Comment:

Kakzakie said...

Kalau kakak suka yg belum ditopingkan tu Azi. Tapi kalau anak-anak mestilah suka yg dah bertoping sebab more coklat yg melting dan coklat rice tu:)